Monday, November 11, 2013

Adakah Hussain a.s Mengetahui Anaknya Akan Dibunuh?

KENAPA HUSSEIN (AS) MEMBAWA KELUAR ANAKNYA ABDULLAH YANG MASIH MENYUSU (AS) UNTUK MEMINTA AIR KEPADA TENTERA YAZID (SEMOGA ALLAH MELAKNATNYA)? ADAKAH BELIAU (AS) MENGETAHUI BAHAWA MEREKA AKAN MEMBUNUHNYA?

Jawapan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allah telah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin.

Imam Hussein (as) membawa keluar anaknya yang masih menyusu untuk meminta air buat anaknya dan beliau mengetahui bahawa anaknya akan dibunuh. Ketahuilah bahawa bagi kebatilan itu penjelajahan (jaulah)dan bagi kebenaran itu daulah (1), tentera-tentera syaitan (semoga Allah melaknatnya) perlu menyelam ke jurang paling dalam yang penuh kegelapan agar penjelahan itu menjadi sempurna. Mereka perlu mengosongkan bekas (hati) mereka dan mengharungi peperangan melawan tentera Allah. 

Ketahuilah bahawa musibah yang menimpa Hussein (as) telah terlalu banyak mengurangkan kezaliman penindas-penindas, yang tidak mampu kamu menanggungnya untuk mencapai keredhaan Allah SWT dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya. 

Imam Hussein (as) telah menebus darah-darah kamu dengan darahnya yang mulia lagi suci. Menebus wanita-wanita serta kemuliaan kamu dengan sebaik-baik wanita seluruh alam daripada awal hingga akhir selepas ibunya Fatimah (as), iaitu Zainab (as). Menebus anak-anak kamu dengan anaknya yang masih menyusu.

Imam Mahdi (as) dan saya seorang hamba yang fakir lagi miskin, Allah telah menciptakan leher kami lebih dibebani dengan kelebihan Hussein (as). Agama Hussein (as) telah membebani belakangku dan tiada kemampuanku untuk menyempurnakannya melainkan Allah menyempurnakannya buatku. 

Ketahuilah bahawa ketika Imam Mahdi (as) berkata buat Hussein (as): (Aku akan menangisi kamu dengan air mata darah sebgai tukar ganti)(2). Beliau (as) mengatakannya berdasarkan hakikat dan bukan untuk melebih-lebih. Ini kerana Hussein (as) telah menebus urusan Imam Mahdi (as) dengan darahnya yang mulia dan dirinya yang suci, lalu menjadikan dirinya sebagai penebus urusan Imam Mahdi (as). Dia adalah sembelihan Allah atau dengan kata lain sepertimana ketika kamu membina sebuah rumah, maka kamu menebus seekor biri-biri buatnya. Begitulah ketikamana Allah SWT membina arasyNya, langit-langitNya dan bumiNya, maka Dia menjadikan Hussein (as) sebagai tebusan. 

Urusan Imam Mahdi (as) adalah urusan Allah dan penutup peringatan Ilahi. Ia adalah urusan arasy Allah SWT, kerajaanNya dan pemerintahanNya di muka bumiNya. Allah Taala berfirman: (Dan Kami tebus anaknya itu dengan sembelihan yang agung), iaitu Hussein (as) dan yang ditebus adalah Imam Mahdi (as). Kesejahteraanlah ke atas sembelihan yang sejahtera, kebenaran serta keadilan.

Ketahuilah bahawa Ali Akbar (as) adalah sembelihan Islam sebagaimana Hussein (as) adalah sembelihan Allah. Segala pujian semata-mata buat Allah. 

Ahmad Al Hassan.
Kitab al-Mutasyabihat, jilid 4, ms 17, soalan 122.

_________________________________________
Notakaki:

(1) Bihar al-Anwar, jilid 45, ms 4.
(2) Miyal al-Makarim: jilid 1, ms 153. Al-Mazar lil Masyhadani: ms 501, min kalam lil Imam al-Mahdi alaihis salam.
(3) Al-Safaat: 107

No comments:

Post a Comment