Monday, January 6, 2014

Nama Yang Diajar Kepada Adam a.s


Soalan 12: Apakah dia nama-nama yang Allah Subhanahu wa Taala ajarkan kepada Adam alaihissam?

Jawapan:

Mengajarkan Adam as akan Nama-Nama Allah, bermaksud dia (Adam as) dikenalkan dengan sesuatu daripada hakikat Nama-Nama Allah itu, yang mana para Malaikat tidak mampu mengenalnya dan dia dikenalkan juga dengan hakikat Nama-Nama Allah pada makhluk. Oleh itu, Muhammad dan Keluarga Muhammad alaihimusslam, para anbiya' dan para rasul alaihimusslam adalah Nama-Nama Allah pada makhluk, atau tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah Subhanahu wa Taala (1).

Sebagaimana seluruh kewujudan atau makhluk itu adalah tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah, hattakan hamparan permaidani yang kita duduk di atasnya (2). Fitrah Adam atau manusia secara umumnya menjadikan dia layak untuk mengenal Nama-Nama Allah pada kedudukan yang lebih tinggi, lebih banyak dan tersangat jauh berbanding kedudukan para Malaikat. Ini adalah kelebihan Adam as ke atas para Malikat, bahkan buat setiap insan jua yang berjalan kepada Allah dan sampai kepada makrifat Nama-Nama Allah Subhanahu wa Taala.

Ketundukan Malaikat dan kepatuhan mereka kepada Adam, serta menganggapnya sebagai kiblat yang memungkinkan mereka mengetahui Nama-Nama Allah secara pasti adalah disebabkan kelebihan-kelebihan (fitrah) Adam yang tidak berubah, melainkan jika insan itu sendiri menanggalkannya (fitrah itu).

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Rum: 30)

Kitab al-Mutasyabihat oleh Imam Ahmad Al Hassan, jilid 1, halaman 33-34.

____________________________________________
(1) Daripada Abu Abdillah alaihissalam dalam menafsirkan firman Allah Azza wa Jalla: "Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu" (Al-A'raaf:180), Imam as berkata: "Demi Allah, kamilah asmaul husna yang Allah tidak menerima amalan seseorang hamba melainkan dengan mengenali kami). Al Kafi: jilid 1, ms 143.

(2) Mengisyaratkan kepada hadis Imam Sadiq alaihissalam yang mengatakan di dalamnya: (....bumi, bukit-bukau, lorong-lorong di celah bukit dan lembah-lembah, kemudian beliau memandang kepada hamparan di bawahnya, lantas berkata: hamparan ini adalah apa yang diajarkannya) Bihar Al AnwarL jilid 11, ms 146.

PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT ALLAH DAN HAKIKAT MAKRIFAT MENURUT IMAM AHMAD AL HASSAN a.s


PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT ALLAH DAN HAKIKAT MAKRIFAT MENURUT IMAM AHMAD AL HASSAN a.s

Terlihat apabila kita meneliti kitab-kitab akidah di sisi umat Islam bahawa mereka membahagikan sifat-sifat Allah dengan bermacam-macam pembahagian, antaranya sifat-sifat Zat, sifat-sifat Perbuatan Allah dan sebagainya.

Pada satu hari, saya bertanyakan tajuk ini kepada beliau (Imam Ahmad Al Hassan as), lantas beliau alaihissalam menjawab:

Umumnya, pembahagian itu bersandarkan pandangan dan kefahaman orang yang membangunkan pembahagian itu. Hattakan, jika pembahagian itu adalah benar, tidak bermakna ianya memberi faedah kepadanya. Kadang-kadang pembahagian ini barangkali lebih hampir kepada sia-sia.

Sebagaimana terdapat perkara-perkara yang ditolak di dalam kitab-kitab mereka, namun kamu sedia maklum bahawa aku tidak suka mengemukakan nama-nama mereka melainkan terpaksa.

