Wednesday, January 15, 2014

Siapa Lelaki Yang Menggandar Pedang Sebelum Imam Mahdi AS


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً



Sebelum saya mulakan, saya ingin mengingatkan bahawa sebelum Imam Mahdi AS, ada lima tanda besar yang pasti terjadi.

وبهذا الاسناد، عن ابن فضال، عن حماد، عن إبراهيم بن عمر، عن عمر بن حنظلة ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: خمس قبل قيام القائم من العلامات: الصيحة والسفياني، والخسف بالبيداء، وخروج اليماني، وقتل النفس الزكية .

Dan dari Isnad ini, dari ibn Faddal dari Hammad dari Ibrahim b. `Umar dari `Umar b. Hanthala dari Abu `Abdillah عليه السلام.
Beliau bersabda: "Lima tanda akan datang sebelum Al Qaim, Saihah(jeritan), Sufyani, Penenggelaman di Al Baida', kebangkitan Al Yamani dan pembunuhan Nasf al Zakiyyah. (Kitab Ghaibat at Tusi) (hasan) (حسن)

Maka, kemunculan Sufyani dan Yamani adalah antara tanda besar kemunculan Imam Mahdi AS. Namun turut disebutkan sebelum muncul Imam Mahdi, ada seorang lelaki dari timur yang menggandar pedang selama 8 bulan(atau sembilan bulan mengikut riwayat lain) yang berperang dan membunuh. Lelaki ini adalah dari keluarga Imam Mahdi AS.


وأخرج نعيم بن حماد، عن علي بن أبي طالب قال: يخرج رجل قبل المهدي من أهل بيته بالمشرق، يحمل السيف على عاتقه ثمانية عشر شهرا، يقتل ويمثل ويتوجه
إلى بيت المقدس فلا يبلغه حتى يموت.

- Amirul mu`minin dalam ucapannya: “Akan muncul seorang laki dari timur sebelum al-Mahdi dari keluarganya. Ia membawa pedang di atas pundaknya selama lapan bulan, membunuh dan membunuh dan bergerak menuju Baitul Maqdis.” (al-Mumhidun/al-Kurani, 110)

Umum mengetahui, Sufyani akan keluar sebelum zuhur Imam Mahdi, dan beliau melakukan kerosakan besar. Jadi berapa lamakah tempoh pemerintahan Sufyani, yang mana dalam tempoh itu, peperangan antara beliau dan lawannya akan terjadi?

وعنه، عن ابن أبي عمير، عن عمر بن أذينة، عن محمد بن مسلم قال: سمعت أبا عبد الله عليه السلام يقول: إن السفياني يملك بعد ظهوره على الكور الخمس حمل امرأة.  ثم قال: أستغفر الله حمل جمل، وهو من الامر المحتوم الذي لابد منه .

Dari Abu Abdullah a.s bersabda: Setelah kemunculannya, Sufyani akan memerintah lima kawasan selama tempoh kehamilan seorang wanita. Aku memohon keampunan kepada Allah, kehamilan seekor unta. Ini adalah perkara yang dijamin akan berlaku. (Ghaibah at Tusi)

Maka di sini dapat kita saksikan, bahawa tempoh revolusi/pemberontakan yang akan dilakukan Sufyani adalah lebih kurang 9 bulan, hampir sama dengan tempoh lelaki dari keluarga Imam Mahdi AS mengangkat senjata. Secara tidak langsung kita mengetahui, bahawa lelaki dari keluarga Imam Mahdi ini keluar mengangkat senjata dalam tempoh masa yang sama dengan Sufyani.

Perlu diingat, apabila Sufyani keluar berperang, terdapat keserentakan dengan dua panji lain.
- وعنه ، عن سيف بن عميرة، عن بكر بن محمد الازدي ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: خروج الثلاثة: الخراساني والسفياني واليماني في سنة واحدة في شهر واحد في يوم واحد، وليس فيها راية بأهدى من راية اليماني يهدي إلى الحق .

Dan darinya dari Sayf b. `Umayra dari Bakr b. Muhammad al-Azdi dari Abu `Abdillahعليه السلام. Beliau bersabda: Khurujnya yang tiga: Khurasani dan Sufyani dan Yamani adalah di dalam tahun, bulan dan hari yang sama, dan tiada panji di dalamnya yang lebih mendapat petunjuk dari panji Al Yamani, menunjuk ke arah kebenaran. (Ghaibah at Tusi)

Maka jelas, lelaki dari Imam Mahdi AS ini keluar dalam tempoh yang sama dengan 3 panji ini, atau sebenarnya, mengenangkan dalam matan hadis di atas disebutkan peranan lelaki ini yang berperang mengangkat senjata, maka sudah pasti beliau sendiri merupakan salah satu dari panji ini, yakni panji Yamani AS.

