Sunday, November 10, 2013

Hukum Mencium Tangan Ulama dan Non Ulama

Soalan 21: Adakah dibenarkan untuk mencium tangan ulama?
Jawaban: Tidak dibenarkan untuk mencium tangan ulama agama, kerana mencium tangan adalah tidak dibenarkan melainkan tangan para nabi atau wasi, seperti yang disebutkan oleh Imam Jaafar al Sadiq a.s. Riwayatnya ada di dalam kitab Al Kafi (Sila rujuk di bawah)
Oleh itu setiap ulama yang memberikan tangannya untuk dicium, atau meredhakan tindakan ini dan membiarkan manusia mencium tangannya, telah mengingkari perintah Allah, RasulNya, para Imam dan Imam Mahdi a.s. Dan ulama perlu merendah diri serta tunduk kepada perintah Allah, RasulNya, para Imam dan Imam Mahdi a.s, dan mereka perlu patuh kepada perintah yang datang dari beliau a.s, tidak menjadi bangga diri dan meletakkan diri mereka di atas manusia lain, memberikan tangan mereka untuk dicium, menyerupai para raja dan penzalim. Dan aku memohon kepada Allah untuk memberi petunjuk kepada mereka kecuali mereka yang menolak dan kufur. 
Rujukan: Kitab Al Mutasyabihat


Soalan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala pujian bagi Allah, Tuha sekalian alam. Selawat dan limpahan salam kesejahteraan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyun.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Imam as mengajarkan kami bahawa mencium tangan kedua ibu bapa dan anak-anak kecil adalah diboleh. Maka, adakah dibolehkan juga pada saudara lelaki, saudara perempuan dan guru? Dengan kata lain, adakah dibolehkan mencium tangan-tangan selain dari fuqaha’? Azuhar Ahmad/ Malaysia
Jawapan: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala pujian bagi Allah, Tuha sekalian alam. Selawat dan limpahan salam kesejahteraan ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdiyyun. Jauhkanlah ia, semoga Allah memberi taufik kepada kalian dan meneguhkan jejak langkah kalian. Ini adalah sunnah (tradisi) yang tidak baik, yang kebiasaannya membawa kepada sifat takabbur. Adapun bagi kedua ibu bapa, anak-anak, suami dan isteri, maka hendaklah merapatkan (memeluk) tubuh mereka dan jauhkan daripada mencium tangan kedua ibu-bapa, anak, suami atau isteri yang mendorong kepada sifat takabbur.
Ahmad Al Hassan Syawal 1434 H

Hadis Berkaitan

عَلِيٌّ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنْ زَيْدٍ النَّرْسِيِّ عَنْ عَلِيِّ بْنِ مَزْيَدٍ صَاحِبِ السَّابِرِيِّ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى أَبِي عَبْدِ اللَّهِ ع فَتَنَاوَلْتُ يَدَهُ فَقَبَّلْتُهَا فَقَالَ أَمَا إِنَّهَا لَا تَصْلُحُ إِلَّا لِنَبِيٍّ أَوْ وَصِيِّ نَبِيٍّ

Dari Ali BIn Mazeed dan beliau bertemu Imam Abu Abdullah a.s, mengambil tangannya dan menciumnya, jadi beliau a.s berkata: “Ia hanya untuk Nabi atau pewaris Nabi.”
Sumber: Al-Kulayni, Al-Kaafi, Jil. 2, hal. 185, hadis # 2

Hakikatnya...


No comments:

Post a Comment