Sunday, November 10, 2013

Apabila Ahli Yaqin Meragui

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim. Allahumma Solli ala Muhammad wa aali Muhammad, al Aimmah wal Mahdiyyin, wa sallim tasliman katsira.
Dari Abu Abdullah a.s bersabda: Demi Allah Sahib kamu akan muncul dan tidak mempunyai kewajiban berbaiah kepada sesiapa pun di lehernya” Beliau bersabda: “Sahib kamu tidak akan muncul sehinggalah Ahli Yaqeen(orang-orang yang yakin) akan meragui beliau. Beliau adalah berita besar sehingga kamu menafikannya.”Bihar al Anwar Jil.48

Saya tanyakan kepada kalian saudara dan saudari sekalian, jika Ahli Yaqeen mengikut majoriti Syiah adalah para Ulama, jadi mengapa ketika waktu kezuhuran menghampiri, mereka ini akan menjadi ragu? Adakah mereka meragui Imam Mahdi a.s? Atau mereka akan meragui orang yang lain? Hampir 400 juta Syiah hari ini mengangkat tangan berdoa ketika qunut “Ya Allah, percepatkanlah zuhur” dan mereka meletakkan tangan di atas kepala mereka sebagai tanda hormat.

Ya, sememangnya, majoriti orang yang berdoa akan kezuhurannya, “kebanyakan” mereka adalah bukan dari kalangan Ahli Yaqeen, jadi bagaimana ahli yaqeen ini boleh jatuh dalam keraguan? Jika Ahli Yaqeen sendiri ragu, apatah lagi mereka yang bukan dari kalangan ahli yaqeen. dan masih lagi dipanggil sebagai Syiah!! Mereka bukan ahli Iman yang lebih rendah kedudukannya dari Taqwa(Iman lebih rendah darjatnya dari Taqwa), mereka bukan juga ahli taqwa yang lebih rendah dari yaqeen, malah mereka adalah ahli yaqeen itu sendiri!! Allahu Akbar!

Amirul Mukminin a.s bersabda: “Dan kamu akan mengetahui berita tentang beliau selepas itu.” Beliau bersabda: “Semasa kemunculan Qaim a.s, Allah swt berfirman: “Dan Kami telah berikan Musa kitabnya, lalu mereka bercanggahan tentangnya.  Mereka bercanggahan dengan cara yang sama dengan umat ini,dan mereka akan bercanggahan dengan kitab yang akan dibawa oleh Qaim a.s, sehingga ramai manusia menolaknya, maka beliau akan pergi kepada mereka dan memukul leher mereka.” Bihar al Anwar, jilid 51. halaman 62


“maka beliau akan pergi kepada mereka dan memukul leher mereka”

Daripada Mufadhal bin Umar, telah berkata: Aku mendengar Abu Abdillah berkata; “ Sekiranya Qaim bangkit, dia akan bermula dengan pembohong di kalangan Syiah, dan seterusnya akan membunuh mereka.” [Ikhtyar Ma'rifat AlRijal Al Toosi jilid 2, ms 589][AlKashi, ms253] 


Umat ini= Umat Islam

Bercanggahan tentang kitab yang dibawa? Jadi ini bermakna, disebabkan percanggahan ini, akan wujud kumpulan-kumpulan. Qaim a.s muncul dan manusia akan bercanggahan dengan kitab yang dibawanya. Jika diperhatikan di riwayat kedua, Imam Ali a.s tidak menyatakan percanggahan dengan Qaim a.s, tetapi dengan kitab yang beliau bawa.

“..mereka akan bercanggahan dengan kitab yang akan dibawa oleh Qaim a.s, sehingga ramai manusia menolaknya, maka beliau akan pergi kepada mereka dan memukul leher mereka.” Bihar al Anwar, jilid 51. halaman 62

Hadis pertama yang diposkan pula menunjukkan manusia akan bercanggahan tentang “sahib kamu”. Sekarang dapatkah anda lihat bagaimana Ahlulbait a.s sedang cuba membuatkan kita berfikir dari apa yang mereka a.s cuba sampaikan?

“Sahib kamu tidak akan muncul sehinggalah Ahli Yaqeen(orang-orang yang yakin) akan meragui beliau
Apabila kamu meragui sesuatu itu benar atau tidak, adakah kamu akan menyanggahi “sesuatu” itu, atau anda akan menerimanya, atau anda akan terus menolak “sesuatu” itu. Sudah pasti, anda harus mendapatkan kepastian, maka anda akan berhujah dan berbeza pendapat dalam beberapa isu.

Setelah kewafatan Nabi s.a.w.a, manusia bercanggahan dengan Imam Ali sebagai khalifah, dan ini sangat jelas kepada Syiah Ahlulbait a.s, maka hasilnya adalah manusia yang menyokong Ali a.s adalah sangat sedikit, dan wilayahnya sangat sukar diterima. Dan ya, para ulama meragui beliau, kebanyakan mereka adalah ulama fiqh seperti Shabath ibn Ribi’, Shuraih Al Qadi yang membunuh Hussain a.s, Saad ibn Abi Waqas, Ibnu Umar. Dan ratusan Khawarij serta mereka yang melihat Nabi s.a.w.a di Ghadir Khum, meragui serta membenci kedudukan Imam Ali a.s. Mereka semua dianggap sebarai Maraji’ di zaman mereka, manusia merujuki mereka untuk hadis dan fatwa. Kesemuanya terjadi selepas Shura Besar dan Nabi s.a.w.a telah meramalkan semuanya, sebelum ia berlaku dalam hadis terkenal tentang Shura Kecil, di mana akan ada manusia yang mengubah Sunnah dan prinsip Muhammad s.a.w.a

