Saturday, November 9, 2013

Kesahihan Hadis Wasiat Nabi s.a.w.a

Dengan kekuatan Allah swt, kami akan memperincikan pembuktian wasiat kerana dengannya dikenali Hujjah daripada Adam (a.s) hingga ke hari kiamat. Sesungguhnya Rasulullah (sawas) telah mewasiatkan kepada Ali bin Abi Talib (a.s) pada malam kewafatannya dan menyebutkan di dalam wasiatnya berkenaan washi-washi sehingga hari kiamat. Riwayat wasiat di malam kewafatannya adalah satu-satunya wasiat yang menyebutkan nas yang dicatatkan oleh Amirul Mukminin dengan tangannya sendiri.
Pengingkaran terhadap riwayat ini mengakibatkan tidak ada lagi wasiat Rasul (sawas) di malam kewafatannya yang tinggal dan diketahui, dan telah diterangkan bahawa penolakan  terhadap riwayat wasiat ini bermakna terkeluar daripada wilayah dan kafir terhadap kata-kata Aimmah (a.s) dan berdusta kepada Allah swt, sepertimana riwayat yang telah ditunjukkan di dalam riwayat-riwayat sebelum ini, yang menegah kita daripada menolak riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s).
Namun begitu, tetap ada mereka yang menyerupai musuh-musuh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul (a.s) pada hari ini, yang cuba untuk meragui keshahihan wasiat Rasul (sawas) di malam kewafatannya, dan ianya adalah sunnah Allah yang sentiasa berjalan. Maka seharusnya pada zaman ini juga terdapat mereka yang menentang wasiat ke atas pemilik wasiat, sepertimana penentangan Qabil (laknatullah) ke atas wasiat Adam (a.s) dan Umar ke atas wasiat Rasulullah (sawas).
Penentangan mereka terhadap wasiat Rasulullah (sawas) adalah kerana ianya bertentangan dengan hawa nafsu mereka, dan kerana ianya telah dinaskan kepada pemilik kebenaran di akhir zaman. Mereka mendakwa bahawa kebenaran bersama mereka dan tidak akan sekali-kali menyerahkannya kepada pemilik kebenaran, kerana pemilik kebenaran tersebut dilihat sebagai merampas keduniaan dan kedudukan mereka. Pada hakikatnya merekalah yang telah merampasnya dari Imam Mahdi (a.s).
Allah swt berfirman:
“Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum [mu], dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah” (Al Ahzab: 62). Sebagaimana percubaan Yahudi dan Nasrani untuk menukar atau menghapuskan nama Nabi Muhammad (sawas) di dalam kitab Taurat dan Injil. Begitu juga pada hari ini, ulama-ulama akhir zaman melakukan percubaan yang sama untuk mentakwil dan meghapuskan nama yang telah dinaskan oleh Rasul (sawas) di dalam wasiatnya, apakah mereka tidak sedar akan perbuatan mereka ini? Setelah menyedari bahawa mereka tidak mampu untuk bersemuka dengan washi Imam Mahdi (a.s) iaitu Sayyid Ahmad Al Hassan, maka mereka beralih kepada meragui wasiat Rasulullah (sawas) dari sudut sanad, bertujuan untuk memperdaya masyarakat umum yang tiada pengetahuan tentang ilmu Dirayah hadis dan ilmu Rijal. Bahkan diri mereka yang menentang juga jahil tentang ilmu ini dan tidak mengetahui titik kekuatan dan kelemahannya, mereka juga tidak dapat membezakan riwayat-riwayat manakah yang wajib dan tidak wajib diterima. Seringkali hujah mereka amat dangkal dan tidak melangkaui keseluruhan ilmu ini, yang terdapat banyak perbezaan pendapat ulamak dalam kebanyakan masalah. Bagi membalas keraguan-keraguan ini kami katakan secara ringkas di sini:
