Sunday, November 10, 2013

Fiqh Mutaah Ajaran Imam Mahdi a.s

Bismillah ar Rahman ar Rahim. Allahumma Solli ala Muhammad wa aali Muhammad, Aimmah wal Mahdiyyin, wa sallim taslima.
Nikah Mutaah adalah sejenis perkahwinan yang dibanarkan di dalam Islam serta tiada dalil yang menafikannya.
Ia melibatkan empat kategori perbincangan.
  • Akad
  • Ruang Lingkup Syarat
  • Tempoh Waktu
  • Mahar
Akad
Akad adalah ucapan yang dilontarkan pada waktu perkahwinan yang melibatkan ijab dan qabul. Pengumuman perjanjian boleh dibuat dengan tiga cara berikut:
  1. Aku bersetuju untuk menikahi mu
  2. Aku bersetuju untuk menikahimu secara sementara
  3. Aku bersetuju dengan pernikahan ini
Dan pengumuman perjanjian tidak berlaku melainkan dengan tiga cara ini, sama seperti pengumuman untuk sewaan, pemberian dan pemilikan.
Penerimaan/ qabul: Adalah sebarang perkataan yang menunjukkan kepuasan hati terhadap perjanjian tersebut. Contohnya seperti “aku terima pernikahan ini” ata “aku terima nikah sementara ini”, walaupun sekadar menyebut “aku terima” maka ia mencukupi. Jika si lelaki memulakan dengan qabul, seperti “aku menikahi dia” maka si wanita pun mengucapkan perkara yang sama, maka ia mencukupi.
Aqad ini perlu mempunyai saksi ATAU diumumkan. Syarat minimum saksi adalah dua orang. Jika mahu membuat pengumuman, maka ia perlulah selepas kontrak selesai namun sebelum hubungan kelamin. Ia boleh dilakukan dengan cara samada memberi tahu orang ramai, atau mengadakan kenduri atau memastikan orang ramai tahu dengan apa sahaja cara.
Ruang Linkup Syarat
Syarat sah seorang isteri adalah seorang Muslim, atau Ahlul Kitab (Nasrani atau Yahudi), dan si suami harus menghalang si isteri dari melakukan perkara haram.
Seorang wanita dilarang menikah secara sementara melainkan dengan seorang lelaki Muslim.  Dan seorang lelaki dilarang dari menikahi seorang wanita yang mensyirikkan Allah, atau musuh Islam dan Ahlulbait a.s seperti golonngan Khawarij.
Seorang lelaki juga dilarang menikahi seorang amah sedangkan dalam masa yang sama beliau mempunyai seorang isteri yang bebas, tanpa kebenaran si isteri. Jika beliau melakukannya tanpa kebenaran, maka kontrak pernikahan menjadi bathil. Juga tidak dibenarkan menikahi anak saudara perempuannya, tanpa kebenaran si isteri.
Adalah sangat mustahab calon isteri itu adalah seorang wanita yang terhormat. Dan sangat makruh jika si wanita itu adalah seorang penzina, namun jika benar, maka si suami harus melarangnya dari terus melakukan zina.
Juga menjadi satu perkara makruh adalah jika mengahwini anak dara secara sementara, namun jika tiada pilihan, tiada masalah dan tidak makruh.
Mahar
Ia adalah syarat yang disebutkan dalam perkahwinan, khususnya pernikahan sementara. Jika tiada, maka pernikahan ini tidak sah. Disyaratkan untuk mahar sesuatu yang dapat dikenal pasti kuantitinya, samada berat, atau ukuran atau pemerhatian atau sifat. Mahar haruslah dipersetujui bersama, samada besar atau kecil nilainya, walaupun sekadar segengam gandum, maka ia harus di bayar seperti dalam perjanjian.
Jika si suami melepaskan si isteri sebelum tamat tempoh kontrak tanpa melakukan hubungan kelamin, maka si suami harus membayar separuh dari mahar. Jika sudah melakukan hubungan kelamin, maka wajib ke atasnya bayaran penuh.