Sebagai contoh: permasalahan sifat-sifat salbiyyah yang bermakna menafikan kekurangan daripada pihakNya. Tiada keraguan dalam hal ini dan ianya diriwayatkan sepertimana di dalam doa Jausyan al-Kabir dan di dalam al-Quran. Sifat-sifat kamaliyyah yang bemakna menyifatkanNya dengan kesempurnaan mutlak, juga tidak ada keraguan dalam hal ini dan ianya disebutkan di dalam al-Quran serta doa-doa. Sekiranya kamu membaca kitab Tauhid, kamu akan dapati satu tajuk yang menjelaskan perkara ini dan di manakah letaknya tauhid itu. Tajuk tersebut menyangkal sepenuhnya akidah mereka yang merujuk sifat-sifat salbiyyah dengan sifat-sifat kamaliyyah, sebagai contoh kamu akan dapati: Tauhid itu adalah pada mensucikan (tasbih), dan kamu akan dapati juga: penjelasan bagaimana makrifat kita tentang sifat-sifatNya, sesungguhnya adalah makrifat ketidakmampuan kita daripada mengenal sifat-sifatNya dan matlamat yang mungkin kita mengetahuinya adalah sifat-sifat RasulNya yang pertama (yakni Muhammad sawas) dan rasul-rasul selepas daripadanya.

Perkara ini diterangkan di dalam kitab Tauhid, ia sepenuhnya menyangkal akidah mereka tentang sifat-sifat (Allah).

Tambahan lagi nama (Allah) itu sendiri adalah sifat. Sesungguhnya Allah itu adalah Kesempurnaan Mutlak yang makhluk bertuhankan kepadaNya dan Dia (Hakikat dan Al Kunh) tajalli serta zahir denganNya (yakni Allah) kepada makhluk, kerana keperluan dan kefakiran mereka.

Seterusnya, adakah kamu menyifatkan Dia wujud dan Maha Berkeupayaan apabila tidak wujud yang diupayai? Pada asasnya, adakah terdapat tempat untuk sifat? Tempat sifat tidak wujud apabila tidak wujud yang diupayai, adakah kamu faham maksudku?

Baiklah, mereka sebenarnya mengatakan perkara ini atau paling tidak sebahagian mereka mengatakan sebegini. Sekarang, adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Ilah apabila tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah? Adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Rabb apabila tidak wujud marbub (yang dijaga atau dipelihara)?

Sekarang, Dia Subhanahu wa Taala bertajalli dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) supaya yang mengambilNya sebagai Ilah bertuhankan kepadaNya, jika tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah, nescaya Dia tidak zahir dengan (Ketuhanan) buat mereka. Uluhiyyah bersangkutan dengan Ma'luh (yang mengambilNya sebagai Ilah) dan Rububiyyah bersangkutan dengan marbub (yang dijaga atau dipelihara). Semoga ianya menjadi jelas buat kamu.

Perhatikan bahawa setiap yang wujud mengandaikan kesempurnaan adalah berdasarkan apa yang diketahuinya. Semut jernih mengandaikan bahawa Allah memiliki dua sesungut kerana itulah matlamat kesempurnaan di sisinya. Manusia pula mengandaikan bahawa matlamat kesempurnaan adalah keupayaan yang sempurna, pengetahuan yang sempurna dan berbagai lagi. Disebabkan dia hanya memiliki sebahagian keupayaan dan sebahagian pengetahuan, oleh itu, dia mengandaikan "Maha Mengetahui" dan "Maha Berkeupayaan" yang digambarkannya itulah matlamat yang mungkin disifatkannya dengan Allah!

Manusia dituntut untuk bergerak ke arah makrifat bagi mengetahui bahawa dia tidak mampu mencapai makrifat. Bahawa Kesempurnaan (Allah) yang dihadapkan kepadanya oleh Maha Suci Dia (HUWA), sesungguhnya yang dikehendaki oleh Maha Suci Dia adalah untuk menyampaikan manusia kepada hakikat ini, yang mana ia adalah makrifat sebenar. Sesungguhnya Maha Suci Dia menghadap kepada kita dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) untuk menyampaikan kepada kita, hakikat bahawa kita tidak mampu mencapai makrifat. Seterusnya, kita mengetahui hakikat yang menjadikan kita, dan kita mengetahuiNya apabila kita mengetahui sepenuhnya ketidakmampuan kita dalam mencapai makrifatNya. Makrifat ketidakmampuan kita itulah hakikat makrifat iaitu "Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya".

Umumnya, hakikat-hakikat ini tidak diketahui dengan kata-kata, tetapi ketikamana seseorang insan itu berada di dalamnya.

