Showing posts with label kenyataan. Show all posts
Showing posts with label kenyataan. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

JALAN KAMI (AHLULBAIT AS) DALAM MENJAWAB KERAGUAN-KERAGUAN YANG DITIMBULKAN TERHADAP AL-QURAN.

BICARA FB TERKINI IMAM AHMAD AL HASSAN (AS): JALAN KAMI (AHLULBAIT AS) DALAM MENJAWAB KERAGUAN-KERAGUAN YANG DITIMBULKAN TERHADAP AL-QURAN.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semoga Allah membesarkan ganjaran kalian dalam memperingati kesyahidan Muhammad Rasulullah (saw). Insan suci yang layak menduduki makam terpuji dan tertinggi di sisi Allah SWT kerana kesucian dirinya. Pada hari ini, kita dapati bahawa risalah Muhammad (saws) yang terkandung di dalam Quran itu terdedah kepada celaan dan keraguan, secara khususnya kepada Allah SWT. Topik celaan ini berkisar tentang bahasa Arab, bahawa ungkapan-ungkapan di dalam Quran itu adalah lemah (dari sudut bahasa Arab) dan bertentangan dengan kaedah-kaedah tatabahasa Nahu dan I’rab, atau tidak bertepatan dengan Balaghah pada sesetengah ayat. Malah, kata-kata dan syair Arab lebih fasih daripada Quran, seperti kata-kata Umru al-Qays di dalam rangkap syairnya:

مِــكَــرٍّ مِــفَــرٍّ مُــقْــبِــلٍ مُــدْبِــرٍ مَــعــاً
كَــجُلْـمُوْدِ صَـخْرٍ حَطَّهُ السَّـيْلُ مِنْ عَلِ
.... الخ

Beberapa hari terdahulu, beberapa orang ansar telah datang melawatku (semoga Allah memelihara mereka) dan mereka telah menunjukkan kepadaku sebuah video seorang syeikh syiah yang bernama: Sayyid Ahmad Al-Qabanji, yang mana dia telah mencela Quran yang dinisbahkan kepada Allah. Hakikat metod celaannya adalah tidak berbeza dengan metod para Wahabi dan para marajik syiah atau yang mewakilinya di dalam saluran tv satelit, ketika mencela dakwah yang penuh barakah ini dengan penuh tipu daya dan pembohongan-pembohongan. Apa yang dinamakan sebagai bertentangan dengan kaedah-kaedah tatabahasa dan balaghah bahasa Arab seperti celaan terhadap cara bacaan Ahmad Al Hassan bagi kalimah ضيزى (Dhaiza, tidak sepertimana bacaan yang biasa “Dhiza”) dan tohmahan-tohmahan seumpamanya bagi memperdayakan orang-orang yang jahil dengannya. Lantas berkata kepada mereka bahawa Ahmad Al Hassan tidak mengetahui dan tidak fasih berbahasa Arab. Kejahilan mereka dengan kaedah-kaedah induktif bahasa Arab telah disingkapkan oleh orang-orang mukmin dan sebahagian orang mukmin ada yang memegang ijazah tertinggi di dalam bahasa Arab, serta profesor-profesor di universiti-universiti di iraq. Alhamdulillah, mereka telah menjelaskan kejahilan orang-orang ini dengan kaedah-kaedah induktif bahasa Arab dan hattakan dengan tujuh bacaan Quran yang berbeza, serta wujudnya bacaan (qiraat) Ahlulbait (as) yang telah disebutkan dalam banyak riwayat dan ianya berbeza dengan tujuh cara bacaan Quran yang masyhur.

Sekarang telah sampai giliran mereka untuk memberikan jawapan balas, kami menantikan jawapan balas para Wahabi dan para marajik (atau yang membela mereka untuk mencela dakwah kebenaran atas asas bertentangan dengan bahasa Arab) secara terperinci . Saya ulangi lagi, jawapan balas secara terperinci atas setiap celaan yang dilontarkan oleh Ahmad Al-Qabanji terhadap bahasa Arab dan kefasihan Quran. Begitu juga celaan-celaan penganut Kristian terhadap Quran bahawa ia bertentangan dengan bahasa Arab, kurang balaghahnya dan lemah ungkapan-ungkapannya. Barangkali tidak perlu diterangkan bahawa jawapan balas ini mestilah dilakukan dengan mengambil kesemua celaan ini dan menjawabnya satu-persatu. Bukannya sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah orang yang lemah akalnya, apabila mengambil ungkapan daripada Quran yang tidak ada seorang pun yang mencelanya dan berkata bahawa Quran adalah kata-kata yang paling tinggi balaghahnya dan sebagainya. Oleh itu, yang dituntut bukanlah memastikan kefasihan dan ketinggian balaghah sebahagian ungkapan Quran, kerana ini tidak pernah didahulukan atau dikemudiankan dalam menjawab keraguan-keraguan terhadap ungkapan-ungkapan lainnya. Tetapi yang dituntut adalah jawapan balas secara terperinci terhadap celaan-celaan yang dilontarkan oleh para penganut Kristian serta sayyid Ahmad al-Qabanji dan lain-lainnya. Atau dengan kata lain menyekat Quran daripada celaan dan menjawab celaan tersebut dengan jawapan ilmiah, kami menantikan jawapan mereka.