Panji Yamani adalah panji terbaik, panji kebenaran, dan panji kejayaan. Lelaki dari Imam Mahdi ini tidak cocok dengan figur Al Khurasani, yang bukan dari keturunan Imam Mahdi, malah dari beberapa riwayat, ia dari keturunan Imam Hassan AS. Perlu juga diingatkan, tentera yang keluar dari Khurasan adalah milik Ahmad.


وعن الباقر (عليه السلام) - بالطريق المذكور يرفعه إلى جابر - قال: إن لله تعالى (2) كنزا بالطالقان ليس بذهب ولا فضة، اثنا عشر ألفا بخراسان شعارهم: " أحمد أحمد " يقودهم شاب من بني هاشم على بغلة شهباء (3)، عليه عصابة حمراء، كأني أنظر إليه عابر الفرات. فإذا سمعتم بذلك فسارعوا إليه ولو حبوا (4) على الثلج

Imam Baqir a.s bersabda: “Allah swt mempunyai perbendaharaan di Thaliqan yang bukan emas dan bukan juga perak, ianya adalah 12,000 orang dari Khurasan, bendera mereka adalah “Ahmad, Ahmad. Mereka dipimpin oleh seorang pemuda dari Bani hashem yang menunggang keldai kelabu, memakai bandana merah, seolah-olah aku melihatnya di seberang Sungai Furat. Jika kamu mendengar tentangnya, maka bergegaslah kepadanya, walaupun merangkak di atas salju” [Mutakhab Al-Anwar Al-Mudhi’ah, ms343]

Baik, cukup di situ dulu. Kesimpulan setakat ini adalah:

  • Lelaki ini dari keturunan Imam Mahdi
  • Lelaki dari keturunan Imam Mahdi ini keluar mengangkat senjata dalam tempoh yang sama dengan Sufyani
  • Al Khurasani, Sufyani dan Yamani keluar berperang dalam tempoh yang sama.
  • 12,000 tentera dari Khurasan adalah milik Ahmad

Apakah yang disuruh oleh Aimmah AS sejurus selepas Sufyani muncul berperang? Beliau mengarahkan supaya datang kepada “mereka”, yakni Ahlulbait AS


عن أبي عبد الله عليه السلام أنه قال:السفياني  لابد منه ، ولا يخرج إلا في رجب ، فقال له رجل: يا أبا عبد الله إذا خرج فما حالنا ؟قال: إذا كان ذلك فإلينا

.
Daripada Khilad al Saig dari Abu Abdullah(as): "Al Sufyani adalah tidak dapat dielakkan, dan dia tidak akan muncul kecuali dalam bulan Rajab." Seorang lelaki bertanya kepadanya: Ya Aba Abdillah, jika beliau muncul, bagaimana keadaan kami?" Dia menjawab: "Datanglah kepada kami." Bihar al Anwar, jil 52, hal. 135

Imam al Sadiq(as): "Wahai Sudair, tetaplah di rumah mu dan jadilah seperti hales(orang yang tidak meninggalkan rumah) dari kalangan ahlas dan tetaplah di dalamnya, siang dan malam. Dan jika seseorang mengisytiharkan bahawa Sufyani telah muncul, maka bergeraklah kepada KAMI walaupun dengan berjalan kaki." Bihar al Anwar, JIl. 52, hal 303

Imam al Sadiq(as): "Apabila Sufyani muncul, dia akan menghantar tentera kepada kami dan kepada kamu. Jika itu terjadi, datanglah kepada kami dengan setiap sa'ab atau thalul." Bihar al Anwar, JIl. 52, hal 261;

Jelas, ketika Sufyani muncul, sudah ada seorang lelaki dari Ahlulbait AS. Kita diarahkan untuk pergi kepadanya apabila Sufyani muncul. Sebelum Sufyani muncul, diketahui Yamani juga sudah muncul.

Imam Sadiq a.s telah berkata:”
Sebelum muncul Sufyani adalah orang-orang Mesir dan Al Yamani”. Bihar Al Anwar v.52 p.210

Jadi, adakah “kami” yang disuruh pergi kepadanya ini adalah Al Khurasani? Mustahil demikian, kerana beliau bukan panji yang terbaik dan WAJIB DIDUKUNG! Panji yang wajib didukung hanya satu, ia adalah panji terbaik, seperti yang saya sebutkan di atas.

- وعنه ، عن سيف بن عميرة، عن بكر بن محمد الازدي ، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: خروج الثلاثة: الخراساني والسفياني واليماني في سنة واحدة في شهر واحد في يوم واحد، وليس فيها راية بأهدى من راية اليماني يهدي إلى الحق .