Sesungguh para ulama terawal (muqaddimin) dan terkemudian (mutaakhirin) telah berbeza pendapat di dalam pembahagian hadis. Ulama-ulama terawal mempraktikkan pembahagian hadis secara umumnya kepada dua bahagian iaitu, apa yang boleh dijadikan pegangan dan apa yang tidak boleh dijadikan pegangan ke atasnya. Bagi mereka berbagai-bagai kaedah untuk berpegang kepada sesuatu hadis, dan kekal berpegang dengan pembahagian ini sehingga kurun ke tujuh hijrah, dan diciptakan pembahagian baru iaitu kepada empat pecahan yang menyerupai pembahagian hadis di sisi masyarakat awam Sunni. Maka dibahagikanlah hadis kepada shahih, muthiq, hasan dan dhaif. Telah berlaku pertelingkahan pendapat yang besar di kalangan ulama disebabkan pembahagian ini, dan kebanyakan ulama-ulama tersohor ketika itu telah menolak pembahagian ini seperti Al Hurr Al Amili pemilik kitab Wasail Al Syiah, Al Muhaqqiq Al Kurki, Al Amin Al Istrabadi, Ni’matullah Al Jazairi dan banyak lagi selain mereka. Sehingga kini pertelingkahan di dalam hal pembahagian hadis ini tidak pernah padam. Malah ulamak terkemudian juga berbeza pendapat sesama sendiri di dalam membuktikan pembahagian hadis kepada empat pecahan ini, ada di antara mereka yang mengambil yang shahih sahaja, sebahagian lain menambahkan muthiq, sebahagian pula menambahkan hasan dan ada pula di kalangan mereka yang berpegang hatta kepada hadis dhaif. Perbincangan di dalam tajuk ini adalah amat panjang dan ianya berbeza di antara seorang alim dengan alim yang lain. Kaedah ini tidak pernah aman dari kritikan dan hampir-hampir tiada faedah daripada pembahagian ini, selain daripada penolakan dan celaan terhadap hadis Ahlulbayt (a.s). Inilah yang ditegah oleh Aimmah (a.s) ke atas kita di dalam riwayat-riwayat yang telah disebutkan sebelum ini.
Tidak mungkin bagi sesiapapun untuk mewajibkan kami berpegang dengan pembahagian ini, memandangkan umat Syiah sendiri tidak sepakat dalam hal ini. Ia juga bertentangan dengan apa yang disebutkan oleh Ahlulbayt (a.s) mengenai cara-cara untuk mengambil hadis mereka dan bertentang dengan jalan yang telah diambil oleh ulamak-ulamak terdahulu yang lebih dekat dengan zaman Tashri’ seperti Syeikh Al Kulayni, Syeikh Al Saduq, Syeikh Al Mufid, Syeikh Al Toosi dan seumpamanya. Setiap dari mereka tidak pernah mempraktikkan pembahagian sebegini terhadap riwayat-riwayat Ahlulbayt (a.s). Maka penghujahan berdasarkan pembahagian empat pecahan adalah tidak pasti (thabit) dan tidak diakui oleh Maksumin (a.s), dan paling kurang pun ianya tidak diakui di sisi ulamak-ulamak terawal yang lebih dekat dengan zaman para Aimmah (a.s). Barangsiapa yang ingin mendalami perkara ini, hendaklah merujuk kepada Mukadimah Al Kafi, Penutup kitab Wasail Al Syiah, kitab Hidayah Al Abrar oleh Muhaqqiq Al Kurki, Al Fawaid Al Madaniah oleh Al Istrabadi dan lain-lain lagi yang menerangkan tentang kaedah sebenar untuk berpegang kepada riwayat-riwayat dan penerimaannya.