Saya memberi amaran, sekiranya mereka menjawab dengan cara yang sama sepertimana kami telah menjawab keraguan-keraguan mereka apabila mereka menimbulkan keraguan terhadap kami dan terhadap dakwah kebenaran ini, maka jelaslah bahawa merekalah sebenarnya dajjal dan menyukat dengan standard mereka di dalam agama. Mereka meragui dengan keraguan-keraguan yang mereka yakini bahawa ianya tidak mempunyai sebarang nilai dan keraguan mereka hanya disebabkan oleh satu sebab sahaja iaitu untuk memperdaya dan memperbodohkan orang ramai, tidak lebih daripada itu. Akhirnya, saya peringatkan dan ulangi sekali lagi bahawa jawapan balas mereka ini adalah wajib dan tetap ke atas mereka, kerana mereka menganggap kaedah-kaedah induktif bahasa Arab sebagai suci dan terpelihara, serta para maksumin tidak dibenarkan bersalahan dengannya, maka bagaimana pula fikiran kamu dengan Allah SWT? Justeru, jika mereka meninggalkan jawapan balas secara rasmi bermakna mereka telah mengenepikan keimanan mereka terhadap Quran dan menghukumkan bahawa ia bukanlah daripada Allah, seterusnya mengenepikan keislaman mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri.

Ini adalah video yang menjelaskan keraguan-keraguan para wahabi dan sebahagian marajik syiah, atau yang membela mereka daripada kalangan orang-orang berserban yang jahil terhadap bacaan Quran Ahmad Al Hassan di dalam saluran-saluran tv satelit dan saluran media lainnya, yang berkata-kata bahawa Ahmad Al Hassan tidak bagus bahasa Arabnya, dan jawapan balas sebahagian orang yang beriman dengan dakwah kebenaran ini ke atas mereka, serta penjelasan kejahilan mereka tentang kaedah-kaedah induktif bahasa Arab dan tujuh bacaan Quran: 
 
http://www.youtube.com/watch?v=qC9TSRFuk0Q

Ini pula adalah video Ahmad Al-Qabanji yang mencela kefasahan dan tatabahasa Arab di dalam Quran:


http://www.youtube.com/watch?v=Kk_KS1KrPWA

Ini juga adalah video lain bagi Ahmad al-Qabanji:

http://www.youtube.com/watch?v=Kk_KS1KrPWA

Terdapat terlalu banyak celaan terhadap pertentangan Quran dengan tatabahasa Arab (nahu), balaghah dan fasahah yang biasa dikemukakan. Ini adalah antara contohnya, di dalam dua ayat Quran, di satu ketika disebutkan الصابئين dan diketika lain pula disebutkan الصابئون, sedangkan kedudukan sebenar dari segi nahu (tatabahasa Arab) dan kaedah bahasa Arab adalah satu

satu:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ...البقرة:62

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالصَّابِؤُونَ وَالنَّصَارَى مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وعَمِلَ صَالِحاً فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ ...المائدة : 69

Saya tutup bicara kali ini dengan penjelasan jalan kami dalam jawapan balas kepada Ahmad al-Qabanji dan apa yang dilontarkan oleh para penganut Kristian serta selain mereka, yang meragui tentang al-Quran dan kebenarannya yang dinisbahkan kepada Allah, melalui celaan terhadapnya samada dari segi nahu, balaghah atau bersalahan dengan kaedah bahasa Arab secara umumnya, mana-mana individu mungkin boleh menjumpainya dalam kitab-kitab saya. Kami tidak beriktikad dengan kesucian bahasa dan kami berkeyakinan bahawa ianya tertakluk kepada peraturan evolusi kejadian secara umum. Kebenaran iktikad ini bertepatan dengan kesahihan penetapan teori evolusi yang telah saya jelaskan di dalam kitab “wahm al-Ilhad” (Delusion of atheism) secara terperinci dan tidak bernilainya jawapan balas orang-orang jahil yang meraguinya. Dengan ini berlakulah kesederhanaan dalam kepercayaan bahawa terdapat kaedah-kaedah yang terpelihara dan tetap bagi bahasa yang wajib diikuti. Kata-kata saya ini bukan hanya khusus untuk bahasa Arab sahaja, tetapi merangkumi mana-mana bahasa manusia dan haiwan umumnya.

Sekiranya perkara ini secara ilmiah telah menjadi tetap dan bertukar menjadi benar sekarang, maka sesungguhnya Imam Sadiq (as) telah menjelaskannya sejak lebih seribu tahun yang lalu bahawa betapa tidak bernilainya kepercayaan tentang wujudnya kaedah-kaedah yang tetap atau terpelihara untuk bahasa Arab dan bahasa-bahasa lainnya.