Imam Ahmad Al Hassan as, kitab Ma'al Abdus Soleh, jilid 2, halaman 16.

Friday, January 3, 2014

Mengambil Ahkam Dari Al Qaim Sebelum Kebangkitannya?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً


Telah disebut dalam artikel sebelumnya bahawa Al Qaim itu ada dua. Yang pertama merujuk kepada Imam Muhammad al Mahdi. Dan yang kedua merujuk kepada Mahdi Pertama yang bernama Ahmad, seperti yang disebut di dalam wasiat Nabi s.a.w.a.

Dan di sebut dalam berbagai sumber lain lagi, bahawa para Mahdi ini juga turut mendapat gelaran sebagai Al Qaim. Mereka adalah hujjah dan imam di zaman mereka, namun mereka tidak menempati kedudukan Aimmah yang dua belas. Mengenangkan perkara ini, ada sebuah hadis yang menyatakan manusia mengambil halal dan haram sebelum Qiam(kebangkitan) Al Qaim.



افي: ج 1 ص 371 ح 3 - علي بن محمد رفعه، عن علي بن أبي حمزة، عن أبي بصير قال: قلت لابي عبد الله عليه السلام: جعلت فداك متى الفرج ؟ فقال: - (القائم إمام ابن إمام، يأخذون منه حلالهم وحرامهم قبل قيامه، قلت: أصلحك الله إذا فقد الناس الامام عمن يأخذون ؟ قال: إذا كان ذلك فأحب من كنت تحب وانتظر الفرج فما أسرع ما يأتيك

Abu Basir bertanya kepada Abu Abdullah a.s: "Bilakah Faraj?" Beliau bersabda: "Al Qaim adalah Imam anak kepada Imam. Mereka mengambil halal dan haram darinya sebelum kebangkitan beliau." Aku bertanya: "Semoga Allah memperkukuh keadaan mu, bagaimana jika manusia tidak menjumpai Imamnya, dari siapa harus mengambilnya(halal dan haram)?" Beliau menjawab: "Jika berlaku sebegitu, cintailah orang yang telah kamu cintai dan tunggulah faraj, pantasnya akan sampai kepada kamu." 
 
Rujukan: Mu'jam Ahadis Imam Mahdi Jilid 3, Halaman 417
 
Namun bagaimana ini mungkin, sedangkan Imam Mahdi a.s tidak memunculkan dirinya untuk ditanya tentang Ahkam? Kemunculan beliau, seperti yang difahami oleh kumpulan Shiah hanyalah untuk memulakan revolusi dengan para sahabatnya telah sedia berhimpun di Masjidil Haram, jadi bila pula kita dapat bertanya kepada beliau?
Jelas sekali yang disebut Qaim di sini adalah merujuk kepada Mahdi Pertama, atau "lelaki dari keturunannya" yang akan muncul sebelum Imam Mahdi demi menyeru kepada beliau.




وأخرج نعيم بن حماد، عن علي بن أبي طالب قال: يخرج رجل قبل المهدي من أهل بيته بالمشرق، يحمل السيف على عاتقه ثمانية عشر شهرا، يقتل ويمثل ويتوجه
إلى بيت المقدس فلا يبلغه حتى يموت.

Amirul mu`minin dalam ucapannya: “Akan muncul seorang laki dari timur sebelum al-Mahdi dari keluarganya. Ia membawa pedang di atas pundaknya selama lapan bulan, membunuh dan membunuh dan bergerak menuju Baitul Maqdis.”
 
 Rujukan: (al-Mumhidun/al-Kurani, 110)
 
Lelaki dari timur ini akan muncul sebelum Mahdi, dan kemudiannya memerangi Sufyani. InsyaAllah di tempat lain, saya akan kongsikan, siapa lelaki dari timur, ketua tentera panji hitam. Jelas untuk artikel ini, Al Qaim di atas tidak sepadan dengan Imam Mahdi a.s
 
Fi amanillah

Thursday, January 2, 2014

JALAN KAMI (AHLULBAIT AS) DALAM MENJAWAB KERAGUAN-KERAGUAN YANG DITIMBULKAN TERHADAP AL-QURAN.

