Sunday, November 10, 2013

Bagaimana Mengenali Sohibul Amr?

Metod sebenar mengenal Shohibul Amr: Artikel ini bakal membicarakan isu yang amat penting sekali iaitu isu berkaitan peraturan Ilahi dalam mengenali Khalifah Allah SWT pada setiap zaman.Memandangkan peraturan ini diasaskan sendiri oleh Allah SWT pada hari pertama diciptakan Adam (as), ketikamana DIA berfirman:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ

قَالُواْ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ

قَالَ يَـٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ‌ۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسۡمَآٮِٕہِمۡ قَالَ أَلَمۡ أَقُل لَّكُمۡ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَأَعۡلَمُ مَا تُبۡدُونَ وَمَا كُنتُمۡ تَكۡتُمُونَ

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan [khalifah] di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (30)
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!” (31)
Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (32)
Allah berfirman: “Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama ini”.Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: “Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?” (33)
Dan [ingatlah] ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (34)
Begitulah para Anbiya, Rasul-rasul dan pengikut-pengikut mereka berhujah ke atas manusia berdasarkan peraturan ini, yang mana Allah SWT telah menetapkan 3 peraturan ini sejak hari pertama Allah menjadikan khalifahNya di atas muka bumiNya ini.
Begitulah para Anbiya, Rasul-rasul dan pengikut-pengikut mereka berhujah ke atas manusia berdasarkan peraturan ini, yang mana Allah SWT telah menetapkan 3 peraturan ini sejak hari pertama Allah menjadikan khalifahNya di atas muka bumiNya ini.
Pertama: Nas iaitu sesungguhnya Allah telah menaskan ke atas Adam (as) bahawa dia adalah khalifahNya di atas muka bumiNya di hadapan para Malaikat (as) dan Iblis (la), ketikamana DIA berfirman: 

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. 
Kedua: Ilmu, iaitu dia adalah orang yang paling berilmu di kalangan manusia pada zamannya tentang kitab-kitab samawi seperti Taurat, Injil dan Quran, serta apa jua yang telah diberikan kepada para Anbiya dan Rasul-rasul sebelumnya. Sebagaimana firmanNya:

وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ

Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu memang orang-orang yang benar!”
Ketiga: Mengajak kepada Ketuanan Allah, iaitu panjiNya “Bai’ah hanya untuk Allah”, dengan itu taat kepadanya adalah wajib yakni mentaati khalifah yang dilantik oleh Allah SWT. Mentaatinya adalah mentaati Allah dan menderhakainya adalah menderhakai Allah; kerana dia adalah pelaksana hukum-hakam Allah dan pentafsir kitab-kitabNya yang turun dari langit, ketikamana DIA SWT berfirman:

فَإِذَا سَوَّيۡتُهُ ۥ وَنَفَخۡتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُواْ لَهُ ۥ سَـٰجِدِينَ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh [ciptaan] Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. [Al-Hijr: 29]    
Ketiga-tiga perkara ini adalah peraturan Ilahi bagi mengenal Hujjat ke atas makhluk adalahٍٍٍ ٍ
telah ditetapkanNya, sebagaimana firmanNya:

سُنَّةَ ٱللَّهِ فِى ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلُۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ ٱللَّهِ تَبۡدِيلاً۬

Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum [mu], dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah. [Al Ahzab:33]
Umat manusia pada hari ini amat memerlukan kepada peraturan Ilahi seperti ini, memandangkan banyaknya fitnah dan pengklaim-pengklaim Mahdi, serta dakwah-dakwah kesesatan dan banyaknya mereka yang mendakwa sebagai Hujjat Allah ke atas makhluknya selain daripada mereka yang dilantik Allah SWT, sejak dari awal penciptaan lagi.
Peraturan ini jugalah yang ditunjuki oleh Rasulullah (sawas) dan Ahlulbaytnya (as) berdasarkan riwayat-riwayat mereka yang mutawatir, apabila ditanyakan berkenaan metod bagi mengenal Imam atau Wasi (as) dan sesiapa jua yang mengklaim urusan ini. Maka mereka (as) menjawab persoalan-persoalan ini, sepertimana yang diriwayatkan daripada mereka (as):