Telah berkata Muhammad bin Muslim: Abu Abdillah (as) telah membaca: ولقد نادانا نوحاً 
Aku berkata:” نوح” (Nuhun). Seterusnya aku berkata: “Dijadikan aku tebusanmu, sekiranya kamu melihat pada ini yang aku maksudkan adalah tatabahasa Arab.”
Lalu beliau (as) menjawab: “Hindarkan aku dari bau tengik kamu” (Mustadrak Al-Wasail, jilid 4, ms 278)

https://www.facebook.com/Ahmed.Alhasan.10313/posts/612431102137890

Monday, November 11, 2013

PETIKAN KHUTBAH MUHARAM 1432 HIJRAH: Apa Yang Telah Hussain a.s Bentangkan Di Karbala?

PETIKAN KHUTBAH MUHARAM 1432 HIJRAH.

Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as), wasi dan utusan Imam Mahdi Muhammad bin Al Hassan Al Askariy (as) kepada seluruh umat manusia.


Apakah yang telah Hussein (as) bentangkan di Karbala bagi membuktikan bahawa dirinya adalah khalifah Allah SWT di muka bumiNya. Wahai manusia, sudahkah kalian bertanya diri sendiri soalan ini sebelum kalian mengikut ulama sesat secara membuta tuli tanpa sebarang penilaian atau berfikir? Apa yang telah Hussein (as) bentangkan di Karbala? Beliau telah membentangkan wasiat Muhammad (sawas), yang disebutkan nama bapanya Ali (as), saudaranya Hassan (as), dirinya dan anak-anaknya (as). Beliau mempamerkan keilmuwannya dan pengetahuannya, serta membentangkan panji ketuanan Allah SWT yang dibawanya berseorangan dalam membangkang panji-panji ketuanan manusia, iaitu panji yang dibawa oleh barisan lawan yang menentang datuknya, ayahnya dan saudaranya (as) sebelum itu. 

Apa lagi yang telah Hussein (as) bentangkan? Beliau membentangkan visi (rukyah) keluarganya yang suci, sahabat-sahabat dan ayat-ayat (kasyaf) mereka. Beliau (as) membentangkan visi Wahab an-Nasrani yang melihat Isa (as) menggesa beliau untuk mengikuti dan membantu Hussein (as). Beliau menyampaikan wahyu kasyaf Al-Horr ar-Riyahi yang mendengar suara menjanjikan kepadanya syurga ketikamana dia berangkat Kufah. 

Wahai manusia, apakah yang telah kami bawakan kepada kalian hari ini? Adakah kami membawakan kepada kalian bidaah (doktrin yang dicipta) yang tidak dibawa oleh Anbiya, Awsiya, Muhammad Utusan Allah (sawas), Ali (as), Hassan (as), Hussein (as) atau Imam dari keturunan Al-Hussein (as)? 

Katakanlah lagi: Bukanlah aku seorang Rasul pembawa agama yang berlainan dari agama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu)... (Surah al-Ahqaf: 9) 

Atau adakah kami membawa apa yang mereka bawa? Kami telah datang kepada kalian dengan membawa keterangan-keterangan mereka, bukti-bukti yang terang benderang seperti matahari buat sesiapa jua yang mencari pengetahuan tentang kebenaran. Adakah wasiat Nabi Muhammad (sawas) yang merupakan khazanah terpelihara Muhammad dan keturunannya (as) kepada pemilik Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Qaim (Pendiri) Keluarga Muhammad (sawas) tidak mencukupi? Apakah pengetahuan atau kebijaksanaan tidak mencukupi? Apakah keseorangannya dalam menaikkan panji ketuanan Allah di kalangan penduduk bumi ini tidak mencukupi? Bukankan keseorangannya itu adalah satu tanda yang terang benderang seperti matahari daripada Allah swt? Setelah ulama-ulama sesat mengiktiraf panji ketuanan manusia dan meninggalkan panji ketuanan Allah. Tidak ada satu pun yang tinggal untuk menegakkan panji ketuanan Allah selain daripada pemilik Kebenaran. Keperibadian Ini membuang segala keraguan atau syak wasangka daripada pencari kebenaran kerana bumi ini tidak pernah kosong dari kebenaran dan kebenaran itu terletak pada ketuanan Allah. 

Adakah kami hari ini tidak membentangkan apa yang telah Hussein (as) bentangkan di Karbala daripada visi (rukyah) dan ayat-ayat (kasyaf) sebagai bukti dalam mengenalpasti pemilik Kebenaran? Apakah berulangnya visi (rukyah) beribu-ribu orang dari negara-negara yang berbeza yang menunjukkan Nabi, Awsiya, Muhammad dan keturunannya (as) yang menggesa orang ramai untuk membantu pemilik Kebenaran iaitu Al-Yamani dan Al-Qaim Ahlul Bait (as), tidak mencukupi? Apakah berulangnya visi yang dilihat oleh lelaki dan wanita yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tidak mencukupi? 