Dan darinya dari Sayf b. `Umayra dari Bakr b. Muhammad al-Azdi dari Abu `Abdillahعليه السلام. Beliau bersabda: Khurujnya yang tiga: Khurasani dan Sufyani dan Yamani adalah di dalam tahun, bulan dan hari yang sama, dan tiada panji di dalamnya yang lebih mendapat petunjuk dari panji Al Yamani, menunjuk ke arah kebenaran. (Ghaibah at Tusi)

Imam Baqir a.s bersabda : Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s). apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.]

Kesimpulan Kedua: Secara automatik di sini kita tahu, “kami” yakni lelaki dari Ahlulbait AS yang disuruh kita pergi kepadanya apabila Sufyani muncul, adalah Yamani AS. Semua Ansarnya dari seluruh dunia, jika diizinkan Allah, akan bergerak menuju kepadanya apabila Sufyani muncul, termasuklah dari Khurasan.

DIULANGI SEKALI LAGI, 12,000 TENTERA DARI KHURASAN MOTONYA ADALAH AHMAD.

Baik, kita teruskan, bagi menguatkan lagi apa yang sudah jelas seperti sinaran matahari. Siapakah yang akan didekati oleh tentera Sham, yakni Sufyani?

عن أبي الحسن عليه السلام قال كأني برايات من مصر مقبلات خضر مصبغات حتى تأتي الشامات فتهدى إلى ابن صاحب الوصيات

كشف الغمة - ابن أبي الفتح الإربلي - ج ٣ - الصفحة ٢٥٩

الإرشاد - الشيخ المفيد - ج ٢ - الصفحة ٣٧٦

Al Fadhil bin Shat’an, daripada Mumar bin Khalad, daripada Abi Al Hassan (a.s) telah berkata: “Seolah-olah aku sedang melihat panji-panji berwarna hijau yang datang dari Mesir, sehinggalah kemudiannya akan keluar lelaki dari Shams, yang semakin mendekati anak si Pemilik wasiat.” [Irshad, jilid 2, ms 376]

Ya, Sufyani menghantar tenteranya, mendekati anak si pemilik wasiat. Siapakah pemilik wasiat di zaman ini? Sudah tentu kita tahu, pemilik wasiat di zaman ini adalah Imam Muhammad al Mahdi AS. Saya quote juga dari wasiat Nabi al Akram SAW

“...Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam..”

MAKA ANAK PEMILIK WASIAT ADALAH ANAKNYA IMAM MAHDI AS.

“..Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s)..”

Anak si pemilik wasiat, anak Imam Mahdi AS, bernama Ahmad. MasyaAllah, beliaulah maula yang akan mewarisi, yang mengetahui urusan Imam Mahdi AS.

سمعت أبا عبد الله عليه السلام يقول:
إن لصاحب هذا الامر غيبتين إحداهما تطول حتى يقول بعضهم: مات، ويقول بعضهم: قتل، ويقول بعضهم: ذهب، حتى لا يبقى على أمره من أصحابه إلا نفر يسير لا يطلع على موضعه أحد من ولده ولا غيره إلا المولى الذي يلي أمره

ومما صح لي روايته عن الشيخ السعيد أبي عبد الله محمد المفيد (رحمه الله)، يرفعه إلى المفضل بن عمر (1) قال: سمعت أبا عبد الله (عليه السلام) يقول: إن لصاحب هذا الأمر غيبتين، تطول إحداهما حتى يقول بعضهم مات، (2) وبعضهم ذهب، حتى لا يبقي امرؤ من أصحابه إلا نفر يسير. لا يطلع على موضعه أحد من ولده (3) ولا غيره إلا المولى الذي يلي أمره
shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83...%D8%AD%D8%A9_211#top

- Daripada Mufadhal bin Umar, daripada Abi Abdillah (a.s): Sohibul Amr akan mempunyai dua keghaiban, salah satunya akan panjang (lama), sehingga sebahagian mereka akan mengatakan dia telah mati, sebahagian pula akan berkata dia telah dibunuh, dan sebahagian pula akan mengatakan dia telah pergi. Sehingga tiada satu pun yang tinggal daripada sahabat-sahabatnya melainkan beberapa orang. Dan tiada seorang pun yg mengetahui urusannya hatta anak-anak dari keturunannya atau orang lain, melainkan maula yang akan menggantikannya. [Al Ghayba Li Al Toosi, ms 161]

