Sunday, November 10, 2013

Soal Jawab Fiqh Puasa


Bismillah ar Rahman ar Rahim. Solli ala Muhammad wa aali Muhammad, wa sallim taslima.
Salam kepada para Ansar sekalian.
Dengan izin Allah swt, Ramadhan kian menjelma, dan dengan izinNya juga kita mungkin berpeluang sekali lagi menikmati bulan yang penuh berkah ini. Di dalam post ini, saya akan memuatkan kandungan soal jawab fiqh puasa dari Kita Sharai’ al Islam tulisan Imam Ahmad a.s yang diringkaskan oleh Syeikh Ala al Salim.
Saya akan terus menerus mengupdate posting ini secara berperingkat sehinggalah satu bab buku ini habis untuk dibukukan. InsyaAllah, semoga bermanfaat kepada sekalian pengikut Ahlulbait a.s.
Fiqh puasa terbahagi kepada tiga isu utama:
  1. Rukun puasa: Berpuasa, perkara yang membatalkan puasa, waktu puasa, dan orang yang berpuasa
  2. Bahagian-bahagian puasa: Wajib, mustahab, haram dan makruh
  3. Bahagian tambahan: Meliputi permasalahan fiqh dan hukum-hukumnya.

RUKUN-RUKUN BERPUASA

BERPUASA

S: Apa itu berpuasa?

J: Puasa didefinasikan sebagai menjaga diri dari perkara yang membatalkan puasa dan berniat melakukannya.

S: Apakah niat untuk berpuasa Ramadhan dan puasa selain darinya?

J: Memadai seseorang itu berniat puasa Ramadhan dan puasa di waktu lain untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

S: Adakah masa untuk berniat adalah ketika fajar terbit atau di waktu malam sebelumnya?

J: Tempoh untuk berniat puasa adalah dari waktu malam sehinggalah waktu zawal hari selanjutnya.

S: Jika seseorang itu terlupa untuk berniat di waktu malam, apa yang seseorang itu perlu lakukan?

J: Seseorang itu perlu berniat sebelum waktu zawal pada hari berikutnya, dan ini boleh dilakukan selagi seseorang itu tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Apabila matahari melepasi kemuncaknya, maka sudah terlambat untuk berpuasa, samada wajib atau mustahab.

S: Adakah boleh niat mendahului puasa?

J: Bulan Ramadhan adalah bulan yang unik dimana seseorang itu boleh berniat puasa sebelum tiba bulan Ramadhan. Jadi jika seseorang itu berniat berpuasa untuk Ramadhan walaupun masih Syaaban, maka niat tersebut memadai untuk keseluruhan bulan Ramadhan.

S: Jika seseorang itu terlupa untuk berniat puasa Ramadhan, setelah masuk bulan Ramadhan, bagaimanapun beliau tetap berpuasa, namun beliau juga telah berniat berpuasa Ramadhan di bulan sebelumnya, adakah puasa Ramadhan sah?

J: Niat yang pertama itu memadai

S: Adakah berniat sekali untuk keseluruhan dibenarkan?

J: Niat satu kali memadai untuk keseluruhan bulan, jadi walaupun ada beberapa hari seseorang itu terlepas niat, maka puasa mereka sah kerana niat beliau yang pertama itu.

S: Adakah dibenarkan berpuasa yang lain(puasa mustahab atau puasa lain seperti nazar) di bulan Ramadhan ?
J: Tidak dibenarkan

S: Bagaimana jika seseorang itu berniat puasa selain dari puasa fardhu Ramadhan?
J: Ia akan dikira sebagai puasa Ramadhan walau apa sahaja niatnya.

S: Adakah dibenarkan seseorang itu boleh berniat puasa serentak puasa wajib dan mustahab
J: Tidak dibenarkan. Seseorang itu perlu menyatakan niatnya samada wajib atau mustahab. Niat juga wajib kerana mendekatkan diri kepada Allah semata-mata.

S: Bagaimana jika seseorang itu berpuasa di hari terakhir Syaaban dengan niat ia adalah puasa Ramadhan, namun beliau mempunyai syak samada hari itu adalah Ramadhan atau tidak, adakah hari itu dikira Ramadhan atau tidak?
J: Ia tidak dikira keduanya.

S: Bagaimana pula jika seseorang itu berpuasa sunat pada hari yang diragui samada masih Syaaban atau Ramadhan pertama?
J: Ia akan dikira sebagai puasa Ramadhan, jika kemudian ia diketahui sebagai hari Ramadhan.