<!–[if !supportLists]–>2) Masalah sanad bukanlah satu-satunya jalan untuk berpegang kepada hadis-hadis. Mungkin terdapat hadis yang shahih sanadnya tetapi tidak boleh berpegang kepadanya disebabkan menyimpang dan menyalahi dengan hadis yang mutawatir, atau bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah yang shahih. Mungkin juga berlaku hadisnya dhaif dari segi sanad tetapi boleh berpegang kepadanya disebabkan wujud pendamping-pendamping (Qorinah) luar dan dalam yang menyokong keshahihannya.
Keshahihan sesuatu hadis kadang-kadang terbukti dengan pengesahan perawi sanad dan inilah yang dikehendaki oleh kebanyakan ulamak-ulamak terkemudian, dan kadang-kadang terbukti yang dikehendaki daripadanya adalah keshahihan berpegang kepada riwayat samada dengan jalan pengesahan perawi sanad atau tawatur hadis secara lafaz atau makna, atau dengan kewujudan pendamping-pendamping (qorinah) yang menyokong satu-satu hadis, seperti yang dinukilkan di dalam kitab-kitab yang dipercayai dan kebersesuaiannya dengan Al Quran dan Sunnah, dan pembawaan isi kandungannya dengan riwayat-riwayat lain yang lebih shahih dan lain-lain pendamping lagi. Hal ini telah dirumuskan oleh Al Hurr Al Amili di dalam penutup kitab Wasail Al Syiah yang berjumlah sebanyak 21 jenis pendamping (qorinah) kesemuanya, sila rujuk pada muka surat 93-96.
Syeikh Al Toosi di dalam kitabnya Al Iddah: muka surat 27, dan Al Ibtibshar: muka surat 13-16 mengatakan: (…dan hendaklah kamu ketahui bahawa hadis-hadis itu dua kategori: mutawatir dan tidak mutawatir, maka yang mutawatir tu mewajibkan berilmu dan beramal dengannya tanpa berlengah-lengah kerana sesuatu yang berhimpun padanya dan tiada perkara lain yang dapat mengatasinya dan setiap hadis yang berjalan dengan jalan ini tidak akan berlawanan dengan hadis-hadis Nabi (sawas) dan para Aimmah (a.s). Bukan mutawatir pula terbahagi kepada dua kategori, salah satu darinya juga diwajibkan berilmu padanya iaitu setiap hadis yang didampingi oleh pendamping yang mewajibkan ilmu, dan setiap hadis yang berjalan dengan jalan ini adalah wajib beramal dengannya, dan ia mengikut bahagian yang pertama (mutawatir)…)
Hadis wasiat Rasulullah (sawas) adalah mutawatir dari segi makna, dan ianya bukan mutawatir dari segi lafaz. Ini sudah mencukupi untuk berpegang dengannya sepertimana hadis yang telah kalian dengar sebelum ini dan banyak lagi riwayat lain yang membawa maksud wasiat yang melebihi 40 buah. Hadis wasiat juga dilingkungi dengan banyak pendamping yang mewajibkan kepastian tentang keshahihan isi kandungannya. Ini menjadikan riwayat wasiat ini shahih mengikut kaedah ulama-ulama terdahulu (semoga Allah swt merahmati mereka), bahkan kaedah-kaedah sebahagian ulama terkemudian. Tanpa perlu mengambil kira kaedah-kaedah yang berbeza yang terlalu banyak khilaf padanya seperti pembahagian empat pecahan bagi hadis yang dicipta oleh ulamak-ulamak terkemudian pada zaman ini. Sekiranya kita mempraktikkan pembahagian mengikut kaedah ini, maka tiga perempat daripada hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab Al Kafi akan tertolak dan ini adalah suatu yang tidak boleh diterima oleh akal yang sihat.
<!–[if !supportLists]–>3)Walaupun sekiranya kami menggunakan istilah baru mengikut pembahagian empat pecahan hadis, maka hadis wasiat tetap tidak termasuk di dalamnya. Ini kerana topik perbahasan tentang pembahagian hadis kepada shahih, muthiq, hasan dan dhaif adalah pada hadis yang tiada pendamping. Ia sebagaimana yang dinukilkan daripada mereka sendiri iaitu sesungguhnya hadis yang mempunyai pendamping adalah diakui keshahihannya dan ianya tidak termasuk dalam pembahagian ini, kerana pendamping tersebut adalah mencukupi untuk mengiktiraf satu-satu hadis dan berpegang kepada tanpa perlu kepada pembahagian ini dan pengkajian berkaitan hal ehwal perawi. Inilah yang dinukilkan oleh Al Hurr Al Amili (rahimahullah) ketikamana dia berkata: (Sesungguhnya mereka iaitu para Usuliyyun telah bersepakat bahawa tajuk perbahasan berkaitan pembahagian hadis adalah pada hadis Ahad yang tidak mempunyai pendamping (qorinah), dan telah diketahui bahawa hadis-hadis di dalam kitab-kitab kita yang masyhur dilingkungi dengan pendamping-pendamping (qarain).
Dengan ini hadis wasiat Rasulullah (sawas) terkeluar daripada tajuk perbahasan tentang pembahagian hadis kepada empat pecahan, kerana ianya dilingkungi oleh bermacam-macam pendamping dan sepertimana yang mereka katakan ianya di luar topik perbahasan.
4) Mereka yang menentang hadis wasiat ini mungkin telah lupa atau melupakan tentang kaedah dirayah (ilmu hadis). Ulama-ulama dirayah telah menyebutkan bahawa apabila sesuatu hadis itu bertepatan dengan itrah atau tanpa mencela itrah Nabi yang suci, atau apabila perawinya tidak diragukan tentang riwayatnya, atau riwayatnya tidak bertepatan dengan mazhabnya (jika sekiranya dia bukan dari mazhab kebenaran). Maka hadis sebegini perlu diambil tanpa perlu mengambil kira pengesahan perawinya, walaupun hadis itu diriwayatkan melalui jalan masyarakat awam sunni.
Sekiranya hadis yang mengnaskan tentang perlantikan Ahlulbayt (a.s) atau kelebihan mereka dibenarkan berpegang padanya tanpa perlu mengambil kira pengesahan perawinya. Maka bagaimana pula dengan hadis yang diriwayatkan daripada itrah yang suci dengan jalan yang khusus (iaitu pengikut syiah), yang jelas mengnaskan tentang keutamaan-keutamaan mereka (a.s) dan perlantikan mereka (a.s) sebagai khalifah selepas Rasulullah (sawas) dan disokong dengan puluhan riwayat lain yang mengnaskan isi kandungannya?!! Kejahilan kalian berkaitan perkara ini menunjukkan ketaksuban yang membuta-tuli dan seumpama menentang kebenaran dengan kebatilan. Seolah-olah kalian tidak memahami apa yang kalian katakan.

No comments:

Post a Comment