Wahai manusia, logikkah kalian menyerahkan kepimpinan ke atas kehodohan syaitan seolah-olah apabila mereka memperolok-olok dan memperkecilkan rukyah serta kasyaf, lalu memanggilnya sebagai mimpi karut? Maka kalian mengikuti mereka tanpa memberi perhatian kepada fakta bahawa kasyaf dan rukyah adalah kata-kata dan wahyu Allah SWT kepada hamba-hambaNya???

Sunday, November 10, 2013

Bicara Imam Ahmad a.s Tentang Penyerbuan Dan Penahanan Ansar Di Iran

Admin: Berikut adalah bicara facebook terkini Imam Ahmad a.s yang menyentuh tentang penahanan dan pernyerbuan ansar-ansar yg sedang bersolat Jumaat di Iran.


Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh
Saya memohon kepada Allah agar kalian berada dalam keadaan baik dan sihat sejahtera.
Salam kebaikan buat para pengunjung di halaman ini yang diberkati ini.
Salam kebaikan lagi diberkati orang-orang mukmin tersayang di semua bandar-bandar di Iran.
Salam ke atas para tahanan tersayang yang dipenjarakan kerana pemikiran dan kepercayaan mereka di semua bandar di Iran, semoga Allah membantu kalian atas penderitaan untuk bersama dengan Zat Allah. Namun, ianya adalah nikmat Allah ke atas kalian, jadi, bersyukurlah atas kurniaannNya. Dengan Izin Allah, kalian adalah umat yang dijanjikan untuk berbuah di akhir zaman. Bersabarlah, tetaplah dan tanggunglah penderitaan dan kesusahan untuk bersama Zat Allah.
Betapa mereka memenjarakan kalian setelah mendapati diri mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan kalian samada dari segi akidah atau pemikiran?! Adakah mereka mampu mendustakan janji Muhammad bin Abdullah (selawat Allah ke atasnya dan keluarganya) dan janji Allah swt?! Demi Allah, betapa jahilnya mereka, sekiranya aku adalah penyeru kebenaran pada zaman ini dan aku adalah Mahdi Pertama yang disebutkan dalam wasiat Rasulullah saaw, maka terbukti sesungguhnya mereka tidak mampu memadamkan cahaya Allah. Walau apa jua yang mereka lakukan samada memenjara atau mengazab orang-orang yang beriman dengan dakwah kebenaran. Amat malang sekali di Iran hari ini, orang-orang yang beriman dengan dakwah Mahdawiyah yang diberkati ini dipenjarakan, hanya kerana akidah dan dan pemikiran mereka sebagaimana mereka lakukan sebelum ini di Iraq.
Saya menasihati mereka agar berfikiran rasional di dalam menahan atau menyerbu orang mukmin ketika mereka mengerjakan solat Jumaat di Yazd, Tabriz, Tehran atau bandar-bandar lainnya di Iran. Usaha yang mereka curahkan tidak akan berhasil, kerana sepuluh orang dipenjarakan maka seratus orang akan beriman, seratus orang dipenjarakan maka seribu orang akan beriman. Saya berikan penyelesaian buat mereka jika mereka bijak untuk menerimanya dan menghentikan penganiayaan mereka terhadap orang-orang yang beriman. Jikalau Ahmad Al Hassan adalah batil, maka dia akan menamatkan dakwahnya tanpa mereka perlu bersusah payah. Tetapi, jika sekiranya Ahmad Al Hassan adalah benar, maka dia tidak akan menghentikan dakwahnya. Tidak kira apa yang mereka lakukan dan mereka akan mendapati dakwahnya semakin hebat dan semakin bersinar ketikamana mereka cuba memadamnya dengan mulut-mulut mereka.
يُرِيدُونَ أَن يُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
Mereka berkehendak memadamkan cahaya [agama] Allah dengan mulut [ucapan-ucapan] mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.
Salam ke atas orang-orang mukmin tercinta di Iran. Salam ke atas wanita-wanita mukmin yang suci di Iran. Berbahagialah dan tahniah buat kalian bahawa Rasulullah saaw telah menyebutkan kalian dan kelebihan kalian lebih seribu tahun dahulu. Tahniah buat kalian bahawa nama-nama kalian disebutkan oleh para Malaikat. Saya amat mengenali kalian bahawa kalian adalah bangsa yang suci dan keras seperti kerasnya batu. Saya tahu bahawa kalian adalah bukit besar yang tinggi, yang tidak tunduk kepada penindas-penindas dan kalian tidak memerlukan kata-kataku untuk mendesak atau menggalakkan kalian, kerana demi Allah, ia adalah kalimah yang disebutkan oleh wajah Allah swt. Agar saya kongsikan dengan kalian apa yang menghalangnya daripada gangguan dan bahaya. Hanya kerana kalian beriman dengan dakwah Mahdawiyah yang diberkati. Tahniah buat kalian wahai orang tersayang, kerana demi Allah, syurga dan jalan Allah dihampari dengan perkara-perkara dibenci untuk Allah mengenali siapakah yang menolongNya dan menolong rasulNya dengan perkara-perkara ghaib. Berbahagialah dan sebaik-baik tempat kembali buat kalian, walaupun jalan tersebut penuh ranjau dan dan penuh dengan perkara-perkara yang dibenci.
تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬اۚ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ
Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di [muka] bumi. Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Al Qasas: 83)
Kalian akan menang dan kerugian buat orang-orang yang memenjarakan.
Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ahmed Al Hassan

Tanah Yang Baik Menghasilkan Tumbuhan Dan Buahan Yang Baik

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh
 
Saya memohon kepada Allah agar kalian berada di dalam keadaan dan kesihatan yang baik. Salam kebaikan buat pengunjung halaman yang mulia ini.
 