، عن أبي جعفر محمد بن علي (عليهما السلام) أنه قال:
" يكون لصاحب هذا الأمر غيبة في بعض هذه الشعاب - وأومى بيده إلى ناحية ذي طوى ((2)) - حتى إذا كان قبل خروجه أتى المولى الذي كان معه حتى يلقى بعض أصحابه، فيقول: كم أنتم هاهنا؟
فيقولون: نحو من أربعين رجلا.
فيقول: كيف أنتم لو رأيتم صاحبكم؟
فيقولون: والله لو ناوي بنا الجبال لناويناها معه، ثم يأتيهم من القابلة ويقول:
أشيروا إلى رؤسائكم أو خياركم عشرة، فيشيرون له إليهم فينطلق بهم حتى يلقوا صاحبهم ويعدهم الليلة التي تليها

Dari Al Baqir a.s: "Akan ada untuk Sahibul Amr sebuah keghaiban di beberapa daerah ini dan kemudian beliau menudingkan jarinya ke  Zu Tiwa, sehingga sebelum kemunculannya, maula yang bersama beliau akan sampai dan beliau akan bertemu dengan beberapa orang sahabat." (Ghaibah an Numani)

MasyaAllah, jelas tanpa perlu apa-apa penakwilan. Kita tahu juga, betapa Yamani dan Sufyani adalah pesaing antara mereka. Yakni mereka, saling berperang.

Diriwayatkan daripada Ali bin Ahmad, dia berkata ianya telah dikatakan oleh Ubaydullah bin Musa, daripada Ibrahim bin Hashim, daripada Muhammad bin Abi Amir, daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, telah berkata: “Al Yamani dan Al Sufyani akan menjadi seperti dua kuda yang saling berlumba.” [Ghaybat Al Nu’mani, ms 305]

Maka ini menguatkan lagi, bahawa yang diperangi oleh Sufyani adalah Yamani, yang merupakan anak pemilik wasiat, anak Imam Mahdi AS, dan lelaki dari Ahlulbait AS yang disuruh pergi kepadanya apabila Sufyani muncul.

InsyaAllah, jika saya ingin teruskan, saya ada puluhan lagi hadis yang saya boleh kaitkan. namun cukup saya berikan dalil terakhir:


حدثنا سعيد أبو عثمان عن جابر عن أبي جعفر قال إذا اختلفت كلمتهم وطلع القرن ذو الشفاء لم يلبثوا إلا يسيرا حتى يظهر الأبقع بمصر يقتلون الناس حتى يبلغوا إرم ثم يثور المشوه عليه فتكون بينهما ملحمة عظيمة ثم يظهر السفياني الملعون فيظفر بهما جميعا ويرفع قبل ذلك ثنتي عشرة راية بالكوفة معروفة ويقبل بالكوفة رجل من ولد الحسين يدعو إلى أبيه ثم يبث السفياني جيوشه.

"Apabila urusan mereka berbeza dan "Qarn Dzu Shafa" muncul, tidak akan tinggal sedikit masa pun sehinggalah Abqa akan muncul di Mesir, membunuh manusia sehingga mereka sampai ke Aram. Kemudian sang berparut akan memberontak dan akan ada pertempuran besar antara mereka. Kemudian akan muncul Sufyani yang terlaknat yang muncul dari kalangan mereka. Kemudian 12 panji akan diangkat di Kufah yang dikenali dan seorang lelaki dari anak Al Hussain AS akan datang dan menyeru kepada bapanya dan kemudian Sufyani akan menghantar tenteranya." Mujam Ahadeeth Imam Al Mahdi a.s. v.3 p.276

MasyaAllah, jelas sekali lelaki yang akan datang dari anak al Hussain AS, adalah Yamani yang bernama Ahmad, yang menyeru kepada Imam Mahdi AS, yakni bapanya, si permilik wasiat, dan seperti yang disebutkan sebelumnya, akan didekati oleh lelaki dari Sham, yakni tentera Sufyani akan diutuskan kepadanya,

Jelas dari semua ahadis ini, yang mana saya sebut tanpa sebarang penakwilan, terus dari hadis dan riwayat, bahawasanya:

  • Lelaki dari keluarga Imam Mahdi ini adalah Yamani AS
  • Beliau adalah lelaki dari Ahlulbait AS yang diperintahkan kita pergi kepadanya apabila Sufyani muncul
  • Beliau adalah anak Sang Pemilik Wasiat
  • Beliaulah yang menyeru kepada bapanya.
  • Yamani AS ini bernama Ahmad

Monday, January 6, 2014

PERSOALAN TENTANG PEMILIHAN PARA NABI, RASUL DAN IMAM DI ALAM ZARR




Pertanyaan 17: Apakah alasan pemilihan para Nabi, Rasul, dan Imam AS, bukan orang selainnya, dan mengistimewakan mereka dengan kemaksuman?