 أبي عن محمد العطار عن الأشعري عن محمد بن الوليد عن حماد بن عثمان عن الحارث بن المغيرة النضري قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام: بما يعرف صاحب هذا الامر؟ قال: بالسكينة والوقار والعلم والوصية

Daripada Muhammad bin Attar, daripada Al Ash’ari, daripada Muhammad bin Al Walid, daripada Hammad bin Uthman, daripada Al Harith bin Mughirah Al Nadhari, teah berkata: (Aku telah berkata kepada Abi Abdillah (as):Dengan apa dikenali Shohibul Amr ini? Menjawab: Dengan ketenangan, keteguhan pendirian, ilmu dan wasiat)[Bihar Al Anwar, Al Allamah Al Majlisi, jilid 25, ms 138][Bashair Al Darajat, ms 640][Al Khishaal, Syeikh Sadooq, ms 200][Al Imamah wa Al Tabshirah, jilid 1, ms 138]

سألت أبا عبد الله عليه السلام…فبما يعرفون ذلك؟…فقال: يعرف صاحب هذا الامر بثلاث خصال لا تكون في غيره: هو أولى الناس بالذين قبله وهو وصيه، وعنده سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله ووصيته

Ali bin Ibrahim bin Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin Abdul Rahman, telah berkata: menceritakan kami Hammad, daripada Abdul A’la, telah berkata: (Aku telah bertanya kepada Abi Abdillah (as)…maka dengan apa mereka mengenali yang demikian itu…dikenali pemilik urusan ini dengan tiga perkara yang tidak terdapat pada selainnya: dia adalah orang yang lebih layak/utama bagi orang sebelumnya dan dia adalah wasinya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas) dan wasiatnya). [Al Kafi, jilid 1, 378]

محمد العطار، عن الأشعري، عن الخشاب، عن يزيد بن إسحاق شعر، عن الغنوي، عن عبد الأعلى، قال: قلت لأبي عبد الله عليه السلام

ما الحجة على المدعي لهذا الأمر بغير حق؟

قال: ثلاثة من الحجة لم يجتمعن في رجل إلا كان صاحب هذا الأمر

أن يكون أولى الناس بمن قبله

ويكون عنده سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله

ويكون صاحب الوصية الظاهرة…

Daripada Al Ash’ari, daripada Al Hashaab, daripada Yazid bin Ishaq, daripada Al Ghanwi, daripada Abdul A’la, telah berkata: (Aku berkata kepada Abi Abdillah (as), apakah hujah ke atas mereka yang mengklaim urusan ini secara tidak benar? Dia menjawab: Tiga hujah yang tidak akan berhimpun pada seorang lelaki melainkan dia adalah pemilik urusan ini:  dia adalah orang yang lebih layak/utama bagi orang sebelumnya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas) dan wasiatnya yang nyata…). [Al Imamah wa Al Tabshirah, Al Qummi, ms 137]

حدثنا محمد بن أحمد عن محمد بن عيسى عن حماد بن عيسى عن عبد الاعلى عن أبي عبد الله عليه السلام قلت إن الناس يتكلمون في أبى جعفر يقولون ما بالها ابطحت من ولد أبيه من له مثل قرابته ومن هو أكبر منه وقصرت عمن هو أصغر منه وقال يعرف صاحب هذا الأمر بثلث خصال لا تكون في غيره هو أولى الناس بالذي قبله وهو وصيه وعنده سلاح رسول الله صلى الله عليه وآله ووصيته وذلك عندي لا أنازع فيه.

Telah menceritakan kami Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Isa, daripada Hammad bin Isa, daripada Abdul A’la, daripada Abi Abdillah (as), berkata: (…dikenali pemilik urusan ini (shohibul amr) dengan tiga perkara yang tida ada pada selainnya, dia adalah manusia paling layak/ utama bagi Imam sebelumnya, dia adalah wasinya, di sisinya senjata Rasulullah (sawas), wasiatnya yang demikian itu ada di sisiku dan tiada perbalalahan padanya). [Bashair Al Darajat, ms 202][Bihar Al Anwar, jilid 26, ms 217]