Saya dapati seorang yang tidak menggunakan nama sebenarnya telah menuliskan kata-kata di halaman yang penuh barakah ini, mungkin kerana takut diaibkan atau seumpamanya. Saya sampaikan sebahagian daripada tulisannya yang sempat saya salin di sini. Saya tidak dapat mencari komen kotor selebihnya yang beliau tuliskan di sini, selepas saya menuliskan komen balas saya ini. Teryata ianya telah dipadamkan oleh salah seorang mukmin yang membersihkan halaman ini daripada komen-komen kotor. Semoga Allah mengganjarinya dengan kebaikan. Ini adalah sebahagian daripada tulisannya:
 
(Talwar Zani : Ahmed Ismail, anda duduk dan lihat kata-kata saya. Anda enggan mengeluarkan pendapat anda berkenaan Aishah. Ia adalah kali pertama saya melihat seorang Imam yang tidak mengutuk pembunuh datuknya!! Wahai keldai, wahai pemimpin, wanita ini adalah pembunuh Rasulullah. Tidakkah anda berasa malu, membiarkan Nazhim al-Uqaili berkata tentang Aisha “salam Allah Taala ke atasnya”!!! Wahai pemimpin, jika anda seorang lelaki, berlepas dirilah daripada kata-kata al-Uqaili. Cukup anda tidak mampu, kerana anda tahu bahawa orang-orang yang menjana dakwah anda adalah al-Hamaami , al-Uqaili dan Sadiq).
 
Jawapan:
 
Ia adalah perangai buruk yang diwarisi. Ia kelihatan seperti tindak balas Sadiq Shirazi ke atas kritikan ilmiah yang saya kemukakan terhadap akidah kewajipan taklid kepada selain peribadi maksum. Secara umumnya, wahai si penulis, samada kamu adalah Sadiq Shirazi sendiri, salah seorang wakilnya atau salah seorang jahil yang memperolehi kejahilan ini daripada tipu daya kalian. Sekiranya kamu seorang yang rasional, maka adalah lebih baik buat kamu merespon balas ke atas bukti ilmiah yang telah saya ajukan bagi menyangkal akidah kewajipan taklid kepada selain peribadi maksum di halaman ini. Melalui bukti-bukti ini juga, saya telah menjelaskan kejahilan, kelemahan akal budi dan ketidakfahaman Sadiq al-Shirazi. Inilah yang paling utama buat beliau dan orang yang menggalakkan mereka untuk mencerca, memaki hamun dan kata-kata kotor yang dipraktikkan sendiri olehnya, saudara-saudaranya, wakil-wakilnya dan setiap orang yang membelanya.
 
Allah Taala berfirman:
 

وَٱلۡبَلَدُ ٱلطَّيِّبُ يَخۡرُجُ نَبَاتُهُ ۥ بِإِذۡنِ رَبِّهِۦۖ وَٱلَّذِى خَبُثَ لَا يَخۡرُجُ إِلَّا نَكِدً۬اۚ ڪَذَٲلِكَ نُصَرِّفُ ٱلۡأَيَـٰتِ لِقَوۡمٍ۬ يَشۡكُرُونَ

 
“Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran [Kami] bagi orang-orang yang bersyukur.” Surah Al A’raaf: 58 .
 
Wahai pengunjung yang dikasihi di halaman yang penuh barakah ini.
 
Ambillah ia sebagai satu hikmah Ilahi, ayat al-Quran yang diberkati: Kalian mengenali mereka melalui hasil mereka. Kamu mungkin mengatakan kepada diri kamu sendiri “saya hanyalah manusia biasa yang tidak mampu membezakan”, bagaimana saya mampu mengenal Ahmad al Hassan adalah benar, serta mereka yang memusuhinya adalah batil dan imam-imam kesesatan?! Maka, al-Quran mengatakan dengan terang kepada kamu: Lihat pada buah-buahan, ia akan mengenalkan kamu jenis pokok itu. Walaupun kamu tidak mempunyai pengalaman dalam mengenal jenis-jenis pokok melalui dahan atau daunnya. Siapakah yang tidak mampu mengenal pokok epal apabila melihat buah epal tergantung di dahan-dahannya? Begitu juga halnya, kamu akan mengenal pokok yang menghasilkan buah-buahan beracun atau pahit apabila kamu melihat buahnya. “Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran [Kami] bagi orang-orang yang bersyukur.”
 
Kamu mengenal mereka melalui hasil mereka.
 