S: Seseorang itu berpuasa, dan beliau berniat Ramadhan, mana tahu jika sudah Ramadhan, dan dalam masa yang sama, turut berniat puasa sunat mana tahu jika masih Syaaban, adakah ini dibenarkan?
J: Tidak dibenarkan, dan beliau perlu qada puasa hari tersebut selepas bulan Ramadhan.

S: Jika seseorang itu terbangun di hari Syak tanpa berniat puasa, namun beliau seterusnya mendapati hari tersebut sebagai Ramadhan, apa yang perlu beliau lakukan?
J: Beliau harus berniat puasa di pagi hari, maka puasanya sah dan mendapat ganjaran. Seperti yang telah diberitahu, tempoh berniat adalah sehingga sebelum waktu zawal.

S: Bagaimana pula jika pengesahan di Ramadhan ini terjadi selepas waktu zawal?
J: Beliau tidak dibolehkan dari makan dna minum untuk hari itu, dan qada’ semula puasa untuk hari tersebut.

S: Apakah hukumnya orang yang berniat puasa, kemudian berniat untuk membatalkannya, apakah puasa itu masih sah?
J: Puasa masih sah samada seorang itu berniat berbuka.

 2. Perkara Yang Membatalkan Puasa
Perkara yang membatalkan puasa adalah sembilan, dan ia boleh terjadi samada secara sengaja atau tidak sengaja. Pembatalan puasa itu perlu di qada, dan dalam kes-kes tertentu perlu kepada pembayaran kafarah. Keadaan ini akan diterangkan nanti.
S: Apakah perkara yang membatalkan puasa dan harus dijauhi?
J: Ia adalah:
  1. Perkara yang boleh dimakan. Apa sahaja yang boleh dimakan samada yang biasa(roti, nasi) dan yang luar biasa(batu, pasir)
  2. Minuman. Samada yang biasa atau yang luar biasa(seperti cecair dari pokok dan lain-lain).
  3. Hubungan seksual, samada melalui faraj atau dubur.
  4. Berbohong atas nama Allah, Rasul, Aimmah dan Mahdi. Untuk seseorang itu dianggap sebagai seorang pembohong atas nama mereka, beliau haruslah jelas akan perkara ini, dan mempunyai niat untuk berbohong atas kemahuan diri sendiri, mempunyai sebab tersendiri atau kerana bertaqlid kepada orang lain. Orang yang terlupa, tidak tahu, tidak pasti, tidak dikenali sebagai pembohong.
  5. Menyelam secara keseluruhan di dalam air. Ia adalah haram dan membatalkan puasa jika atas niat untuk bersukan. Walaubagaimanapun, jika pekerjaan seseorang itu melibatkan menyelam, atau kerana ingin mengambil sesuatu dari air, maka selaman ini tidak haram, dan puasa ini sah.
  6. Sampainya habuk ke kerongkong. Ia adalah haram dan membatalkan puasa.
  • S: Adakah seseorang yang berpuasa itu harus sentiasa berhati-hati agar tiada habuk masuk ke kerongkongnya secara tidak sengaja? Contohnya dalam keadaan cuaca yang ekstrim  yang berhabu?
  • J: Ia bukanlah wajib, namun disukai bagi seseorang itu untuk mengelakkan dari habuk sampai ke kerongkong.
  • S: Adakah asap dari proses pembakaran bahan api kereta, mesin-mesin, dan sepertinya, memberi kesan kepada puasa? Dan wajib mengelak dari mereka?
  • J: Ia tidak membatalkan puasa dan tidak wajib mengelak darinya.
7. Merokok.
  • S: Adakah merokok membatalkan puasa kerana asap tebalnya?
  • J: Ia membatalkan puasa bukan kerana asanya yang tebal.
  • S: Adakah merokok secara amnya(tidak berkaitan dengan puasa) dibenarkan dan tidak haram? Terutamanya bagi orang yang bukan penagih rokok dan hanya merokok secara “suka suka”.
  • J: Jika seseorang itu terdedah kepada bahaya kerana rokok, maka haram baginya merokok. Tidak wujud perbezaan antara seorang perokok tegar atau perokok suka-suka. Merokok adalah satu sikap yang buruk, ia dapat di kawal dengan melawan keinginan diri untuk satu tempoh masa.
8. Berada dalam keadaan junub sehingga waktu Fajr tanpa sebarang keperluan.
  • S: Apakah hukumnya jika seseorang itu dalam keadaan junub, lalu beliau tertidur sehingga tidak sedar telah terbit fajar?
  • J: Jika beliau berniat untuk ghusl, maka puasanya sah, namun jika tidak, maka puasanya batal.
  • S: Bagaimana pula jika seseorang itu berniat untuk ghusl, kemudian tidur, lalu terjaga sebentar, namun tidur semula sehingga terbit fajar, dan beliau masih dalam keadaan junub?
  • J: Puasanya batal dan wajib qada.
  • S: Apakah hukumnya bagi seseorang yang mengeluarkan air mani atas tindakan yang dilakukan oleh dirinya sendiri, atau disebabkan sentuhan fizikal dengan wanita(hubungan seksual)?
  • J: Puasanya batal.
  • S: Bagaimana pula dengan seseorang yang mengalami ejakulasi bukan dengan niat, seperti dalam tidur, atau dalam keadaan jaga selepas berniat untuk berpuasa pada hari tersebut?
  • J: Puasanya sah.
  • S: Adakah seseorang itu wajib bersegera melakukan ghusl jika mengalami ejakulasi tanpa niat di siang hari?
  • J: Tidak wajib untuk bersegera melakukan ghusl
  • S: Apakah hukumnya bagi seseorang yang melihat wanita, lalu terejakulasi, atau mendengar suara wanita, lalu terejakulasi?
  • J: Puasanya tidak batal.
9. Cecair Suppositori
  • S: Apakah yang dimaksudkan dengan perkara ini?
  • J: Ia bermaksud satu proses pemasukan cecair melalui rektum untuk rawatan beberapa penyakit.
  • S: Apakah hukumnya, berkaitan orang yang berpuasa?
  • J: Penggunaannya haram dan membatalkan puasa.
  • S: Adakah cecair suppositori yang digunakan untuk mencuci uterus, atau suppositori yang dimasukkan melalui lubang zakar lelaki untuk rawatan membatalkan puasa?
  • J: Suppositori yang dimasukkan secara berdepan(lubang kemaluan lelaki dan wanita) tidak membatalkan puasa. Sebagai tambahan, suntikan ke atas otot atau saluran urat tidak membatalkan puasa. Namun pemasukan cecair ke dalam urat(intravenous) membatalkan puasa. Begitu juga dengan suppositori cecair rektal(perut) juga membatalkan puasa.
  • S: Adakah cecair seperti titikan telinga atau hidung membatalkan puasa?
  • J: Puasa tidak batal selagi tidak sampai ke kerongkong
  • S: Adakah dibenarkan membuat pemindahan/pendermaan darah?
  • J: Tidak membatalkan puasa.