Jawaban

Ketika Allah SWT menghimpunkan bani Adam di TanganNya dan berkata kepada mereka,

{…Bukankah Aku Tuhanmu?...}, [1]

mereka terbahagi, menjadi beberapa golongan mengikut jawapan mereka:

Golongan PERTAMA adalah mereka yang telah melihat cahaya ini dari sebalik hijab, lalu mereka menjawab, “Ya,” sebelum pertanyaan tadi sampai ke pendengaran mereka. Dan golongan ini terbahagi menjadi beberapa kelompok sesuai dengan bilangan hijab, yang dari sebaliknya mereka melihat cahaya.

Dan mereka adalah orang-orang yang menembusi hijab-hijab cahaya dan mencapai Sumber Kebesaran [ma’din al-‘azhamah] [2]. Amirul Mukminin AS berkata,

“Ilahi, limpahilah daku dengan kesempurnaan pengabdian kepadaMu, dan terangilah mata hati kami dengan cahaya penglihatannya kepadaMu, sehingga mata hati kami menembusi hijab-hijab cahaya, dan mencapai sumber Kebesaran [ma’din al-‘Azhamah], dan roh-roh kami melekat pada KemuliaanMu yang Suci.” [3]

Golongan KEDUA adalah mereka yang melihat cahaya ini setelah ia menembusi hijab-hijab, lalu mereka menjawab, “Ya,” setelah pertanyaan itu sampai ke pendengaran mereka. Mereka juga terbahagi menjadi beberapa kelompok mengikut kepantasan mendengar dan menjawab, dan kedua-dua ini adalah golongan yang MERDEKA.

Kemudian golongan HAMBA; mereka berkata, “Ya,” setelah mendengar ucapan “Ya” dari orang lain.

Kemudian golongan MUNAFIK; mereka berkata, “Ya,” tetapi hati mereka meragui apa yang mereka dengar. [4]

Kemudian golongan KAFIR; mereka adalah orang-orang yang tidak berkata "Ya." [5]

Para Nabi, Rasul, dan Imam AS adalah golongan pertama, dan mereka telah melihat cahaya ini dari sebalik hijab-hijab kerana mereka tidak menoleh ke kanan atau kiri, bahkan jiwa mereka melekat pada di alam paling atas [bilmala’ al-a’la], dan penglihatan mereka terbatas pada sisi limpahan Ilahi, dan mereka tidak pernah melupakan Allah SWT, dan mereka AS juga ada derajatnya. Sebahagian daripada mereka memusatkan seluruh wujud mereka untuk melihat pada sisi limpahan Ilahi, dan sebahagian mereka pula kurang daripada itu. Setiap mereka AS menerima sesuai dengan apa yang mereka berikan, dan melihat tanda-tanda dari Tuhannya sesuai dengan sebanyak mana usaha mereka memandang kepadaNya.

{Dan bukanlah untuk manusia, selain apa yang diusahakannya ۝ Dan usahanya itu akan diperlihatkan ۝ Dan kemudian dia akan mendapat balasan yang sempurna ۝ Dan kepada Tuhanmulah segala kesudahan.} [6]

Jadi, di alam tersebut, semua anak Adam mempunyai kebebasan untuk memilih, dan setiap mereka memiliki fitrah Allah yang manusia difitrahkan di atasnya.

Dan setiap orang, yang dengan kehendaknya sendiri membataskan penglihatannya pada cahaya tersebut, lalu menjadi golongan yang didekatkan [al-muqarabin], atau membataskannya pada kegelapan lalu mereka menjadi penghuni neraka. Para Nabi, Rasul, dan Imam AS adalah orang-orang yang memilih Allah SWT, dan membataskan penglihatan mereka pada cahaya tersebut, oleh itu Allah SWT memilih mereka.

Adapun mengenai KEMAKSUMAN, ada banyak derajatnya dan bukan hanya satu seperti yang dibayangkan oleh sesetengah orang, dan setiap nabi, rasul, dan Imam AS berbeza dalam derajat kemaksuman berdasarkan pilihannya [7]. Maka itu kemaksuman adalah orang yang berpegang teguh pada Allah dan menahan diri daripada apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Dalam kitab Ma‘ani al-Akhbar, Hisham berkata,

“Aku berkata kepada Abu Abdullah AS, ‘Apa maksud kata-katamu bahawa Imam mesti maksum?’ Dia AS berkata, ‘Maksum adalah orang yang menahan diri kerana Allah dari segala yang dilarang Allah. Dia SWT berfirman, {Dan sesiapa yang berpegang teguh pada Allah, sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk ke jalan yang lurus.}’ [8].” [9]