 هذه الحالة – يا أخا اليهود – ثم طلبت حقي لكنت أولى ممن طلبه لعلم من مضى من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وآله ومن بحضرتك منه بأني كنت أكثر عددا وأعز عشيرة وأمنع رجالا وأطوع أمرا وأوضح حجة وأكثر في هذا الدين مناقب وآثارا لسوابقي وقرابتي ووراثتي فضلا عن استحقاقي ذلك بالوصية التي لا مخرج للعباد منها والبيعة المتقدمة في أعناقهم ممن تناولها

Daripada percakapan Imam Ali (as) dengan seorang yahudi, beliau berkata kepadanya: (…Keadaan ini – wahai saudara yahudi – kemudian aku menuntut hakku dan aku adalah lebih layak daripada sesiapa jua yang menuntutnya, sedia diketahui sesiapa yang tinggal kekal dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah (sawas) dan sesiapa jua di kalangan kamu darinya bahawa aku adalah paling banyak bilangan, ahli keluarga paling mulia, lelaki paling terpelihara, paling mentaati perintah, hujjat yang paling jelas, mempunyai paling banyak gelaran/ kedudukan di dalam agama ini, paling banyak hadis untuk orang terdahuluku, ahli keluargaku, dan waris-warisku, keutamaan tentang kelayakanku itu adalah dengan wasiat yang tidak dikeluarkan ianya kepada hamba-hamba lainya dan baiah yang didahulukan di atas tengkuk-tengkuk mereka dari kalangan mereka yang telah melakukannya…). [Al Khisaal, ms 374]

عن الإمام الباقر عليه السلام…وإياك وشذاذا من آل محمد صلى الله عليه وآله فإن لآل محمد وعلي راية ولغيرهم رايات، فالزم الأرض ولا تتبع منهم رجلا أبدا حتى ترى رجلا من ولد الحسين، معه عهد نبي الله ورايته وسلاحه، فإن عهد نبي الله صار عند علي بن الحسين، ثم صار عند محمد بن علي، ويفعل الله ما يشاء

Daripada Imam Baqir (as): (…dan kepada kamu serta keganjilan daripada keluarga Muhammad (sawas), sesungguhnya bagi keluarga Muhammad itu panji dan selain mereka juga panji-panji, maka tinggal tetaplah di muka bumi dan jangan kamu mengikut seorang lelaki dari mereka sehinggalah kamu melihat seorang lelaki dari keturunan Al Hussain, bersamanya janji Nabi Allah, panjinya dan senjatanya. Maka sesungguhnya janji Nabi Allah berada di sisi Ali bin Al Hussain, kemudian berada di sisi Muhammad bin Ali, dan Allah berbuat apa yang dikehendakinya). [Ilzam Al nasib, ms 296][Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 224][Mu'jam Ahadith Al Imam Al Mahdi (as),jilid 5, ms 21]