BICARA FB TERKINI IMAM AHMAD AL HASSAN (AS): JALAN KAMI (AHLULBAIT AS) DALAM MENJAWAB KERAGUAN-KERAGUAN YANG DITIMBULKAN TERHADAP AL-QURAN.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semoga Allah membesarkan ganjaran kalian dalam memperingati kesyahidan Muhammad Rasulullah (saw). Insan suci yang layak menduduki makam terpuji dan tertinggi di sisi Allah SWT kerana kesucian dirinya. Pada hari ini, kita dapati bahawa risalah Muhammad (saws) yang terkandung di dalam Quran itu terdedah kepada celaan dan keraguan, secara khususnya kepada Allah SWT. Topik celaan ini berkisar tentang bahasa Arab, bahawa ungkapan-ungkapan di dalam Quran itu adalah lemah (dari sudut bahasa Arab) dan bertentangan dengan kaedah-kaedah tatabahasa Nahu dan I’rab, atau tidak bertepatan dengan Balaghah pada sesetengah ayat. Malah, kata-kata dan syair Arab lebih fasih daripada Quran, seperti kata-kata Umru al-Qays di dalam rangkap syairnya:

مِــكَــرٍّ مِــفَــرٍّ مُــقْــبِــلٍ مُــدْبِــرٍ مَــعــاً
كَــجُلْـمُوْدِ صَـخْرٍ حَطَّهُ السَّـيْلُ مِنْ عَلِ
.... الخ

Beberapa hari terdahulu, beberapa orang ansar telah datang melawatku (semoga Allah memelihara mereka) dan mereka telah menunjukkan kepadaku sebuah video seorang syeikh syiah yang bernama: Sayyid Ahmad Al-Qabanji, yang mana dia telah mencela Quran yang dinisbahkan kepada Allah. Hakikat metod celaannya adalah tidak berbeza dengan metod para Wahabi dan para marajik syiah atau yang mewakilinya di dalam saluran tv satelit, ketika mencela dakwah yang penuh barakah ini dengan penuh tipu daya dan pembohongan-pembohongan. Apa yang dinamakan sebagai bertentangan dengan kaedah-kaedah tatabahasa dan balaghah bahasa Arab seperti celaan terhadap cara bacaan Ahmad Al Hassan bagi kalimah ضيزى (Dhaiza, tidak sepertimana bacaan yang biasa “Dhiza”) dan tohmahan-tohmahan seumpamanya bagi memperdayakan orang-orang yang jahil dengannya. Lantas berkata kepada mereka bahawa Ahmad Al Hassan tidak mengetahui dan tidak fasih berbahasa Arab. Kejahilan mereka dengan kaedah-kaedah induktif bahasa Arab telah disingkapkan oleh orang-orang mukmin dan sebahagian orang mukmin ada yang memegang ijazah tertinggi di dalam bahasa Arab, serta profesor-profesor di universiti-universiti di iraq. Alhamdulillah, mereka telah menjelaskan kejahilan orang-orang ini dengan kaedah-kaedah induktif bahasa Arab dan hattakan dengan tujuh bacaan Quran yang berbeza, serta wujudnya bacaan (qiraat) Ahlulbait (as) yang telah disebutkan dalam banyak riwayat dan ianya berbeza dengan tujuh cara bacaan Quran yang masyhur.

Sekarang telah sampai giliran mereka untuk memberikan jawapan balas, kami menantikan jawapan balas para Wahabi dan para marajik (atau yang membela mereka untuk mencela dakwah kebenaran atas asas bertentangan dengan bahasa Arab) secara terperinci . Saya ulangi lagi, jawapan balas secara terperinci atas setiap celaan yang dilontarkan oleh Ahmad Al-Qabanji terhadap bahasa Arab dan kefasihan Quran. Begitu juga celaan-celaan penganut Kristian terhadap Quran bahawa ia bertentangan dengan bahasa Arab, kurang balaghahnya dan lemah ungkapan-ungkapannya. Barangkali tidak perlu diterangkan bahawa jawapan balas ini mestilah dilakukan dengan mengambil kesemua celaan ini dan menjawabnya satu-persatu. Bukannya sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah orang yang lemah akalnya, apabila mengambil ungkapan daripada Quran yang tidak ada seorang pun yang mencelanya dan berkata bahawa Quran adalah kata-kata yang paling tinggi balaghahnya dan sebagainya. Oleh itu, yang dituntut bukanlah memastikan kefasihan dan ketinggian balaghah sebahagian ungkapan Quran, kerana ini tidak pernah didahulukan atau dikemudiankan dalam menjawab keraguan-keraguan terhadap ungkapan-ungkapan lainnya. Tetapi yang dituntut adalah jawapan balas secara terperinci terhadap celaan-celaan yang dilontarkan oleh para penganut Kristian serta sayyid Ahmad al-Qabanji dan lain-lainnya. Atau dengan kata lain menyekat Quran daripada celaan dan menjawab celaan tersebut dengan jawapan ilmiah, kami menantikan jawapan mereka.