S: Adakah orang-orang yang puasanya telah dibatalkan oleh perkara-perkara di atas wajib menjauhkan diri dari makanan dan minuman untuk baki hari itu?
J: Ia tidak wajib, namun mustahab begitu.

S: Adakah semua perkara di atas membatalkan puasa jika dilakukan secara tidak sengaja?
J: Semua perkara di atas hanya membatalkan puasa jika dilakukan secara sengaja, samada orang itu tahu atau tidak hukum berkaitan hal ini. Sebagai contoh, seseorang itu dengan sengaja merokok walaupun tidak mengetahui hukum rokok membatalkan puasa, maka puasa beliau tetap sahaja terbatal jika dilakukan secara sengaja.

S: Adakah hukum ketidak sengajaan ini hanya terpakai untuk puasa sunat sahaja?
J: Perkara yang membatalkan puasa tidak membatalkan puasa jika dilakukan secara tidak sengaja samada puasa sunat atau wajib.

S: Bagaimana jika seseorang itu terpaksa atau dipaksa membatalkan puasanya, atau item-item yang membatalkan puasa ini dimasukkan secara paksa kedalam mulutnya, sebagai contoh?
J: Ia tidak membatalkan puasa samada wajib atau sunat.

S: Adakah menghisap cincin(batu suci yang terdapat pada cincin), mengunyah makanan untuk bayi, dan merasa makanan di hujung lidah memberi kesan kepada puasa?
J: Semuanya dibenarkan.

S: Apakah hukumnya seseorang yang menyelam semua bahagian badan kecuali kepala di dalam air?
J: Dibenarkan.

S: Apakah hukumnya seseorang yang berpuasa menggunakan Miswak sebelum bersolat?
J: Penggunaan Miswak adalah sangat disukai, samada basah atau kering.

S: Apakah hukumnya seseorang yang menggunakan berus gigi berserta ubat gigi?
J: Ia dibenarkan.