Abu Abdullah Al-Sadiq AS berkata,

“Orang yang maksum adalah mereka yang berpegang teguh pada tali Allah; dan tali Allah adalah Quran, dan Quran menunjukkan kepada Imam, seperti firman Yang Maha Tinggi, {Sesungguhnya, Quran ini adalah petunjuk kepada jalan yang paling lurus} [10].” [11]

______________________
Notakaki:

[1] Al-Quran, Al-A’raaf 7:172.
[2] Daud Al-Raqqi meriwayatkan Abu Abdullah AS berkata, “Ketika Allah (SWT) ingin menciptakan makhluk, Dia mencipta dan menghimpunkan mereka di antara tanganNya, kemudian menyoal mereka, ‘Siapa Tuhan kalian?’ Maka yang pertama menjawab adalah Rasulullah SAAW, dan Amirul Mukminin AS, dan para Imam AS, lalu mereka berkata, ‘Engkau, Tuhan kami.’ Maka Dia SWT menjadikan mereka pembawa ilmu dan agama, kemudian Dia SWT berkata kepada para malaikat, ‘Mereka adalah pembawa agamaKu dan ilmuKu dan amanatKu dalam penciptaanKu, dan mereka adalah orang-orang yang telah diamanahkan [al-mas’ulun].’ Kemudian Dia SWT berkata kepada anak-anak Adam, ‘Akuilah Allah dalam Ketuhanan [ar-rububiyah], dan ketaatan dan kesetiaan [al-wilayah] kepada mereka.’ Lalu mereka berkata, ‘Iya, Tuhan kami, kami mengaku.’ Maka Allah SWT berkata kepada para malaikat, ‘Bersaksilah,’ lalu para malaikat berkata, ‘Kami bersaksi, agar mereka nanti tidak berkata, ‘Bahawa kami tidak mengetahui perkara ini,’ atau mereka berkata, ‘Sesungguhnya nenek moyang kami telah mensyirikkan Allah sejak dahulu dan kami ini hanyalah keturunan mereka. Lalu, apakah Engkau akan menghukum kami kerana mengikut kebatilan yang telah mereka dilakukan dahulu?’” Dia AS berkata, “Wahai Daud, para nabi telah ditentukan dalam Perjanjian [al-mitsaq].” Bihar Al-Anwar, Jilid 5 halaman 244.
[3] Petikan dari Munajat Sya'ban, lihat: Iqbal Al-‘Amal, halaman 687.
[4] Ibnu Miskan meriwayatkan bahawa dia bertanya Abu Abdullah AS tentang firman Allah, {Dan [ingatlah] ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam, dari belakang mereka, dan mereka bersaksi atas diri mereka, ‘Bukankah Aku Tuhanmu?’ Mereka berkata, ‘Ya, kami bersaksi’}. Aku bertanya, “Apakah ini secara bersemuka?” Dia AS menjawab, “Ya, ilmu telah tertanam kuat, dan mereka telah melupakan kejadian itu, tetapi mereka akan mengingatinya semula, kerana jika bukan begitu, tidak seorang pun yang tahu siapa yang menciptakannya dan memberinya rezeki. Sebahagian mereka mengaku dengan lidah di alam Al-Zarr dan tidak beriman dengan hati mereka, lalu Allah berfirman, {Mereka tidak beriman dengan apa yang telah mereka dustakan dahulu} [Al-Quran, Al-A’raaf 7:101].” Bihar Al-Anwar, Jilid 5 halaman 237.
[5] Abu Jaafar meriwayatkan bahawa bapanya menyatakan daripada datuknya AS yang berkata, “Rasulullah SAAW berkata kepada Ali AS, ‘Kamu adalah hujjah Allah sejak Dia mula menciptakan, Dia SWT menjadikan mereka bayang samar [asybahan] dan berkata, ‘Bukankah aku Tuhanmu?’; maka mereka berkata, ‘Ya’. Dia SWT berkata, ‘Muhammad Rasulallah?’; maka, mereka berkata, ‘Ya’. Dia SWT berkata, ‘Dan Ali Amirul Mukminin?’; maka semua makhluk menolak [untuk mengakuinya] kerana angkuh dan sombong untuk berjanji setia padamu, kecuali sekelompok kecil, dan mereka adalah minoriti dari yang sedikit, dan mereka adalah golongan Kanan [ashhabul yamin].’ “ Bihar Al-Anwar, Jilid 24 halaman 2.
[6] Al-Quran, An-Najm 53: 39-42.
[7] Dan dengan ini, mereka saling mengatasi, satu di atas yang lain, seperti firman Yang Maha Tinggi, ‘{Para rasul tersebut, Kami lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain. Di antara mereka, ada yang berkata-kata dengan Allah, dan Dia mengangkat derajat sebahagian mereka. Dan Kami berikan Isa putera Mariam keterangan yang jelas dan kami perkuatkannya dengan Ruhul Qudus.} Al-Quran, Al-Baqarah 2: 253.
[8] Al-Quran, Ali Imran 3: 101.
[9] Ma‘ani Al-Akhbar oleh Syeikh Al-Saduq, halaman 132.
[10] Al-Quran, Al-Isra’ 17: 9.
[11] Ma‘ani Al-Akhbar oleh Syeikh Al-Saduq, halaman 132.