Pertama: Setiap orang yang berpegang dengan panji ini mengenali pemilik kebenaran. Adapun keganjilan di dalam riwayat ini adalah pemilik-pemilik klaim kebatilan dan mereka yang menisbahkan klaim-klaim mereka kepada keluarga Muhammad (as), iaitu ianya adalah panji-panji kesamaran yang bercampur aduk antara hak dan batil. Oleh itu, Imam baqir (as) mengingatkan supaya tidak mengikut panji-panji ini. Setelah itu, Imam (as) menjelaskan bahawa pemilik kebenaran wajib berada di kalangan zuriat keturunan Al Hussain (as), yakni setiap peribadi yang nasab keturunannya tidak kembali kepada Al Hussain (as) adalah sepatutnya tidak diikuti. Peraturan ini adalah tekad keamanan bagi memelihara kebenaran dan pemiliknya.
Kedua: Wajib ada bersamanya janji (ahd) daripada Nabi Allah (sawas). Janji (ahd) ini adalah wasiat yang ada namanya di dalamnya iaitu dinaskan ke atasnya daripada Rasulullah (sawas) dengan nama. Tidak terdapat seorang pun pada hari ini yang membawa wasiat daripada Rasulullah (sawas) melainkan Sayyid Ahmad Al Hassan (as).
Ketiga: Bersamanya panji Rasulullah (sawas) dan panji tersebut adalah Baiah hanya untuk Allah (Bai’atu lilLah) atau Ketuanan Allah dan bukannya ketuanan manusia. Jelas sekali bahawa majoriti pada hari ini menyokong saqifah Bani Saidah di akhir zaman iaitu shura kecil, melainkan Sayyid Ahmad Al Hassan (as) yang telah datang dengan panji Rasulullah (sawas) iaitu Ketuanan Allah (Hakimiyyah Allah).
Keempat: Adapun senjata Rasulullah (sawas) yang diisyaratkan di dalam riwayat adalah ilmu Rasulullah (sawas), iaitu mengetahui tentang kitab-kitab Samawi dan setiap apa yang diberikan kepada para Anbiya dan Rasul-rasul.
Perkara-perkara ini tidak akan berhimpun melainkan pada pemilik kebenaran, maka tidak terdapat seorang pun selain Sayyid Ahmad Al Hassan (as) yang benar-benar menepati kesemua perkara ini. Beliau (as) berkata: (Aku paling berilmu dari kalangan Ahli Quran berkenaan Quran mereka, paling berilmu dari kalangan ahli Injil berkenaan Injil mereka, paling berilmu dari ahli Taurat berkenaan Taurat mereka, dan paling mengetahui penyelewengan-penyelewengan (tahrif) yang terdapat di dalamnya).
Lebih utama lagi adalah pengetahuannya berkenaan jalan-jalan ke langit iaitu ilmu yang tidak ada seorang pun mampu untuk mengklaimnya melainkan orang yang ilmunya bersandarkan kepada ilmu Muhammad dan keluarga (sawas). Barangsiapa yang memusuhinya adalah di dalam kebatilan; kerana dia mewakili kebenaran secara keseluruhannya dan tiada apa selepas kebenaran melainkan kesesatan. Sesungguhnya ia adalah urusan mereka  yang lebih terang dari mentari, walaupun cuba ditutup oleh sebahagian mereka pengetahuannya.

 :عن الباقر عليه السلام, أنه قال

 اسمه اسم نبي ما أشكل عليكم فلم يشكل عليكم عهد نبي الله ورأيته وسلاحه

Daripada Imam Baqir (as), bahawasanya dia berkata: (Namanya adalah nama Nabi, apa meragukan ke atas kamu maka tidak pernah meragukan ke atas kamu akan janji (ahd) Nabi Allah, panjinya dan senjatanya…) [Ilzam An Nasib, jilid 3, ms 96-97]

Janji (Ahd) Nabi Allah: Adalah wasiat yang disebutkan di dalamnya nama anak Imam Mahdi iaitu Ahmad, dia adalah anak pemilik wasiat.
Panji Rasulullah (sawas): Adalah Baiah hanya untuk Allah (Al Bai’atu lilLah) atau Ketuanan Allah.
Senjata Rasulullah (sawas): Adalah Quran iaitu ilmu berkenaannya dan makrifatnya. Oleh itu, orang yang membawa senjata Rasulullah mestilah mengetahui Muhkam dan Mutasyabihnya, yang memansuhkan dan yang dimansuhkannya.

Bukankah ini adalah penjelasan yang terang lagi benderang daripada Keluarga Muhammad (as) khusus buat pemilik kebenaran apabila dia datang? Oleh itu, di manakah kesamaran sepertimana yang disangkakan oleh umat ini bahawa ianya adalah kesamaran buat mereka? Bukankah urusan ini adalah jelas seperti terangnya matahari di waktu tengah hari?

 حدثنا عمران بن موسى عن موسى بن جعفر عليه السلام عن علي بن معبد عن جعفر بن عبد الله عن حماد عن عبد الله بن عبد الرحمن عن أبي عمير عن معاوية بن وهب قال استأذنت على أبى عبد الله عليه السلام فاذن لي فسمعته يقول في كلام له يا من خصنا بالوصية وأعطانا علم ما مضى وعلم ما بقي وجعل أفئدة من الناس تهوى إلينا وجعلنا ورثة الأنبياء

Menceritakan kami Imran bin Musa, daripada Musa bin Jaafar (as), daripada Ali bin Ma’bad, daripada Jaafar bin Abdullah, daripada Hammad, daripada Abdullah bin Abdul Rahman, daripada Abi ‘Amir, daripada Muawiyah bin Wahab, telah berkata: (Aku telah meminta izin ke atas Abi Abdillah (as), maka dia izinkan bagiku, lalu aku telah mendengar dia berkata di dalam ucapannya: Wahai orang yang mengkhususkan kami dengan wasiat, memberikan kami ilmu tentang apa yang telah berlalu dan apa yang berbaki, serta menjadikan hati-hati manusia cenderung kepada kami, dan menjadikan kami pewaris-pewaris Anbiya). [Bashair Al Darajat, ms 149][Bihar Al Anwar, jilid 26, ms 112][Tafsir Nur Al Thaqolayn, jilid2, mss551]