Jika pernikahan terbatal atas sebab yang membatalkan perkahwinan (seperti si wanita itu sudah berkahwin, atau merupakah wanita yang haram dikahwini dan sebagainya), jika berlaku sebelum hubungan kelamin, maka wanita itu tidak layak untuk apa-apa mahar. Jika si wanita sudah mengambilnya, maka si suami boleh mengambil semula. Jika pernikahan disedari terbatal setelah hubungan kelamin, maka si isteri boleh menyimpan berapa banyak yang telah diberi, dan si suami pula tidak berkewajiban membayar lebihan mahar, jika belum selesai bayarannya.
Tempoh
Ini adalah syarat wajib dalam pernikahan sementara, jika tidak disebutkan dalam kontrak, maka pernikahan akan menjadi daim/kekal. Penentuan tempoh adalah terpulang kepada pasangan, samada panjang atau pendek, namun minimum adalah 6 bulan.
Ia harus disebutkan dan dilindungi dari penambahan atau pengurangan tempoh. Jika mereka menentukan tempoh kurang dari 6 bulan, maka pernikahan akan batal. Jika si suami BERNIAT untuk melepaskan si isteri sebelum tamat tempoh 6 bulan, dan si suami berniat sedemikian sebelum akad, maka pernikahan ini juga batal.
Perkahwinan tidak akan terputus melainkan tamat tempoh kontrak atau si suami melepaskan si isteri. Orang yang sama, boleh mengahwini semula si isteri dalam tempoh iddahnya.
Hukum Berkaitan
  1. Jika mahar dan tempoh ditetapkan dalam akad, maka akad ini menjadi sah. Jika si suami melanggar perjanjian mahar, juga tempoh, maka perkahwinan menjadi batal. Jika tempoh tidak disebutkan, maka ia menjadi perkahwinan kekal, bukan sementara.
  2. Setiap syarat perlu ada ijab dan qabul. Tiada hukum berkaitan dengan apa yang disebutkan sebelum kontrak, selagi ia tidak disebutkan di dalam kontrak, dan begitu juga dengan apa yang disebutkan selepas kontrak. Ia tidak dikira sebagai kontrak. Selagi ia disebutkan di dalam kontrak, maka ia tidak perlu di ulang. Penyebutan di dalam kontrak adalah memadai
  3. Seorang wanita dewasa yang rational dan matang (yang sudah mencapai umur 18 tahun) boleh menikahkan dirinya sendiri, dan ibu bapanya serta walinya tidak mempunyai hak untuk membantah. Ini samada wanita itu masih dara atau tidak.
  4. Tidak mengapa jika disyaratkan kepada isteri untuk mendatangi dirinya di siang atau malam.
  5. Si suami boleh melakukan pencegahan kehamilan, dan tidak memerlukan kebenaran si isteri untuk melakukannya. Jika si wanita hamil walaupun pencegahan di lakukan, maka anak akan mengambil nama bapanya.
  6. Tiada penceraian berlaku. Pernikahan tamat apabila tamatnya tempoh. Namun li’an berlaku, zihar juga berlaku dan begitu juga Eela’. Haram hukumnya meninggalkan si isteri tanpa hubungan kelamin melebihi 4 bulan, sama seperti isteri daim.
  7. Tiada harta diwariskan, melainkan harta warisan dijadikan sebagai syarat di dalam kontrak. Maka ia wajib dilaksanakan.
  8. Jika perkahwinan tamat setelah hubungan kelamin, maka tempoh iddahnya adalah dua bulan haid berturut-turut. Jika tiada haid terjadi dan beliau belum menopause, maka tempohnya adalah 45 hari. Iddah akan terjadi jika si suami meninggal, walaupun tanpa hubungan kelamin, dan tempohnya adalah 4 bulan 10 hari jika tidak hamil. Jika hamil, maka iddahnya adalah mana tempoh yang paling panjang antara dua iddah tersebut. Jika beliau seorang amah, maka tempoh iddahnya jika tiada kehamilan adalah dua bulan 5 hari.

No comments:

Post a Comment