Nama Yang Diajar Kepada Adam a.s


Soalan 12: Apakah dia nama-nama yang Allah Subhanahu wa Taala ajarkan kepada Adam alaihissam?

Jawapan:

Mengajarkan Adam as akan Nama-Nama Allah, bermaksud dia (Adam as) dikenalkan dengan sesuatu daripada hakikat Nama-Nama Allah itu, yang mana para Malaikat tidak mampu mengenalnya dan dia dikenalkan juga dengan hakikat Nama-Nama Allah pada makhluk. Oleh itu, Muhammad dan Keluarga Muhammad alaihimusslam, para anbiya' dan para rasul alaihimusslam adalah Nama-Nama Allah pada makhluk, atau tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah Subhanahu wa Taala (1).

Sebagaimana seluruh kewujudan atau makhluk itu adalah tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah, hattakan hamparan permaidani yang kita duduk di atasnya (2). Fitrah Adam atau manusia secara umumnya menjadikan dia layak untuk mengenal Nama-Nama Allah pada kedudukan yang lebih tinggi, lebih banyak dan tersangat jauh berbanding kedudukan para Malaikat. Ini adalah kelebihan Adam as ke atas para Malikat, bahkan buat setiap insan jua yang berjalan kepada Allah dan sampai kepada makrifat Nama-Nama Allah Subhanahu wa Taala.

Ketundukan Malaikat dan kepatuhan mereka kepada Adam, serta menganggapnya sebagai kiblat yang memungkinkan mereka mengetahui Nama-Nama Allah secara pasti adalah disebabkan kelebihan-kelebihan (fitrah) Adam yang tidak berubah, melainkan jika insan itu sendiri menanggalkannya (fitrah itu).

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Rum: 30)

Kitab al-Mutasyabihat oleh Imam Ahmad Al Hassan, jilid 1, halaman 33-34.

____________________________________________
(1) Daripada Abu Abdillah alaihissalam dalam menafsirkan firman Allah Azza wa Jalla: "Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu" (Al-A'raaf:180), Imam as berkata: "Demi Allah, kamilah asmaul husna yang Allah tidak menerima amalan seseorang hamba melainkan dengan mengenali kami). Al Kafi: jilid 1, ms 143.

(2) Mengisyaratkan kepada hadis Imam Sadiq alaihissalam yang mengatakan di dalamnya: (....bumi, bukit-bukau, lorong-lorong di celah bukit dan lembah-lembah, kemudian beliau memandang kepada hamparan di bawahnya, lantas berkata: hamparan ini adalah apa yang diajarkannya) Bihar Al AnwarL jilid 11, ms 146.

PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT ALLAH DAN HAKIKAT MAKRIFAT MENURUT IMAM AHMAD AL HASSAN a.s


PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT ALLAH DAN HAKIKAT MAKRIFAT MENURUT IMAM AHMAD AL HASSAN a.s

Terlihat apabila kita meneliti kitab-kitab akidah di sisi umat Islam bahawa mereka membahagikan sifat-sifat Allah dengan bermacam-macam pembahagian, antaranya sifat-sifat Zat, sifat-sifat Perbuatan Allah dan sebagainya.

Pada satu hari, saya bertanyakan tajuk ini kepada beliau (Imam Ahmad Al Hassan as), lantas beliau alaihissalam menjawab:

Umumnya, pembahagian itu bersandarkan pandangan dan kefahaman orang yang membangunkan pembahagian itu. Hattakan, jika pembahagian itu adalah benar, tidak bermakna ianya memberi faedah kepadanya. Kadang-kadang pembahagian ini barangkali lebih hampir kepada sia-sia.

Sebagaimana terdapat perkara-perkara yang ditolak di dalam kitab-kitab mereka, namun kamu sedia maklum bahawa aku tidak suka mengemukakan nama-nama mereka melainkan terpaksa.