Imam yang soleh mengeluarkan ilmu yang baik lagi diberkati. Natijah beriltizam dengan ilmunya adalah lahirnya hamba-hamba soleh yang bercakap dengan penuh kebijaksanaan. Adapun Imam neraka yang syaitan gembira dengan mereka dan mereka mengikutinya, maka mereka mengeluarkan perkataan yang bodoh dan keji. Hasilnya, mereka melahirkan pengikut yang bercakap dengan bahasa syaitan iaitu cercaan, makian, kata-kata kotor yang keji, dusta dan berbuat bohong.
 
Kamu mengenal mereka melalui hasil mereka.
 
Tanah yang baik menghasilkan tumbuhan dan buahan yang baik. Tanah yang tidak baik menghasilkan buah yang buruk. Tanah itu adalah Imam yang mendidik dengan ilmu dan pemikirannya, ansar-ansarnya dan pengikut-pengikutnya. Jadi, kamu mengenali Imam petunjuk dengan pemikirannya dan hasil-hasilnya: “Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah.”
 
Kamu mampu mengenal imam kesesatan dengan pemikirannya dan hasil-hasilnya, terutama apabila terdapat sesuatu yang menunjukkan dengan jelas bahawa dia dan pemikirannya yang rosak itu adalah sebab merosakkan hasil tersebut. Setiap orang yang rasional berhak merasa takjub ketikamana terdapat orang yang sanggup mengikuti dan menerima kata-kata individu yang menyimpang, rosak akhlak, keji lidahnya, atau yang mengajak untuk menggunakan kata-kata keji seperti ini. Namun, ia adalah hikmah Allah apabila Dia berkehendak menzahirkan kebenaran secara terang, maka Dia memperlihatkan kepada kalian keburukan sebahagiannya mengatasi yang lainnya untuk terang-terangan menzahirkan keburukannya: “dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana.”
 
Bagi melengkapkan bukti terhadap mereka yang terpedaya dengan Sadiq al-Shirazi dan saudara-saudaranya, saya akan membahaskan pembuktian beliau dan saudara-saudaranya kepada kalian. Samada yang dilakukannya sendiri atau dengan menghasut orang lain supaya mencerca, memaki hamun dengan sekeji-keji lafaz, yang ditolak oleh jiwa-jiwa manusia yang bermoral.
 
Ini adalah rakaman Sadiq al-Shirazi yang mewajarkan perlakuannya sendiri atau saudara-saudaranya dan wakil-wakilnya, dengan menggunakan kata-kata keji yang tidak sesuai dan ditolak oleh semua manusia yang bermoral.
 
 
Ini pula adalah rakaman saudaranya yang bernama Mujtaba al-Shirazi, menggunakan kaedah menyeleweng ini dalam mencerca dan memaki hamun dengan menggunakan kata-kata yang membuatkan semua jiwa berasa jijik, apatah lagi orang yang berakhlak dan beragama. Musibah besar, apabila dia menisbahkan celaan ini secara bohong, palsu dan berbuat dusta kepada Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib yang suci, anak kepada yang suci, yang mana tidak pernah keluar daripada mulutnya satu perkataan pun yang menyinggung perasaan Aishah. Walaupun beliau di dalam kesakitan yang amat sangat di medan perang dan belum sempat kering darah orang yang tercinta akibat kehilangan mereka, namun beliau tidak pernah menghina Aisyah yang menjadi sebab pembunuhan beramai-ramai yang melemahkan daulah Islam.
 
Berikut adalah rakaman Mujtaba al-Shirazi yang menggunakan kaedah mencerca dan memaki hamun:
 
 
Demi Tuhan kalian, adakah orang-orang yang kalian saksikan dalam rakaman ini, iaitu Sadiq al-Shirazi dan Mujtaba al-Shirazi mewakili pemikiran agama atau akhlak?
 
Demi Tuhan kalian, adakah mereka lebih baik untuk membentangkan Islam kepada berbilion penganut Buddha, Kristian dan ateis di seluruh dunia?
 
Dalam rakaman di atas, bagi mewajarkan kaedah menyimpang Sadiq al-Shirazi dalam menggunakan kata-kata keji, cercaan dan maki hamun, yang kalian dengari dari saudaranya dalam rakaman lain. Sadiq al-Shirazi telah membuat pertuduhan terhadap Allah bahawa Dia juga mencerca, memaki hamun dan menggunakan kata-kata keji di dalam al-Quran. Pertuduhan beliau terhadap Allah swt ini adalah berdasarkan pemahaman salah yang dikemukakannya untuk perkataan “zaneem” yang terdapat di dalam al-Quran. Dengan jahilnya, beliau menganggap makna perkataan ini adalah jelas (muhkam), di mana ia bermaksud cercaan dan kata-kata keji. Beliau kemudian berpindah ke ayat yang jelas melarang daripada mencerca, sebagaimana Dia swt berfirman:
 

وَلَا تَسُبُّواْ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّواْ ٱللَّهَ عَدۡوَۢا بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ۗ كَذَٲلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمۡ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّہِم مَّرۡجِعُهُمۡ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ

