Sunday, November 10, 2013

Amalan Menambah Rezeki dan Kesembuhan

Soalan 589: Saya mahu mengetahui doa dari Quran yang diterima oleh Tuhan untuk menambah rezeki dan juga satu lagi doa untuk kesembuhan.
Fatimah- Beirut
 
Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Solawat keatas Muhammad dan aali Muhammad, para Imam dan Mahdi.
 
Bacalah ayat ini setiap siang dan malam 1000 kali dan beramallah dengannya; yakni takutlah kepada Allah[taqwa] untuk menambah rezeki, dan insyaAllah, Dia akan meningkatkan rezeki dan mengayakan kamu dengan rahmatnya:
 
 dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. [65:2-3]

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Dan untuk kesembuhan, bacalah doa berikut dengan sepenuh hati (dengan kehadiran hati):
 

يامَنْ اسْمُهُ دَواءٌ وَذِكْرُهُ شِفاءٌ يامَنْ يَجْعَلْ الشِّفاءَ فيما يَشاءُ مِنَ الأشْياءِ صَلِّ عَلى مُحَمَّد وَآل مُحَمَّد وَاجْعَل شِفائِي مِن هذا الدّاءِ باسْمِكَ هذا

 
“Wahai yang namaNya adalah ubat, dan mengingatiNya adalah kesembuhan, Wahai Dia yang mencipta ubat dalam apa yang dikehendakiNya, Solawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sembuhkanlah aku dari kesakitan ini dengan nama Mu”
( يا الله ~ Ya Allah) x10
( يارَبْ ~ Ya Rab) x10
( يا أْرْحَمَ الرّاحِمِينْ ~ Ya Arham arrahimeen) x10
 
Ahmad Al-Hassan
Muharram Al-Haram/1432 H

No comments:

Post a Comment