Sebagai contoh: permasalahan sifat-sifat salbiyyah yang bermakna menafikan kekurangan daripada pihakNya. Tiada keraguan dalam hal ini dan ianya diriwayatkan sepertimana di dalam doa Jausyan al-Kabir dan di dalam al-Quran. Sifat-sifat kamaliyyah yang bemakna menyifatkanNya dengan kesempurnaan mutlak, juga tidak ada keraguan dalam hal ini dan ianya disebutkan di dalam al-Quran serta doa-doa. Sekiranya kamu membaca kitab Tauhid, kamu akan dapati satu tajuk yang menjelaskan perkara ini dan di manakah letaknya tauhid itu. Tajuk tersebut menyangkal sepenuhnya akidah mereka yang merujuk sifat-sifat salbiyyah dengan sifat-sifat kamaliyyah, sebagai contoh kamu akan dapati: Tauhid itu adalah pada mensucikan (tasbih), dan kamu akan dapati juga: penjelasan bagaimana makrifat kita tentang sifat-sifatNya, sesungguhnya adalah makrifat ketidakmampuan kita daripada mengenal sifat-sifatNya dan matlamat yang mungkin kita mengetahuinya adalah sifat-sifat RasulNya yang pertama (yakni Muhammad sawas) dan rasul-rasul selepas daripadanya.

Perkara ini diterangkan di dalam kitab Tauhid, ia sepenuhnya menyangkal akidah mereka tentang sifat-sifat (Allah).

Tambahan lagi nama (Allah) itu sendiri adalah sifat. Sesungguhnya Allah itu adalah Kesempurnaan Mutlak yang makhluk bertuhankan kepadaNya dan Dia (Hakikat dan Al Kunh) tajalli serta zahir denganNya (yakni Allah) kepada makhluk, kerana keperluan dan kefakiran mereka.

Seterusnya, adakah kamu menyifatkan Dia wujud dan Maha Berkeupayaan apabila tidak wujud yang diupayai? Pada asasnya, adakah terdapat tempat untuk sifat? Tempat sifat tidak wujud apabila tidak wujud yang diupayai, adakah kamu faham maksudku?

Baiklah, mereka sebenarnya mengatakan perkara ini atau paling tidak sebahagian mereka mengatakan sebegini. Sekarang, adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Ilah apabila tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah? Adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Rabb apabila tidak wujud marbub (yang dijaga atau dipelihara)?

Sekarang, Dia Subhanahu wa Taala bertajalli dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) supaya yang mengambilNya sebagai Ilah bertuhankan kepadaNya, jika tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah, nescaya Dia tidak zahir dengan (Ketuhanan) buat mereka. Uluhiyyah bersangkutan dengan Ma'luh (yang mengambilNya sebagai Ilah) dan Rububiyyah bersangkutan dengan marbub (yang dijaga atau dipelihara). Semoga ianya menjadi jelas buat kamu.

Perhatikan bahawa setiap yang wujud mengandaikan kesempurnaan adalah berdasarkan apa yang diketahuinya. Semut jernih mengandaikan bahawa Allah memiliki dua sesungut kerana itulah matlamat kesempurnaan di sisinya. Manusia pula mengandaikan bahawa matlamat kesempurnaan adalah keupayaan yang sempurna, pengetahuan yang sempurna dan berbagai lagi. Disebabkan dia hanya memiliki sebahagian keupayaan dan sebahagian pengetahuan, oleh itu, dia mengandaikan "Maha Mengetahui" dan "Maha Berkeupayaan" yang digambarkannya itulah matlamat yang mungkin disifatkannya dengan Allah!

Manusia dituntut untuk bergerak ke arah makrifat bagi mengetahui bahawa dia tidak mampu mencapai makrifat. Bahawa Kesempurnaan (Allah) yang dihadapkan kepadanya oleh Maha Suci Dia (HUWA), sesungguhnya yang dikehendaki oleh Maha Suci Dia adalah untuk menyampaikan manusia kepada hakikat ini, yang mana ia adalah makrifat sebenar. Sesungguhnya Maha Suci Dia menghadap kepada kita dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) untuk menyampaikan kepada kita, hakikat bahawa kita tidak mampu mencapai makrifat. Seterusnya, kita mengetahui hakikat yang menjadikan kita, dan kita mengetahuiNya apabila kita mengetahui sepenuhnya ketidakmampuan kita dalam mencapai makrifatNya. Makrifat ketidakmampuan kita itulah hakikat makrifat iaitu "Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya".

Umumnya, hakikat-hakikat ini tidak diketahui dengan kata-kata, tetapi ketikamana seseorang insan itu berada di dalamnya.

Imam Ahmad Al Hassan as, kitab Ma'al Abdus Soleh, jilid 2, halaman 16.