Sunday, November 10, 2013

Bagaimana Mendekatkan Diri Kepada Allah?

BAGAIMANA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH DENGAN IBADAH-IBADAH SEHINGGA MENJADI TANGAN, TELINGA DAN MATANYA?

Amalan nawafil di dalam hadis Qudsi bukanlah solat-solat mustahab (yang disunatkan) sahaja, tetapi ianya meliputi keseluruhan apa yang difardhukan Allah SWT dan ia menunjukkan kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain (ibadah fardhu). Maka kesemua solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan fajar menurut hadis Qudsi ini adalah nawafil atau tambahan atau sampingan kepada amalan lain yang lebih asasi, lebih penting dan dituntut sebenarnya, kerana amalan-amalan lainnya menjadi tidak bermanfaat tanpa amalan asasi itu. Amalan ini adalah Wilayah (menerima otoriti atau kekuasaan) Wali Allah dan khalifahNya a.s di muka bumiNya ini.

Jika sekiranya datang seorang penganut Kristian yang melakukan segala Ibadah Islam tanpa Wilayah Muhammad, maka ianya tidak memberi sebarang manfaat. Dan sekiranya datang seorang muslim dengan melakukan segala ibadah Islam tanpa Wilayah Ali, maka ianya tidak juga memberi apa-apa manfaat. Dan sekiranya datang seorang Syiah dengan segala ibadah Islam dan wilayah Ali serta para Imam (a.s) tanpa berwilayahkan Imam Mahdi (a.s), maka ianya tidak bermanfaat jua. Melainkan dia memanfaatkannya (wilayah khalifah Allah) di dalam kehidupan di dunia ini, serta menjadikannya sebagai wasilah bagi mengenal Hakikat dan mengenal wali Allah. Bahkan orang yang mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan nawafil walaupun dia berwilayahkan wali Allah, maka dia tetap tidak memperolehi dan tidak dapat meninggikan darjatnya melainkan dengan kadar wilayah yang dikandung dalam dadanya.

Adapun kefardhuan itu adalah wilayah kepada wali Allah. Wilayah itu adalah solat yang wajib, haji yang wajib, zakat yang wajib dan puasa yang wajib. Solat adalah menghadapkan wajah ke kiblat dengan penuh kerendahan dan pengharapan (doa), sebaik-baik kiblat yang dihadapkan wajahnya oleh manusia adalah wali Allah pada zamannya dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya. Sebaik-baik kerendahan diri dan memanjatkan pengharapan (doa) kepada Allah adalah dengan mencintai wali Allah dan HujjahNya ke atas hamba-hambaNya, sepertimana di dalam hadis:

(حبّ علي حسنة لا تضر معها سيئة)


Bermaksud: Kecintaan Ali adalah kebaikan yang kejahatan sesekali tidak memudharatkannya. [Yanabi' Al Mawaddah, jild 1, ms 375 dan 'Awali Al Liali, jid 4, ms 86]

Haji itu adalah perjalanan ke tempat tertentu dan sebaik-baik perjalanan itu adalah perjalanan kepada Allah dengan maksud tujuan wali Allah dan Hujjah Allah ke atas hamba-hambaNya, kerana dia adalah kiblat yang dengannya Allah dikenali. Dengan mereka Allah dikenali.

عن يزيد العجلي, قال: سمعت أبا جعفر يقول: بنا عبد الله, وبنا عرف الله, وبنا وحد الله تبارك وتعالى,ومحمد حجاب الله تبارك وتعالى


Bermaksud: Daripada Yazid Al ‘Ijli, telah berkata: Aku telah mendengar Aba Abdillah berkata: Dengan kami Allah disembah, dengan kami Allah dikenali, dengan kami ditauhidkan Allah Tabaraka wa Taala, dan Muhammad adalah Hijab Allah Tabaraka wa Taala[Al Kafi, jilid 1, ms 145]

قال رسول الله : ابن آدم إفعل الخير ودع الشر فإذا أنت جواد قاصد


Telah bersabda Rasulullah: Berbuat baiklah anak Adam dan tinggalkanlah kejahatan, sedang kamu seorang yang dermawan lagi dekat. [Nahjul Balaghah, ms 95, khutbah 176]

Perbuatan baik adalah Wilayah Wali Allah dan meninggalkan kejahatan adalah mengingkari taghut. Ditetapkan bahawa wilayah Wali Allah adalah mengikut martabat-martabat. Maka barangsiapa yang mengutamakan keseragaman dalam setiap gerak serta diam, dan bukan orang yang mengikutinya dengan lisan tetapi tidak mengikutinya dengan perbuatannya. Setiap kali dia lebih kuat mendampingi Wali Allah, maka setiap kali itulah keterdekatan dirinya kepada Allah menjadi lebih kuat. Beginilah halnya sehinggalah hamba yang sentiasa mendampingi Wali Allah ini menjadi imej atau gambaran lain kepada Wali Allah atau HujjahNya ke atas hamba-hambaNya. Beginilah seseorang hamba itu menjadi mata dan tangan Allah, sepertimana Wali Allah itu adalah mata dan tangan Allah.

حدثنا عبد الله بن محمد عن محمد بن إسماعيل النيشابوري عن أحمد بن الحسن الكوفي عن إسماعيل بن نصر وعلي بن عبد الله الهاشمي عن عبد المزاحم بن كثير عن أبي عبد الله عليه السلام قال كان أمير المؤمنين عليه السلام يقول انا علم الله وانا قلب الله الواعي ولسان الله الناطق وعين الله الناظر وانا جنب الله وانا يد الله


Daripada Abi Abdillah, telah berkata: Amirul Mukminin berkata: Aku adalah ilmu Allah, dan aku adalah hati Allah yang sedar, dan lisan Allah yang berkata-kata, dan mata Allah yang melihat, aku adalah rusuk Allah dan aku adalah tangan Allah. [Bashair Al Darajat, ms 84. At Tauhid li As Sadooq, ms 164, bab 22, hadis 1. Al Ikhtisas oleh Al Mufid, ms 248]

Imam Ahmad Al Hassan
Kitab Al Mutasyabihat, jilid ketiga, ms 61-62. 

No comments:

Post a Comment