Saya memberi amaran, sekiranya mereka menjawab dengan cara yang sama sepertimana kami telah menjawab keraguan-keraguan mereka apabila mereka menimbulkan keraguan terhadap kami dan terhadap dakwah kebenaran ini, maka jelaslah bahawa merekalah sebenarnya dajjal dan menyukat dengan standard mereka di dalam agama. Mereka meragui dengan keraguan-keraguan yang mereka yakini bahawa ianya tidak mempunyai sebarang nilai dan keraguan mereka hanya disebabkan oleh satu sebab sahaja iaitu untuk memperdaya dan memperbodohkan orang ramai, tidak lebih daripada itu. Akhirnya, saya peringatkan dan ulangi sekali lagi bahawa jawapan balas mereka ini adalah wajib dan tetap ke atas mereka, kerana mereka menganggap kaedah-kaedah induktif bahasa Arab sebagai suci dan terpelihara, serta para maksumin tidak dibenarkan bersalahan dengannya, maka bagaimana pula fikiran kamu dengan Allah SWT? Justeru, jika mereka meninggalkan jawapan balas secara rasmi bermakna mereka telah mengenepikan keimanan mereka terhadap Quran dan menghukumkan bahawa ia bukanlah daripada Allah, seterusnya mengenepikan keislaman mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri.

Ini adalah video yang menjelaskan keraguan-keraguan para wahabi dan sebahagian marajik syiah, atau yang membela mereka daripada kalangan orang-orang berserban yang jahil terhadap bacaan Quran Ahmad Al Hassan di dalam saluran-saluran tv satelit dan saluran media lainnya, yang berkata-kata bahawa Ahmad Al Hassan tidak bagus bahasa Arabnya, dan jawapan balas sebahagian orang yang beriman dengan dakwah kebenaran ini ke atas mereka, serta penjelasan kejahilan mereka tentang kaedah-kaedah induktif bahasa Arab dan tujuh bacaan Quran: 
 
http://www.youtube.com/watch?v=qC9TSRFuk0Q

Ini pula adalah video Ahmad Al-Qabanji yang mencela kefasahan dan tatabahasa Arab di dalam Quran:


http://www.youtube.com/watch?v=Kk_KS1KrPWA

Ini juga adalah video lain bagi Ahmad al-Qabanji:

http://www.youtube.com/watch?v=Kk_KS1KrPWA

Terdapat terlalu banyak celaan terhadap pertentangan Quran dengan tatabahasa Arab (nahu), balaghah dan fasahah yang biasa dikemukakan. Ini adalah antara contohnya, di dalam dua ayat Quran, di satu ketika disebutkan الصابئين dan diketika lain pula disebutkan الصابئون, sedangkan kedudukan sebenar dari segi nahu (tatabahasa Arab) dan kaedah bahasa Arab adalah satu

satu:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ...البقرة:62

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالصَّابِؤُونَ وَالنَّصَارَى مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وعَمِلَ صَالِحاً فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ...المائدة : 69

Saya tutup bicara kali ini dengan penjelasan jalan kami dalam jawapan balas kepada Ahmad al-Qabanji dan apa yang dilontarkan oleh para penganut Kristian serta selain mereka, yang meragui tentang al-Quran dan kebenarannya yang dinisbahkan kepada Allah, melalui celaan terhadapnya samada dari segi nahu, balaghah atau bersalahan dengan kaedah bahasa Arab secara umumnya, mana-mana individu mungkin boleh menjumpainya dalam kitab-kitab saya. Kami tidak beriktikad dengan kesucian bahasa dan kami berkeyakinan bahawa ianya tertakluk kepada peraturan evolusi kejadian secara umum. Kebenaran iktikad ini bertepatan dengan kesahihan penetapan teori evolusi yang telah saya jelaskan di dalam kitab “wahm al-Ilhad” (Delusion of atheism) secara terperinci dan tidak bernilainya jawapan balas orang-orang jahil yang meraguinya. Dengan ini berlakulah kesederhanaan dalam kepercayaan bahawa terdapat kaedah-kaedah yang terpelihara dan tetap bagi bahasa yang wajib diikuti. Kata-kata saya ini bukan hanya khusus untuk bahasa Arab sahaja, tetapi merangkumi mana-mana bahasa manusia dan haiwan umumnya.

