Sunday, November 10, 2013

Bagaimana Anak-Anak Adam Berkembang?

Soalan 148Bagaimana anak-anak Nabi Adam as berkembang biak? Adakah mereka berkahwin dengan wanita syurga? Allah berfirman, {Dia menciptakan kamu dari diri yang satu}, sedangkan wanita-wanita syurga bukan dari jiwa Adam, lalu bagaimana pembiakan manusia bermula?

Jawapan:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani’ Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam
Jawapannya di dalam Mutasyabihat Jilid 4, jadi bolehlah merujuk kepadanya.
Seperti apa yang dinyatakan dalam riwayat (hadis-hadis), Habil telah berkahwin kepada Hauraa [nama biasa yang diberikan kepada wanita-wanita syurga] dan yang merupakan satu petunjuk kebenarannya dan kenaikan martabat rohani ke tahap wanita syurga. Dan Qabil berkahwin seorang wanita [yang berada di tahap yang sama] dengan jin, dan itu adalah satu petunjuk kerendahan dan kehinaan martabat jiwanya ke tahap jin jahat, dan melambangkan kebodohan dan kejahilan mereka.
Ahmed al-Hasan
Wasi dan Utusan-Imam al-Mahdi as
=====
Soalan 125Mengapa Qabil membunuh Habil? Dan adakah benar bahawa Adam mahu kahwinkan setiap seorang daripada mereka kepada kembar yang lain, dan Qabil enggan, jadi Adam memerintahkan mereka untuk membuat korban untuk menyimpulkan perkara ini?

Jawapan:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani’ Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Ya Allah sanjung dan sejahterakanlah Muhammad dari ke atas dan keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi.

Terdapat banyak kekeliruan tentang hal ini, dan kebenarannya adalah Allah swt melarang perkahwinan adik-beradik dalam Ummul Kitab, dan semua Kitab Allah dan setiap perundangan menyatakan ianya adalah haram, termasuk perundangan Adam. Jadi isu perkahwinan anak-anak Adam as adalah seperti berikut:
Hawa melahirkan Qabil dan kemudian Habil dari Adam as. Qabil berkahwin dengan seorang wanita yang mana Allah swt telah ciptakan untuknya dan dia seorang yang jahat, dan Habil berkahwin dengan seorang wanita yang Allah telah ciptakan untuknya dan dia adalah orang wanita solehah. Dan Allah menciptakan kedua-dua isteri seperti mana Dia sebelum ini telah menciptakan Adam dan Hawa, yang bermaksud Allah telah mencipta dua isteri untuk Qabil dan Habil dengan keupayaanNya.

Kemudian Allah memerintahkan Adam as untuk melantik Habil as sebagai penggantinya. Oleh itu, apabila Qabil tahu perkara ini, beliau membantah perintah pelantikan tersebut, jadi Adam memaklumkan kepadanya bahawa perintah itu adalah dari Allah dan bukan dari dirinya sendiri, dan beliau memerintahkan mereka untuk mempersembahkan korban kepada Allah. Jadi Habil mempersembahkan domba (biri-biri) yang gemuk manakala Qabil mempersembahkan gandum yang rusak, jadi persembahan Habil diterima. Oleh itu niat jahat terhadap Habil membara dalam jiwa Qabil, dan Iblis (semoga Allah melaknatnya) berbisik kepadanya untuk membunuh saudaranya. Dan jiwanya, yang cenderung kepada kejahatan, dia cenderung ke arah membunuh saudaranya. Jadi Qabil membunuh Habil kerana iri hati, kerana dia adalah pengganti Adam. Oleh itu janji yang dibuat oleh Iblis (semoga Allah melaknatnya) godaan telah terlaksana, kerana dia tergoda Qabil dan dia dijangkiti dengan penyakit Iblis yang merupakan mementingkan diri (keakuan-ego) dan keangkuhan, dan salah satu perkara yang mengiringi “keakuan” adalah penyakit iri hati.

Bagi keturunan seterusnya, isteri Habil mengandung dan melahirkan anak lelaki, dan kemudian, Seth dan Yafith dilahirkan untuk Adam as. Jadi isteri Seth melahirkan seorang anak lelaki dan seorang perempuan dan isteri Yafith melahirkan seorang anak perempuan, maka anak Habil berkahwin dengan anak perempuan Seth, dan anak Seth berkahwin dengan anak perempuan Yafith. (sepupu – penterjemah)

Keturunan nabi-nabi as adalah dari mereka, dan ini adalah kata yang muktamad, dan apa-apa jua perkataan luar dari kenyataan ini hanyalah datang dari orang yang akan berdusta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Ahmed al-Hasan
Wasi dan Utusan-Imam al-Mahdi as

2 comments: