Monday, November 11, 2013

PETIKAN KHUTBAH MUHARAM 1432 HIJRAH: Apa Yang Telah Hussain a.s Bentangkan Di Karbala?

PETIKAN KHUTBAH MUHARAM 1432 HIJRAH.

Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as), wasi dan utusan Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Al Askariy (as) kepada seluruh umat manusia.


Apakah yang telah Hussein (as) bentangkan di Karbala bagi membuktikan bahawa dirinya adalah khalifah Allah SWT di muka bumiNya. Wahai manusia, sudahkah kalian bertanya diri sendiri soalan ini sebelum kalian mengikut ulama sesat secara membuta tuli tanpa sebarang penilaian atau berfikir? Apa yang telah Hussein (as) bentangkan di Karbala? Beliau telah membentangkan wasiat Muhammad (sawas), yang disebutkan nama bapanya Ali (as), saudaranya Hassan (as), dirinya dan anak-anaknya (as). Beliau mempamerkan keilmuwannya dan pengetahuannya, serta membentangkan panji ketuanan Allah SWT yang dibawanya berseorangan dalam membangkang panji-panji ketuanan manusia, iaitu panji yang dibawa oleh barisan lawan yang menentang datuknya, ayahnya dan saudaranya (as) sebelum itu. 

Apa lagi yang telah Hussein (as) bentangkan? Beliau membentangkan visi (rukyah) keluarganya yang suci, sahabat-sahabat dan ayat-ayat (kasyaf) mereka. Beliau (as) membentangkan visi Wahab an-Nasrani yang melihat Isa (as) menggesa beliau untuk mengikuti dan membantu Hussein (as). Beliau menyampaikan wahyu kasyaf Al-Horr ar-Riyahi yang mendengar suara menjanjikan kepadanya syurga ketikamana dia berangkat Kufah. 

Wahai manusia, apakah yang telah kami bawakan kepada kalian hari ini? Adakah kami membawakan kepada kalian bidaah (doktrin yang dicipta) yang tidak dibawa oleh Anbiya, Awsiya, Muhammad Utusan Allah (sawas), Ali (as), Hassan (as), Hussein (as) atau Imam dari keturunan Al-Hussein (as)? 

Katakanlah lagi: Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama yang berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu)... (Surah al-Ahqaf: 9) 

Atau adakah kami membawa apa yang mereka bawa? Kami telah datang kepada kalian dengan membawa keterangan-keterangan mereka, bukti-bukti yang terang benderang seperti matahari buat sesiapa jua yang mencari pengetahuan tentang kebenaran. Adakah wasiat Nabi Muhammad (sawas) yang merupakan khazanah terpelihara Muhammad dan keturunannya (as) kepada pemilik Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Qaim (Pendiri) Keluarga Muhammad (sawas) tidak mencukupi? Apakah pengetahuan atau kebijaksanaan tidak mencukupi? Apakah keseorangannya dalam menaikkan panji ketuanan Allah di kalangan penduduk bumi ini tidak mencukupi? Bukankan keseorangannya itu adalah satu tanda yang terang benderang seperti matahari daripada Allah swt? Setelah ulama-ulama sesat mengiktiraf panji ketuanan manusia dan meninggalkan panji ketuanan Allah. Tidak ada satu pun yang tinggal untuk menegakkan panji ketuanan Allah selain daripada pemilik Kebenaran. Keperibadian Ini membuang segala keraguan atau syak wasangka daripada pencari kebenaran kerana bumi ini tidak pernah kosong dari kebenaran dan kebenaran itu terletak pada ketuanan Allah. 

Adakah kami hari ini tidak membentangkan apa yang telah Hussein (as) bentangkan di Karbala daripada visi (rukyah) dan ayat-ayat (kasyaf) sebagai bukti dalam mengenalpasti pemilik Kebenaran? Apakah berulangnya visi (rukyah) beribu-ribu orang dari negara-negara yang berbeza yang menunjukkan Nabi, Awsiya, Muhammad dan keturunannya (as) yang menggesa orang ramai untuk membantu pemilik Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Al-Qaim Ahlul Bait (as), tidak mencukupi? Apakah berulangnya visi yang dilihat oleh lelaki dan wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tidak mencukupi? 

Wahai manusia, logikkah kalian menyerahkan kepimpinan ke atas kehodohan syaitan seolah-olah apabila mereka memperolok-olok dan memperkecilkan rukyah serta kasyaf, lalu memanggilnya sebagai mimpi karut? Maka kalian mengikuti mereka tanpa memberi perhatian kepada fakta bahawa kasyaf dan rukyah adalah kata-kata dan wahyu Allah SWT kepada hamba-hambaNya???

No comments:

Post a Comment