Sunday, November 10, 2013

Siapa Penentang Imam Mahdi a.s?

http://www.youtube.com/watch?v=-CcVZdarDzk

Hadis Pertama: Ditentang Di Kufah

Imam al Baqir(as) bersabda: “Apabila al Qaim muncul, beliau akan mendekati Kufah, kemudian beberapa ribu orang akan keluar dan mendakwa beliau tidak mempunyai anak, bersama mereka adalah senjata, dan mereka akan berkata, “pulanglah dari mana kamu datang, kami tidak perlukan bantuan kamu dengan anak-anak Fatimah”, maka beliau akan menentang mereka dengan pedang sehinggalah yang terakhir dari kalangan mereka, dan kemudian beliau akan memasuki Kufah dan membunuh setiap munafiq yang sesat, memusnahkan mahligai mereka dan membunuh tentera mereka sehingga Allah meredhai.” Irshad Al-Mufeed v.2 p.384
Siapakah kumpulan Batriyah ini? Perhatikan komentar Syeikh Ali Korani di bawah:
“Nampaknya kebanyakan dari mereka yang Batrya ini dalah Syiah.“Mujam Al Mawthoo’ee Ahadis Imam Al Mahdi a.s hal.570
Apabila Al Qaim keluar dari Karbala dan mendekati Najaf dan orang-orang sekitarnya, di antara Karbala dan Najaf, 16,000 orang fuqaha dan dari orang-orang munafiq akan berkata: “Orang ini bukanlah dari keturunan Fatimah kerana sepatutnya beliau berbelas kasihan terhadap mereka,  dan apabila beliau memasuki Najaf, dan tinggal di sana untuk satu malam dan keluar melalui gerbang Al Nakhilah berdekatan kubur Hud(as) dan Saleh(as), 70,000 penduduk Kufah mahu membunuh beliau. Jadi beliau akan membunuh mereka semua, sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka.” Noor al Anwar, v.3, hal 345
16,000 orang fuqaha? 70, 000 orang Kufah? ini bukan jumlah yang kecil. Yang digelar fuqaha ini bukanlah seorang ustaz biasa yang belajar 3-4 tahun. Untuk mencapai status ini, sudah pasti seorang fuqaha itu belajar belasan tahun minimum. Seorang Ayatollah perlu belajar dan mengajar puluhan tahun, baru digelar fuqaha. Namun itu sendiri tidak menjadikan mereka bertambah celik, malah semakin buta apabila menentang Imam Zaman sendiri.

