Sunday, November 10, 2013

Adakah Iblis Dari Kalangan Jin Atau Malaikat

Petikan dari Kitab Al Mutasyabihat karangan Imam Ahmad a.s
Iblis (laknat Allah ke atasnya) adalah dari kalangan jin(1), namun hasil dari ibadahnya, darjat beliau ditinggikan sehingga beliau menjadi sebahagian dari malaikat, sebagaimana Jin akan ditinggikan darjatnya hasil dari ibadah dan ketaatan kepada Allah sehingga mereka menjadi malaikat.
Namun kemudiannya, Iblis (laknat Allah ke atasnya) mengingkari perintah Allah, kerana sifat “ana”, maka beliau dihumbankan ke dasar neraka. Inilah sebabnya Quran kadangkala menyebut Iblis sebagai malaikan(2) dan kemudian menyebutkan dia sebagai Jin di tempat lain(3). Dan Amirul Mukminin a.s di dalam khutbah Al Qasia menyebut Iblis sebagai malaikat(4).
Oleh itu, keduanya adalah benar di peringkat perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dari segi di tahap mana telah dicapai Iblis dan dari segi asal usul Iblis (laknat Allah ke atasnya)


1. Jamil bin Al Darraj meriwayatkan beliau bertanya kepada Abu Abdullah a.s: “Adakah Iblis adalah dari kalangan malaikat? Adakah sampai kepadanya apa-apa berita dari urusan langit?” Jadi beliau a.s menjawab: “Iblis bukan dari kalangan malaikat, dan tiada apa-apa urusan langit yang sampai kepada beliau. Beliau bersama Jin dan juga malaikat. Dan malaikat akan melihat beliau seolah-olah  beliau adalah dari kalangan mereka, namun Allah tahu beliau bukan dari kalangan mereka. Jadi apabila Allah memerintahkan beliau bersujud, maka beliau melakukan apa yang telah beliau lakukan. Bihar Al-Anwar Vol. 11 hal 119.
2. Allah swt berfirman, {Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.}.  Quran 2:34.
3. Allah swt berfirman, {lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya}.  Quran 18:50.


4. Imam Ali a.s bersabda: “Ambillah pengajaran dari apa yang Allah telah lakukan pada Iblis. Dia telah menolak usaha keras beliau dalam beramal, dan Iblis telah menyembah Allah selama eman ribu tahun, dan tidak diketahui samada tahun itu adalah tahun dunia atau akhirat. Jadi siapa lagi selepas Iblis boleh dianggap sebagai Muslim apabila melakukan keengkaran seperti beliau? Tidak, sesungguhnya Allah swt tidak akan mengizinkan seorang manusia memasuki syurga dengan melakukan dosa yang menyebabkan malaikat ditendang keluar.”Nahjul Balaga, Khutbah 191, dikenali sebagai khutbah Al Qasia

No comments:

Post a Comment