 
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Al-Quran 6: 108)
 
Sadiq al -Shirazi mengatakan bahawa ayat ini adalah khusus dan ia tidak melarang secara mutlak daripada mencerca, memaki hamun dan mengeji. Beginilah rupa orang jahil ini mengaitkan ayat ini dengan fahaman yang kesamaran (mutasyabih) terhadap perkataan “zaneem”. Padahal zahir ayat ini adalah jelas melarang daripada mencerca dan menggunakan kata-kata keji. Ini bukanlah akhlak insan yang bermoral dan tidak mungkin bagi seorang manusia yang bermoral lagi adil menuduh Allah melakukan cercaan, makian dan penggunaan kata-kata keji, dijauhkan Dia swt. Dia Maha Kuat, Maha berkemampuan dan Maha menguasai, tidak memerlukan kepada cercaan dan maki hamun. Dia adalah sumber moral, nilai-nilai dan kata-kata yang baik, Dia swt berfirman:
 

ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

 
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (Al-Quran 16: 125). Ini adalah kaedah umum al-Quran, perintah Allah yang wajib difahami dalam kerangkanya.
 
Wahai orang-orang yang dikasihi dan syiah keluarga Muhammad.
 
Ambil perhatian, semoga Allah memberi taufik kepada kalian. Ini adalah ayat yang jelas (muhkam), di mana Allah memerintahkan agar berdakwah kepada pihak lawan dengan penuh hikmah dan pengajaran yang baik, bukannya dengan cercaan, maki hamun dan kata-kata keji: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”
 
Wahai pengunjung yang dikasihi dan syiah keluarga Muhammad.
 
Ambil berhatian, semoga Alah memberi taufik kepada kalian. Ayat ini adalah jelas (muhkam), di mana Allah mengarahkan secara terang dan nyata supaya tidak mencerca: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”
 
Ini adalah jelas (muhkam), wahai pengunjung yang dikasihi dan syiah keluarga Muhammad: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah”…”Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.”
 
Ini adalah jelas (muhkam) dan inilah yang diterima oleh akal yang rasional dan berperikemanusiaan. Inilah yang kita ketahui tentang ketinggian akhlak ketuhanan yang kita pelajari dari Muhammad saaw.
 
Bagi perkataan “zaneem”, ia lebih sesuai menjadi perkataan yang kesamaran (mutasyabih) maknanya. Berikut adalah makna yang diriwayatkan oleh Imam Sadiq as dan begitu jugalah yang disebutkan di dalam kitab-kitab lughah (bahasa Arab), ianya jauh daripada tafsiran salah yang disebut oleh Sadiq al-Shirazi. Di dalam kitab Ma’ani al-Akhbar, Syeikh al-Sadooq meriwayatkan: Daripada bapaku (semoga Allah merahmatinya) berkata, daripada Saad bin Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Abbas bin Ma’roof, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ibnu Maskan, daripada Muhammad bin Muslim berkata: “Saya bertanya kepada Abu Abdullah as mengenai ayat, عُتُلٍّ بعد ذلك زَنِيمٍ (yang jahat kejam, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya)” (Al-Quran 68:13). Beliau as menjawab, “Utul al ‘Azhim (yang jahat kejam) adalah kekufuran dan zaneem (yang terkenal kejahatannya) adalah orang yang mengambil ringan kekufurannya.” Ma’ani al- Akhbar oleh Syeikh al-Sadooq, halaman 149.
 
Ia disebut di dalam sesetengah kitab lughah:
 
زنم (Zanam), kata dasar untuk zaneem: sebahagian daripada telinga.
زَنِيمٍ (Zaneem) : sesuatu dengan sebahagian daripada telinganya terputus.
Mengenai firman Allah, {عُتُلٍّ بعد ذلك زَنِيمٍ} , ia berkata bahawa dia ditandakan sebagai jahat kerana memotong telinga sebagai tanda. Lisan al-Arab, jilid 12, halaman 275.
 
Wahai pengunjung yang dikasihi dan syiah keluarga Muhammad,
 
Bertakwalah kepada Allah dan jangan sesekali menerima si jahil Sadiq al -Shirazi ini. Telah terbukti kepada kalian berdasarkan dalil bahawa dia adalah jahil. kembalilah kepada yang jelas (muhkam) di dalam al-Quran yang memerintahkan larangan mencerca. Dalam memahami kesamaran (mutasyabih) satu perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Oleh itu, sebaik-baiknya merujuk ayat yang kesamaran (mutasyabih ) itu kepada yang jelas (muhkam). Dengan ini, tidak syak lagi makna sebenarnya tidak lari daripada firman Allah swt “Jangan mencerca” atau makna yang disebutkan oleh Imam Sadiq as “orang yang mengambil ringan kekufurannya”.
 