 قال الامام علي عليه السلام: لا يقاس بآل محمد صلى الله عليه وآله من هذه الأمة أحد ولا يسوى بهم من جرت نعمتهم عليه أبدا. هم أساس الدين. وعماد اليقين. إليهم يفئ الغالي. وبهم يلحق التالي ولهم خصائص حق الولاية. وفيهم الوصية والوراثة

Telah berkata Imam Ali (as): (Tiada seorang pun yang dapat dibandingkan dengan keluarga Muhammad (sawas). Orang yang mendapat kenikmatan dari mereka tidak dapat disamakan dengan mereka. Mereka adalah asas agama dan tiang keyakinan. Pelari yang di hadapan harus berbalik kepada mereka sementara yang di belakang harus menyusul mereka. Mereka memiliki ciri-ciri utama hak kewalian. Pada mereka wasiat dan warisan (kenabian)…). [Nahjul Balaghah, jilid 1, ms 30]
Mungkin ramai yang mengklaim wasiat ini kerana ianya telah berada pada banyak tangan di sepanjang zaman. Soalan ini seringkali bermain-main di fikiran kebanyakan orang, oleh itu, bagaimanakah kita hendak membezakan antara yang hak dan yang batil?
Jawapannya telah diberikan oleh keturunan (itrah) Keluarga Muhammad (as) sendiri: kebanyakan kamu berhujah dengan keraguan sepertimana kata Imam Ridha (as) kepada Jathliq pendeta Nasrani dan ketua Jalut, tidak mungkin wasiat ini diklaim oleh sesiapapun melainkan pemiliknya. Hadis Imam Ridha (as) berhujah dengan pendeta Nasrani Jathliq dan ketua Jalut, Imam (as) membacakan apa yang tertulis di dalam kitab Injil yang menyebutkan Rasulullah (sawas), di sini Jathliq berkata: (Kami tidak mengakui kebenaran bahawa dia adalah Muhammad ini?

 فقال الرضا عليه السلام: احتججتم بالشك فهل بعث الله قبل أو بعد من ولد آدم إلى يومنا هذا نبيا اسمه محمد؟ أو تجدونه في شئ من الكتب الذي أنزلها الله على جميع الأنبياء غير محمد؟ فأحجموا عن جوابه

Seraya Imam Ridha (as) berkata: kamu telah berhujah dengan keraguan, adakah Allah telah mengutuskan sebelum atau selepas daripada Adam sehingga ke hari kita ini seorang Nabi yang namanya adalah Muhammad? Atau kamu dapatinya sesuatu dari kitab-kitab yang diturunkan Allah ke atas semua Anbiya selain Muhammad? Maka mereka mengundur diri daripada menjawabnya). [Bihar Al Anwar, jilid 49, ms 76][Ithbat Al Hudah, jilid 1, ms 196]
Begitu juga di dalam riwayat yang lain Imam Ridha (as) menjelaskan kepada kita, bagaimana mengenal orang yang mengklaim Imamah? Semasa penghujahan Imam Ridha (as) di dalam majlis Al Makmun, Imam (as) telah menerangkan perkara ini dengan terang sehingga tidak memerlukan usaha yang gigih untuk memikirkannya.