Sekiranya perkara ini secara ilmiah telah menjadi tetap dan bertukar menjadi benar sekarang, maka sesungguhnya Imam Sadiq (as) telah menjelaskannya sejak lebih seribu tahun yang lalu bahawa betapa tidak bernilainya kepercayaan tentang wujudnya kaedah-kaedah yang tetap atau terpelihara untuk bahasa Arab dan bahasa-bahasa lainnya.

Telah berkata Muhammad bin Muslim: Abu Abdillah (as) telah membaca: ولقد نادانا نوحاً 
Aku berkata:” نوح” (Nuhun). Seterusnya aku berkata: “Dijadikan aku tebusanmu, sekiranya kamu melihat pada ini yang aku maksudkan adalah tatabahasa Arab.”
Lalu beliau (as) menjawab: “Hindarkan aku dari bau tengik kamu” (Mustadrak Al-Wasail, jilid 4, ms 278)

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/posts/612431102137890

Sunday, December 29, 2013

Taqlid Di Sisi Syeikh Hurr Al Amili Di Dalam Kitabnya, Fusul Al Muhimma


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً


Umum mengetahui bahawa masyarakat Shiah di hari ini yang beraliran usuli, berittikad bahawa wajib bertaqlid kepada ghair maksum yang a'lam, jika tidak amalan kita tidak akan diterima. Ini sudah tidak perlu ditekankan lagi kerana ia bukan perkara baharu.


Umum juga mengetahui terdapat banyak sekali hadis Aimmah a.s yang melarang taqlid kepada non maksum.

Tahukah anda bahawa dari 110 jilid kitab hadis Bihar al Anwar, terdapat satu bab berkenaan Taqlid di dalam jilid kedua, yang mengandungi 84 hadis yang mulia, dan semuanya diklasifikasikan di bawah tajuk “LARANGAN TAQLID KEPADA SELAIN DARI MA’SUMIN”? (P/s: tiada lagi tajuk taqlid selain dari bab ini)   

Tahukah anda, dalam sebuah lagi koleksi hadis yang besar tulisan Syeikh Hurr al Amili yang dikenali dengan Wasail al Shia, juga wujud bab taqlid di dalam jilid 27, mengandungi lebih dari 100 hadis. Semuanya diklasifikasikan di bawah bab larangan yang sama? (P/s: tiada lagi tajuk taqlid selain dari bab ini)  

InsyaAllah, saya akan kongsikan satu bab dari kitab Syeikh Hurr Al Amuli, Fusul Al Muhimma, tajuknya adalah seperti berikut:

باب 14 - عدم جواز تقليد غير المعصوم في الاحكام الشرعية
 
Bab 14 – Tidak Dibenarkan Taqlid Kepada Ghair Ma'sum Dalam Hukum Syar'i

Tajuknya sahaja sudah cukup menjelaskan akan pegangan beliau, juga para ulama silam yang lain tentang taqlid. Sekarang saya persembahkan beberapa hadis di dalam bab ini.

[ 764 ] 1 - محمد بن يعقوب، عن عدة من اصحابنا، عن أحمد بن محمد بن خالد، عن عبد الله بن يحيى، عن ابن مسكان، عن أبى بصير، عن أبى عبد الله ع قال: قلت له: (إتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله) فقال: أما والله ما دعوهم إلى عبادة انفسهم ولو دعوهم ما أجابوهم ولكن أحلوا لهم حراما وحرموا عليهم حلالا فعبدوهم من حيث لا يشعرون.
 