Hadis Kedua: Sejahat-jahat Fuqaha

Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]
Hadis ini menunjukkan fuqaha di akhir zaman adalah sejahat-jahat manusia, dan mereka merupakan asal serta punca segala fitnah, namun sudah tentu fitnah itu akan dikembalikan kepada mereka dari tangan Imam Mahdi(aj) sendiri. Ya, kebanyakan penyembah ulama akan mengatakan: “Ini bukan ulama Syiah.” Ini adalah satu kenyataan sempit mereka yang tersepit. Konteks hadis ini sendiri menunjukkan yang menentang Imam Mahdi itu ulama Syiah. Tetapi tak mengapa, baca hadis seterusnya:
Imam Hassan Askari(as) berkata kepada Abi Hashim Al Jaafari: “Wahai Ibn al Jaafari, wahai Abu Hashim,akan datang suatu masa nanti kepada manusia, ulama mereka adalah makhluq Tuhan yang paling jahat di atas muka bumi, ini adalah kerana mereka condong ke arah falsafah dan kezuhudan, namun mereka menyesatkan Syiah kami dan mereka yang memegang Wilayah kami..”Al-Bihaar Wa Madinat Al-Hukm Wal-Athaar v.2 p.57 p.58 v.4.
Sudah pasti, ulama Wahabi atau Sunni bukanlah yang ditaati oleh masyarakat Syiah, jadi jelas hadis ini telah menunjukkan ulama Syiahlah yang menyesatkan masyarakat Syiah, mereka disebut sebagai sejahat-jahat ulama dan punca segala fitnah dalam masyarakat Syiah.
Amirul Mukminin a.s di dalam khutbahnya menyebutkan tentang akhir zaman: “Fuqaha” akan cenderung ke arah pembohongan dan ulama akan cenderung ke arah kesesatan.” Ilzaam Al-Naaseb Ithbaat Al-Huja Al-Ga’eb v.2 p.195.
Daripada Mufadhal bin Umar, telah berkata: Aku mendengar Abu Abdillah berkata; “ Sekiranya Qaim bangkit, dia akan bermula dengan pembohong di kalangan Syiah, dan seterusnya akan membunuh mereka.” [Ikhtyar Ma'rifat AlRijal Al Toosi jilid 2, ms 589][AlKashi, ms253]
Kebangkitan al Qaim(aj) akan dimulakan dengan pembohong dari kalangan Syiah. Siapakah pembohong dari kalangan Syiah ini? Ada orang yang jahil mengatakan Ahmad al Hassanlah yang merupakan pembohong dari kalangan Syiah ini. Ini satu kenyataan yang kelakar, kerana jelas, seruan Imam Ahmad(as) tidak dapat diterima oleh umum masyarakat Syiah, maka “fitnah” beliau tidak cukup kuat untuk menyesatkan majoriti Syiah sehingga menimbulkan fitnah besar. Malah beliau dan pengikut beliau sendiri sudah dipulau dari digelar sebagai pengikut Syiah Imamiyah. Jelas pembohong dari kalangan Syiah ini adalah sejahat-jahat manusia yang mana fitnah berasal dari mereka, para fuqaha.
Rasulullah (sawas) bersabda: “Wahai Ibnu Mas’ud, ulamak-ulamak dan fuqaha-fuqaha mereka adalah pengkhianat dan pemaksiat, mereka adalah sejahat-jahat makhluk Allah dan pengikut-pengikut mereka adalah orang-orang yang datang kepada mereka dan mengambil dari mereka. Mereka adalah sejahat makhluk Allah yang mana Allah kan memasukkan mereka ke dalam api neraka dalam keadaan bisu, pekak dan buta, dan tidak akan dikembalikan.” [Makarim Al Akhlaq, ms 450-451]
Bila keluarnya Mahdi, dia tidak akan mempunyai musuh kecuali ulamak-ulamak, jika tidak kerana pedang, para ulamak akan mengisukan fatwa supaya membunuhnya.” [Bayan Al Aimmah (a.s), jilid 3, ms 99]
Hadis di atas menjelaskan lebih banyak perkara, bahawa satu-satunya musuh Imam Mahdi adalah para ulama. Tak perlu berdalih lagi bahawa ini bukan ulama Syiah. Ya, sememangnya ulama dari ajaran lain juga berpotensi menjadi penentang Imam Mahdi, namun itu tidak menafikan ulama-ulama Syiah tidak mempunyai peranan dalam penentangan ke atas beliau.
Musuh-musuhnya adalah ulamak-ulamak taqlid, mereka akan berada di bawah kekuasaannya kerana takut akan pedangnya dan kekuatannya, dan keinginan kepada apa yang dimilikinya.” [Yaum Al Khallas, ms 279][Besharat Al Islam, ms 297]
Ulama-ulama taqlid? Semoga kita terselamat.

Menentang Mahdi dengan Quran

“Apabila Qaim kami bangkit, dia akan berhadapan dengan orang-orang jahil yang lebih teruk berbanding dengan apa Rasulullah (sawas) hadapi semasa zaman jahiliyyah. Bagaimana ia boleh berlaku? Dia (a.s) berkata: Ketika Rasulullah (sawas) datang, manusia menyembah batu, bata, batang kayu dan ukiran. Apabila bangkit Qaim kami, akan berhadapan dengannya orang-orang yang mentafsirkan kitab Allah, dan akan menggunakannya sebagai bukti, dan dia berkata: Demi Allah kebaikan akan memasuki rumah-rumah kamu.” [Kitab Al Ghaybah oleh Sheikh Al Nu’mani, ms 297]

