Saturday, November 9, 2013

Adakah Allah swt Melakukan Ejekan Dan Tipu Daya

Apakah makna ayat-ayat Al-Quran yang mengaitkan ejekan dan penipuan kepada Allah, Maha Suci Dia, Yang Maha Kuasa. Sedangkan kita tahu bahawa penipuan dan cemuhan mempunyai makna yang menyinggung perasaan, sebahagian ayat-ayat tersebut adalah: {Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya} [Ali Imran: 54], {Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka} [Al Nisa’: 142], {Allah akan membalas ejek-ejekan mereka} [Al Taubah: 79], { Allah (membalas) memperolok-olok mereka} [Al Baqarah: 15 ]? 

Jawapan Imam Ahmad Al Hassan (a.s): 

Diriwayatkan daripada Imam Al-Ridha (a.s): "Sesungguhnya Allah, Maha Suci, Maha Tinggi, DIA tidak mencemuh, DIA tidak olok-olok, DIA tidak bertipu daya, dan tidak juga DIA menipu. Namun DIA, Maha Suci, Maha Tinggi, membalas balik mereka dengan balasan cemuhan, dan dengan balasan penipuan dan tipu daya. Allah, Yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi, adalah jauh melangkaui apa yang orang-orang yang zalim itu ucapkan "[Bihar Al Anwar, jilid 3, ms 319]

Dan ini bermakna: bahawa Allah, Maha Suci, Maha Kuasa, menunjukkan musuh-musuh Nya, musuh-musuh Aulia Nya dan tentera Nya dari kalangan manusia dan jin. Sesungguhnya tentera Allah, dan parti Allah, dan Aulia Allah berjalan di jalan tertentu dan mereka mengikut manhaj yang tertentu. Jadi iblis dan tenteranya dari kalangan manusia dan jin cuba untuk menghalang jalan ini dengan menggunakan tipu daya, dan penipuan, dan ejekan dan cemuhan. Dan kemudian Allah, Yang Maha Suci, Maha Kuasa, mengubah laluan tentera-Nya bersamaan dengan kaedah mereka. Sehinggakan Iblis dan tenteranya dari kalangan manusia dan jin mendapati bahawa mereka telah terjerumus ke dalam perangkap mereka sendiri, telah dikenakan oleh tipu daya dan penipuan mereka sendiri, dan mereka masuk ke dalam bekas di mana mereka mencemuh dan mengejek.
Segala Puji adalah untuk Allah semata-mata. 
 
Ahmad al-Hassan

No comments:

Post a Comment