Lebih menakjubkan dari hadis ini adalah umatnya akan mengubah prinsip baginda s.a.w.a, ini termasuklah mereka yang menggelarkan diri mereka Syiah di Najaf yang bersetuju untuk tunduk kepada Ketuanan Manusia, Demokrasi Amerika. Shura ini terjadi di Zawra(Baghdad), Sayed Sistani dan para wakilnya bersetuju dengan perkara ini, Nabi s.a.w.a sendiri meramalkan perkara ini, dengan menggelarnya Shura Kecil

Hudhaifah bin Al-Yamani dan Jabir bin Abdullah Al-Ansari meriwayatkan bahawa mereka mendengar Rasulullah (SAWA) bersabda: “Kesengsaraan, kesengsaraan buat umatku di dalam shura utama (kubro) dan shura kecil (sughro). Mereka kemudian bertanya tentang keduanya, seraya Rasulullah SAWA bersabda: Adapun Shura besar akan berlaku di Madinahku selepas kewafatanku bagi merampas kekhalifahan saudaraku dan hak anak perempuanku. Adapun Shura kecil itu akan berlaku ketika Ghaibah utama (Kubro) (merujuk kepada ghaibnya Imam Al-Mahdi (a.s) secara total dari pandangan umum) di Zawra (Baghdad) untuk mengubah Sunnahku dan menukar hukum-hakamku.”-Manaqib AlItra-Mi’atain Wa Khamseen Alama halaman 130. 

Jadi dapat dilihat di sini, satu-satunya peristiwa Shura yang terjadi dari zaman Nabi s.a.w.a hinggalah ke zaman kita adalah Shura untuk ketuanan manusia yang terjadi pada tahun 2003 apabila Sistani bersama kerajaan Iraq bersetuju mempromosikan pilihanraya tersebut.


Maka, bukanlah satu perkara asing lagi pelik bagi kita untuk Shura Kecil terjadi di zaman Ghaibat Kubra. Dengan kata lain, ketika keghaiban panjang Imam Mahdi a.s, Sunnah Allah akan diubah, umat ini akan mengikuti langkah-langkah Bani Israel yang rosak. yang menyembah anak lembu. Perlu diingat bahawa Shura Kecil ini dilakukan untuk menjauhkan percubaan Imam Mahdi a.s untuk memerintah Iraq dengan menghantar rasul(utusan)nya, Ahmad a.s. Sebuah rancangan jahat dari Iblis untuk menyesatkan manusia dan Muhammad s.a.w.a telah meramalkan kejadian ini. Nabi s.a.w.a tahu bahawa Ahmad a.s akan menjadi pemberi amaran kepada Imam Mahdi a.s, jadi mereka yang memanggil diri mereka sebagai Syiah tidak akan membantu gerakan beliau, malah akan menentang beliau.

Jadi Ahmad a.s adalah orang yang akan orang yang membawa urusan Imam Mahdi a.s, wali yang akan menggantikan Imam Mahdi a.s. Walaupun majoriti manusia yang digelar Syiah ini mempercayai Imam Mahdi a.s namun menolak Ahmad  a.s, mereka masih terus menanti Imam Mahdi a.s, bagaimanapun Ahli Yaqeen akan meragui beliau. Siapa yang diragui sebenarnya? Imam Mahdi a.s atau Ahmad a.s? Tidak cukup dengan ini, ujian akan menjadi sangat teruk dan manusia akan ditapis sehingga sedikit sekali yang tinggal. Dan benar, perbezaannya juga ketara:

Daripada Malik bin Thamra, daripada Amirul Mukminin (a.s), telah berkata: “Wahai malik bin Thamra, bagaimanakah kamu apabila Syiah bertikaian antara satu sama lain, dia kemudian mempersatukan jari2 kedua-dua belah tangannya.” Aku berkata:  “Wahai Amirul Mukminin, apakah ada kebaikan pada zaman tersebut?”. Kesemuanya adalah baik apabila Qaim kami bangkit dan 70 orang lelaki akan berbohong kepada Allah dan RasulNYA, dan dia akan membunuh mereka, dan seterusnya Allah akan menjadikan kesemuanya bersatu.” [Bisharat Al Islam, ms 50] [Bihar Al Anwar, jilid 52, ms 115] 

1. Manusia akan mendustai Allah dan NabiNya dan ia berkaitan dengan Syiah yang menyanggahi antara satu sama lain.
2. Akan ada dari kalangan umat Muhammad s.a.w.a yang menyanggahi kita yang dibawa oleh Mahdi a.s, dan sudah tentu, menurut riwayat Syiah, Mahdi a.s akan mendatangi Syiah terlebih dahulu dari umat yang lain.
3. Akan ada Syiah yang meragui Sahib mereka, walaupun dari kalangan Ahli Yaqeen

Sebagai penutup, saya tinggalkan kalian dengan tafsiran ayat Quran oleh Imam Ahmad a.s:

Soalan 164 dari Al Mutashabihat:

“Tentang apakah mereka bertanya-tanya?, Tentang berita yang besar” merujuk kepada Mahdi Pertama dan Yamani. Al-Naba 1-2

No comments:

Post a Comment