1 – Muhammad b. Ya`qub dari beberapa sahabat dari Ahmad b. Muhammad b. Khalid dari `Abdullah b. Yahya dari Ibn Muskan dari Abu Basir dari Abu `Abdillah عليه السلام.  Beliau berkata: Aku mengatakan padanya: “Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”. (9:31) Jadi beliau bersabda: Sungguh, demi Allah, mereka(para ulama) tidak menyeru agar mereka disembah, tetapi mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Jadi manusia menyembah mereka tanpa disedari.

 
[ 766 ] 3 - وقوله ع: اياك أن تنصب احدا دون الحجة، فتصدقه في كل ما قال.
 
3 – Dan beliau(as) bersabda: "Dan berhati-hatilah apabila kamu melantik seseorang selain dari Hujjah, dan kamu mempercayai segala yang dia ucapkan."

 768 ] 5 - وقول الباقر ع: من أصغى إلى ناطق فقد عبده فإن كان الناطق يؤدي عن الله فقد عبد الله وان كان الناطق يؤدي عن ابليس فقد عبد ابليس.
 
5 – Dan dari sabda al Baqir(as): "Barangsiapa yang mendengar kepada seorang speaker telah menyembahnya, jadi jika speaker itu dari Allah, maka dia telah menyembah Allah, dan jika speaker itu dari Iblis, maka dia telah menyembah Iblis.
 
[ 769 ] 6 - وقوله ع: كل ما لم يخرج من هذا البيت فهو باطل.
 
6 –  Dan beliau(as) bersabda: "Apa sahaja yang tidak datang dari rumah ini adalah bathil.
 
[ 770 ] 7 - وقول الصادق ع: يا معشر الاحداث اتقوا الله ولا تأتوا الرؤساء دعوهم حتى يسيروا أذنابا، لا تتخذوا الرجال ولايج من دون الله انا والله خير لكم منهم
 
7 –  As Sadiq(as) bersabda: "Wahai orang-orang muda, takut lah kepada Allah dan janganlah pergi kepada para ketua, tinggalkanlah mereka… Jangan mengambil mereka sebagai kawan rapat selain dari Allah. Aku -demi Allah- adalah lebih baik untuk kamu dari mereka."
 
[ 771 ] 8 – وقول علي ع: نحن الشعار والاصحاب والخزنة والابواب ولا تؤتى البيوت إلا من أبوابها فمن أتاها من غير ابوابها سمى سارقا.
 
8 – Ali(as) bersabda: "Kamilah panji dan sahabat, dan bendahari dan pintu-pintunya. Dan sesebuah rumah tidak dimasuki selain dari melalui pintunya. Barangsiapa yang memasuki selain dari pintu digelar pencuri.
 
[ 772 ] 9 - وقوله ع: انما الناس رجلان، متتبع شرعة، ومبتدع بدعة.
 
9 – Beliau(as) bersabda: "Manusia hanya ada dua; pengikut hukum syar'I dan pembuat bida'ah."
 
[ 773 ] 10 - وقول الصادق ع: دع القياس والرأي وما قال قوم في دين الله ليس له برهان.
 
10 – As Sadiq(as): "Tinggalkanlah qiyas dan pendapat(ar-ra'y) dan apa yang satu kaum katakan tentang agama Allah tanpa sebarang bukti."
 
إلى غير ذلك من الاحاديث الكثيرة جدا.
 
…Dan selain ini ada banyak hadis.

Sunday, December 1, 2013

Buku: Selamat Datang Wahai Penyeru Kepada Allah Dan Pemegang Panji Hidayah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً

 

Buku ini ditujukan khas kepada umat bermazhab Syiah, yang secara ringkas memberi dalil pembuktian kepada mereka akan kebenaran dakwaan Imam Ahmad al Hassan a.s, Al Yamani dan Mahdi Pertama yang diramalkan akan muncul menyeru kepada Pemilik Zaman.

Sila klik untuk bacaan.

Buku: Riwayat Dalam Riwayat Kehidupan Imam Ahmad a.s

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً


Buku ini menceritakan tentang pengalaman para sahabat-sahabat awal utusan Imam Muhammad al Mahdi a.s, Sayed Ahmad al Hassan a.s, seperti Syeikh Nazim Al Uqaili, dari mulut mereka sendiri, tentang bagaimana mereka bertemu kebenaran, dan bagaimana kehidupan mereka bersama Sayed Ahmad a.s.

Jangan terlepas membacanya, sila klik di sini.