 فسأله بعضهم فقال له: يا بن رسول الله بأي شئ تصح الإمامة لمدعيها؟ قال بالنص والدليل، قال له: فدلالة الامام فيما هي؟ قال في العلم واستجابة الدعوة

Ketikamana salah seorang dari mereka bertanya: (Wahai anak Rasulullah , dengan apakah dibenarkan Imamah bagi orang yang mendakwanya? (as) menjawab: Dengan nas dan pembuktian. Bertanya pula kepadanya: apakah pembuktian Imam itu? (as) Menjawab: pada ilmu dan menjawab dakwah). ['Uyoon Akhbar Al Ridha (as), jilid 2, ms 216]
Di sepanjang perjalanan dakwah Al Yamani, kami dapati bahawa tidak pernah seorang pun mengklaim wasiat Rasulullah (sawas) selain daripada Sayyid Ahmad Al Hassan (as), walaupun  wasiat tersebut wujud di dalam kitab-kitab utama selama beratus-ratus tahun. Hattakan mereka yang mengklaim sebagai Mahdi tidak pernah berani mengklain bahawa dia adalah dari kalangan Awsiya Muhammad (sawas). Oleh itu, wasiat adalah batu besar yang menghancurkan setiap klaim palsu yang berlalu di sepanjang sejarah Islam.

Dalil yang mengatakan bahawa senjata adalah ilmu sepertimana yang diterangkan oleh Ahlulbayt (as) sendiri:

حدثنا عبد الله بن جعفر عن محمد بن عيسى عن الحسن عن فضالة عن يحيى عن أبيه عن عبد الله بن سليمان قال سمعت أبا جعفر عليه السلام يقول إن السلاح فينا كمثل التابوت في بني إسرائيل حيث دار التابوت فثم الملك وحيث ما دار السلاح فثم العلم.

Telah menceritakan kami Abdullah bin Jaafar, daripada Muhammad bin Isa, daripada Al Hassan, daripada Fadhalah, daripada Yahya, daripada bapanya, daripada Abdullah bin Sulaiman, telah berkata: Aku telah mendengar Abi Jaafar (as) berkata: (Sesungguhnya senjata pada kami adalah seperti Tabut pada Bani Israil, ketikamana Tabut bertukar tangan maka di situlah kerajaan (Al Mulk), dan ketikamana senjata bertukar tangan maka di situlah ilmu). [Bashair Al Darajat, ms 203]

 قال: كان فيه ألواح موسى التي تكسرت والطست التي تغسل فيها قلوب الأنبياء

Telah berkata Imam Ridha (as): (Telah berkata: Adalah pada Tabut itu papan-papan tulis Musa yang berkecai dan dipukul, yang membasahi padanya hati-hati para Anbiya). [Tafsir Al Ayashi, jilid 1, ms 133]

حدثنا محمد بن الحسين عن صفوان عن أبي الحسن عليه السلام قال كان أبو جعفر عليه السلام يقول إنما السلاح فينا مثل التابوت في بني إسرائيل أينما دار التابوت فثم الامر قلت فيكون السلاح مزايلا للعلم قال لا

Telah menceritakan kami Muhammad bin Al Hussin, daripada Safwan, daripada Abi Al Hassan (as), telah berkata: Abu Jaafar (as) berkata: (Sesungguhnya senjata pada kami adalah seperti Tabut pada Bani Israil, bilamana Tabut bertukar tangan maka di situlah  letaknya urusan. Aku bertanya: Maka senjata jadi berjauhan dengan ilmu? Imam menjawab: Tidak). [Bashair Al Darajat, ms 203]

Kesimpulan:

1. Peraturan dalam mengenal Shohibul Amr atau khalifah Allah yang merupakan pemilik kebenaran telah pun dijelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh Allah SWT sejak hari pertama penciptaan Adam (as) lagi. Ditambah lagi dengan penjelasan oleh Nabi Muhammad (sawas) dan Keluarganya yang suci (as) di dalam riwayat-riwayat mereka.
2. Kebanyakan mereka yang menentang dakwah kebenaran yang dibawa oleh pemilik kebenaran adalah berasaskan kepada keraguan dan syak mereka, dengan meninggalkan peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah dan dijelaskan oleh Muhammad dan keluarganya (sawas) dalam mengenalpasti pemilik kebenaran.
3. Kesemua peraturan yang ditetapkan Allah dan dijelaskan oleh Muhammad dan Keluarganya (sawas) adalah terhimpun pada peribadi Sayyid Ahmad Al Hassan (as) yang mengklaim dirinya sebagai anak pemilik wasiat iaitu Imam Mahdi (as), yang disebutkan namanya (Ahmad) di dalam hadis wasiat Rasulullah (sawas). Tiada siapa pun yang pernah mengklaim urusan ini melainkan beliau (as).

No comments:

Post a Comment