Wahai pengunjung yang dikasihi,
 
Yang kesamaran (mutasyabih) itu mesti dikembalikan kepada yang jelas (muhkam) dan mereka yang mengembalikan yang mutasyabih itu kepada yang muhkam adalah Ahlulbait as. Bukannya si jahil Sadiq al-Shirazi, yang menterbalik perkara itu untuk anda dan mengembalikan kalam al-Quran yang jelas (muhkam) kepada kefahaman yang tidak betul yang diasaskannya. Sekaligus menuduh Allah mencerca dan mengeji bagi mewajarkan dirinya sendiri, saudara-saudaranya dan penyokong-penyokongnya yang mencerca dan melafafazkan kata-kata keji yang tidak diterima oleh mana-mana insan bermoral, apatah lagi orang yang beragama.
 
Adapun, selebihnya yang dituliskan oleh Sadiq al-Shirazi, wahai pengampu, berkenaan syeikh al-Jalil al-Alim al-Fadhil Nazhim al-Uqaili (semoga Allah memeliharanya)mengucapkan kata: Aishah alaihassalam. Saya telah meneliti kata-kata tersebut dan syeikh Nazhim al-Uqaili (semoga Allah memeliharanya) ketika itu sedang bercakap di dalam debat bersama seorang syeikh salafi wahabi. Majoriti kata-kata syeikh Nazim al-Uqaili adalah berkenaan Ahlulbait as bagi membuktikan hak mereka di dalam kekhalifahan. Ketikamana beliau sedang menyebutkan nama-nama mereka (semoga Allah membalasnya dengan kebaikan), tiba-tiba disebutkan nama Aishah di pertengahan ucapannya dan secara tidak sengaja beliau telah menyebutkan alaihassalam.
 
Pendirian saya mengenai Aishah telah saya jelaskannya kepada umum di banyak tempat. Halnya adalah seperti hal setiap orang yang menentang Amirul Mukminin as dan beliau as adalah salah seorang daripada khalifah Allah di bumiNya. Sekiranya dia beriman, maka hendaklah dia melazimi ketaatan kepada Ali as sebagai ketua dan imamnya, serta menjunjung perintahnya. Beliau as adalah pemimpin bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, yang dilantik oleh Allah. Tetapi saya tidak pernah mencerca dan memaki, melainkan saya hanya menjunjung manhaj al-Quran dan manhaj bapa-bapaku para Imam yang suci, yang bertepatan dengan ayat-ayat yang dibawakan di dalam halaman yang penuh barakah ini, iaitu dakwah dengan penuh hikmah dan akhlak yang baik. Bukannya manhaj cercaan, maki hamun dan kata-kata kotor lagi keji yang diasaskan oleh Sadiq al-Shirazi, saudara-saudaranya dan penyokong-penyokongnya.
 
Bersempena dengan kata-kata kotor yang ditulis oleh orang ini di halaman yang penuh barakah ini, maka saya mengarahkan mereka untuk bertaubat dan meninggalkan akhlak buruk dan kata-kata keji ini.
 
Saya juga mengajak Sadiq al-Shirazi supaya bertaubat dan meninggalkan perbuatan memperdayakan orang ramai dengan akidah kewajipan taklid kepada selain peribadi maksum, yang tidak berupaya mengemukakan bukti bagi akidah ini. Tidak terdapat ayat al-Quran yang jelas (muhkam) pembuktiannya dan juga riwayat yang pasti (qath’i) daripada Ahlulbait as, yang jelas menyokong akidah kewajipan taklid kepada selain peribadi maksum. Para ulama aliran Usuli sendiri telah membincangkan ayat-ayat dan riwayat-riwayat ini, mereka menjelaskan bahawa ianya tidak sesuai untuk digunakan sebagai bukti. Disebabkan Itu mereka membawakan apa yang mereka namakannya sebagai dalil akal atau wajib bagi seseorang yang jahil untuk merujuk kepada orang yang berilmu. Saya telah pun menyangkal bukti ini terhadap mereka, bahawa mereka hanyalah berandaian (zhan). Sedangkan seseorang berilmu yang dimaksudkan di sini adalah seorang yang membentangkan keyakinan dan bukannya andaian.
 
Sesetengah mereka termasuk Sadiq al-Shirazi mengatakan bahawa pembuktiannya adalah berdasarkan akal, iaitu merujuk kepada orang yang memiliki pengkhususan. Saya telah menjelaskan bahawa dengan mengemukakan bukti ini, beliau telah mendedahkan kejahilannya dan jelas sekali beliau tidak tahu apa yang perkatakannya. Di satu sisi, beliau mengatakan wajib bertaklid kepada selain peribadi maksum atau ulama dan di sisi lain pula, beliau membentangkan buktinya yang lebih sesuai menunjukkan keharusan (jawaz) sahaja, bukannya wajib. Jadi, merujuk kepada orang yang memiliki pengkhususan bukanlah wajib. Saya masih menunggu jawapan balas mereka yang pasti tidak akan dibawakan, kerana mereka tahu akidah mereka telah tamat selepas saya kemukakan sangkalan-sangkalan, sehingga tiada apa lagi yang tertinggal.
 
Ahmad Al Hassan
27 september 2013