Membalas Dendam Pada pengeluar Fatwa

Amirul Mukminin (a.s) berkata: “Dan dia akan membalas dendam terhadap pengeluar-pengeluar fatwa di dalam urusan agama yang tidak diketahui mereka. Maka celakalah bagi mereka dan siapa jua yang mengikut mereka , seolah-olah agama ini hilang, maka mereka dapat mendirikannya? Atau agama ini bengkok, maka mereka dapat membetulkannya? Atau manusia telah meminta perkara yang bertentangan agama, maka mereka bersetuju dengannya? Atau mereka telah dipaksa melakukan kebaikan, maka mereka membuat sebaliknya?” [Bayan Al Aimmah, jilid 3, ms 298]
Siapa pengeluar fatwa? Anda semua pasti tahu jawabannya. Apa yang akan terjadi selepas Imam Mahdi(as) menghapuskan punca pecah belah umat ini?
Daripada Malik bin Thamra, daripada Amirul Mukminin (a.s), telah berkata: “Wahai malik bin Thamra, bagaimanakah kamu apabila Syiah bertikaian antara satu sama lain, dia kemudian mempersatukan jari2 kedua-dua belah tangannya.” Aku berkata:  “Wahai Amirul Mukminin, apakah ada kebaikan pada zaman tersebut?”. Kesemuanya adalah baik apabila Qaim kami dan 70 orang lelaki akan berbohong kepada Allah dan RasulNYA, dan dia akan membunuh mereka, dan seterusnya Allah akan menjadikan kesemuanya bersatu.” [Bisharat Al Islam, ms 50] [Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 115]
Alhamdulillah, selepas pembunuhan mereka yang munafiq ini, Allah akan menjadikan umat Syiah yang bertikaian ini kesemuanya bersatu semula. Inilah bukti yang menunjukkan betapa besarnya fitnah yang datang dari para ulama dan fuqaha yang paling jahat di atas muka bumi ini. Masakan tidak besar, jika hanya dengan kematian pemuka ini sahaja yang membuatkan umat Syiah bersatu? Siapakah 70 orang ini? Wallahualam. Apa yang pasti adalah mereka dari kalangan para ulamak dan fuqaha. Jadi kepada mereka yang menolak Imam Ahmad(as) atas alasan majoriti para ulama menolak beliau sebagai Al Yamani, maka FIKIRKANLAH SEMULA.
Kerana Imam Zaman(aj) tidak akan mempunyai musuh kecuali para ulama. Ingin bergantung kepada mereka sebagai penentu kebenaran? Orang yang cerdik, pasti tidak akan berbuat demikian.


Wallahualam.

2 comments:

  1. Jika Anda sudah tahu bhw musuh Mahdi sejati adalah para ulama dan furaqa, yg oleh karenanya tidaklah mungkin memberi petunjuk ttg siapa Mahdi sebenar, lantas kenapa Anda tdk membuka pikiran melewati pagar fatwa ulama? Adalah Mirza Ghulam Ahmad & khalifah2, serta jammaahnya yg mengklaim diri sbg Imam Mahdi dan kaum panji hitam yg dijanjikan Allah. Sampai saat ini hanya Ahmadiyah saja yg bertahan dan makin pesat perkembangannya diantara para nabi palsu yg pernah ada. Kenapa tdk kau hampiri dia dan uji dengan segenap imanmu? Bukankah mereka sdh memenuhi semua syarat sebagai musuh bersama ulama dan furaqa di dunia? Petunjuk apalagi yg Anda tunggu? Mahdi & khalifah berpanji hitam sudah tepat berada didepanmu. Ujilah kebenaran mereka dgn hati dan iman yg tulus ingin mencari kebenaran dari Allah SWT. Insya Allah, Allah tidak memerlukan kekerasan dan darahmu untuk menunaikan janjiNya.

    ReplyDelete
  2. Jika Anda sudah tahu bhw musuh Mahdi sejati adalah para ulama dan furaqa, yg oleh karenanya tidaklah mungkin memberi petunjuk ttg siapa Mahdi sebenar, lantas kenapa Anda tdk membuka pikiran melewati pagar fatwa ulama? Adalah Mirza Ghulam Ahmad & khalifah2, serta jammaahnya yg mengklaim diri sbg Imam Mahdi dan kaum panji hitam yg dijanjikan Allah. Sampai saat ini hanya Ahmadiyah saja yg bertahan dan makin pesat perkembangannya diantara para nabi palsu yg pernah ada. Kenapa tdk kau hampiri dia dan uji dengan segenap imanmu? Bukankah mereka sdh memenuhi semua syarat sebagai musuh bersama ulama dan furaqa di dunia? Petunjuk apalagi yg Anda tunggu? Mahdi & khalifah berpanji hitam sudah tepat berada didepanmu. Ujilah kebenaran mereka dgn hati dan iman yg tulus ingin mencari kebenaran dari Allah SWT. Insya Allah, Allah tidak memerlukan kekerasan dan darahmu untuk menunaikan janjiNya.

    ReplyDelete