DENDA DAN KAFFARAH

S: Dalam keadaan mana wajib qada puasa, dan dalam keadaan mana wajib dibayar kaffarah?
J: Adalah wajib membayar kaffarah dan qada puasa dalam keadaan berikut:
  1. Makan dan minum
  2. Hubungan Seksual
  3. Sengaja berada dalam keadaan junub sehingga terbit fajar
  4. Tidur sehingga terbit fajar dalam keadaan junub tanpa sebarang niat untuk melaksanakan Ghusl
  5. Keluar air mani secara sengaja (Masturbasi)
  6. Habuk masuk sehingga kerongkong
  7. Merokok
  8. Berdusta atas Allah, Rasul dan Para Imam serta Mahdi
  9. Menyelam di dalam air sepenuh badan termasuk kepala
S: Adakah kafarah wajib di bayar jika seseorang itu tidak sengaja melakukan perkara-perkara ini?
J: Kafarah hanya wajib jika seseorang itu melakukan tindakan di atas secara sengaja

S: Jenis puasa apa yang wajib dibayar kafarah?
J: Puasa berikut adalah yang wajib dibayar kafarah:
  1. Puasa Ramadhan, terdapat tiga cara membayar kafarah, iaitu, membebaskan seorang hamba, berpuasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan kepada 60 orang miskin
  2. Puasa qadha Ramadhan: Wajib bayar kafarah jika dibatalkan selepas zawal. Kafarahnya adalah memberi makan 10 orang miskin, atau jika tidak mampu, beliau harus berpuasa selama 3 hari berturut-turut. Jika seseorang itu membatalkan puasa sebelum zawal, tiada kafarah ke atasnya
  3. Puasa Nazar: Jika seseorang itu, bernazar atau bersumpah untuk berpuasa pada sekian hari, lalu dengan sengaja tidak menunaikannya, kafarahnya adalah sama seperti kafarah meninggalkan puasa Ramadhan
  4. Puasa Ittikaf, yang merupakan tiga hari berturut-turut. Jika seseorang itu berpuasa dua hari, maka wajib ke atasnya berpuasa untuk hari ketiga. Jika beliau membatalkan puasa pada hari ketiga, beliau wajib membayar kafarah.
S: Bagaimana jika seseorang itu diancam nyawa jika tidak berbuka puasa
J: Beliau wajib qada namun tidak wajib kafarah. 

S: Adakah sama kafarah bagi orang yang batal puasa di bulan Ramadhan dengan sesuatu yang haram, seperti berzina atau makan babi, dengan kafarah bagi seseorang yang batal puasa dengan sesuatu yang halal, seperti jimak dengan isteri?
J: Wajib melaksanakan ketiga-tiga jenis kafarah jika membatalkan puasa dengan sesuatu yang haram. Jika puasa terbatal dengan sesuatu yang halal, maka boleh memilih salah satu dari tiga.

S: Salah satu dari kafarah adalah membebaskan hamba abdi. Bagaimana jika kita tidak dapat menemui hamba untuk dibebaskan?
J: Beliau membayar harga setara kepada Imam

S: Berapakah harga membebaskan Imam di zaman ini?
J: Penentuan harganya, pengurangan atau pengecualian bayaran adalah ditentukan oleh Imam a.s

S: Pilihan lain untuk kafarah adalah dengan memberi makan kepada fakir miskin. Adakah ada perkara khusus yang diperlukan, atau memadai ianya dalam bentuk makanan bermasak, jenis roti yang lain, pastri, buah-buahan, hasil  tenusu, sayuran atau perkara lain yang serupa?
J: Ia haruslah dari makanan ruji seperti gandum, barli, tepung, beras, kurma, buah-buahan dan lain-lain. Juga dibenarkan untuk item ini dimasak, atau dibungkus, ditinkan, seperti makanan dalam tin, pastri atau nasi yang dimasak.

J: Apakah dibenarkan untuk memberi makan seorang orang miskin lebih dari sekali untuk satu kafarah?
J: Tidak, namun jika seseorang itu perlu membayar beberapa kafarah lebih dari sekali, maka dibenarkan mengikut bilangan kafarah itu.

S: Adakah membatalkan puasa dengan suppositori memerlukan kepada qada dan kafarah?
S: Suppositori pepejal adalah di benarkan, bagaimanapun suppositori cecair adalah di haramkan. Wajib qada puasa namun kafarah tidak diperlukan.

No comments:

Post a Comment