Showing posts with label ilmu Al Yamani. Show all posts
Showing posts with label ilmu Al Yamani. Show all posts

Monday, January 6, 2014

PERSOALAN TENTANG PEMILIHAN PARA NABI, RASUL DAN IMAM DI ALAM ZARR




Pertanyaan 17: Apakah alasan pemilihan para Nabi, Rasul, dan Imam AS, bukan orang selainnya, dan mengistimewakan mereka dengan kemaksuman?

Jawaban

Ketika Allah SWT menghimpunkan bani Adam di TanganNya dan berkata kepada mereka,

{…Bukankah Aku Tuhanmu?...}, [1]

mereka terbahagi, menjadi beberapa golongan mengikut jawapan mereka:

Golongan PERTAMA adalah mereka yang telah melihat cahaya ini dari sebalik hijab, lalu mereka menjawab, “Ya,” sebelum pertanyaan tadi sampai ke pendengaran mereka. Dan golongan ini terbahagi menjadi beberapa kelompok sesuai dengan bilangan hijab, yang dari sebaliknya mereka melihat cahaya.

Dan mereka adalah orang-orang yang menembusi hijab-hijab cahaya dan mencapai Sumber Kebesaran [ma’din al-‘azhamah] [2]. Amirul Mukminin AS berkata,

“Ilahi, limpahilah daku dengan kesempurnaan pengabdian kepadaMu, dan terangilah mata hati kami dengan cahaya penglihatannya kepadaMu, sehingga mata hati kami menembusi hijab-hijab cahaya, dan mencapai sumber Kebesaran [ma’din al-‘Azhamah], dan roh-roh kami melekat pada KemuliaanMu yang Suci.” [3]

Golongan KEDUA adalah mereka yang melihat cahaya ini setelah ia menembusi hijab-hijab, lalu mereka menjawab, “Ya,” setelah pertanyaan itu sampai ke pendengaran mereka. Mereka juga terbahagi menjadi beberapa kelompok mengikut kepantasan mendengar dan menjawab, dan kedua-dua ini adalah golongan yang MERDEKA.

Kemudian golongan HAMBA; mereka berkata, “Ya,” setelah mendengar ucapan “Ya” dari orang lain.

Kemudian golongan MUNAFIK; mereka berkata, “Ya,” tetapi hati mereka meragui apa yang mereka dengar. [4]

Kemudian golongan KAFIR; mereka adalah orang-orang yang tidak berkata "Ya." [5]

Para Nabi, Rasul, dan Imam AS adalah golongan pertama, dan mereka telah melihat cahaya ini dari sebalik hijab-hijab kerana mereka tidak menoleh ke kanan atau kiri, bahkan jiwa mereka melekat pada di alam paling atas [bilmala’ al-a’la], dan penglihatan mereka terbatas pada sisi limpahan Ilahi, dan mereka tidak pernah melupakan Allah SWT, dan mereka AS juga ada derajatnya. Sebahagian daripada mereka memusatkan seluruh wujud mereka untuk melihat pada sisi limpahan Ilahi, dan sebahagian mereka pula kurang daripada itu. Setiap mereka AS menerima sesuai dengan apa yang mereka berikan, dan melihat tanda-tanda dari Tuhannya sesuai dengan sebanyak mana usaha mereka memandang kepadaNya.

{Dan bukanlah untuk manusia, selain apa yang diusahakannya ۝ Dan usahanya itu akan diperlihatkan ۝ Dan kemudian dia akan mendapat balasan yang sempurna ۝ Dan kepada Tuhanmulah segala kesudahan.} [6]

Jadi, di alam tersebut, semua anak Adam mempunyai kebebasan untuk memilih, dan setiap mereka memiliki fitrah Allah yang manusia difitrahkan di atasnya.

Dan setiap orang, yang dengan kehendaknya sendiri membataskan penglihatannya pada cahaya tersebut, lalu menjadi golongan yang didekatkan [al-muqarabin], atau membataskannya pada kegelapan lalu mereka menjadi penghuni neraka. Para Nabi, Rasul, dan Imam AS adalah orang-orang yang memilih Allah SWT, dan membataskan penglihatan mereka pada cahaya tersebut, oleh itu Allah SWT memilih mereka.

Adapun mengenai KEMAKSUMAN, ada banyak derajatnya dan bukan hanya satu seperti yang dibayangkan oleh sesetengah orang, dan setiap nabi, rasul, dan Imam AS berbeza dalam derajat kemaksuman berdasarkan pilihannya [7]. Maka itu kemaksuman adalah orang yang berpegang teguh pada Allah dan menahan diri daripada apa yang dilarang oleh Allah SWT.

Dalam kitab Ma‘ani al-Akhbar, Hisham berkata,

“Aku berkata kepada Abu Abdullah AS, ‘Apa maksud kata-katamu bahawa Imam mesti maksum?’ Dia AS berkata, ‘Maksum adalah orang yang menahan diri kerana Allah dari segala yang dilarang Allah. Dia SWT berfirman, {Dan sesiapa yang berpegang teguh pada Allah, sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk ke jalan yang lurus.}’ [8].” [9]

Abu Abdullah Al-Sadiq AS berkata,

“Orang yang maksum adalah mereka yang berpegang teguh pada tali Allah; dan tali Allah adalah Quran, dan Quran menunjukkan kepada Imam, seperti firman Yang Maha Tinggi, {Sesungguhnya, Quran ini adalah petunjuk kepada jalan yang paling lurus} [10].” [11]

______________________
Notakaki:

[1] Al-Quran, Al-A’raaf 7:172.
[2] Daud Al-Raqqi meriwayatkan Abu Abdullah AS berkata, “Ketika Allah (SWT) ingin menciptakan makhluk, Dia mencipta dan menghimpunkan mereka di antara tanganNya, kemudian menyoal mereka, ‘Siapa Tuhan kalian?’ Maka yang pertama menjawab adalah Rasulullah SAAW, dan Amirul Mukminin AS, dan para Imam AS, lalu mereka berkata, ‘Engkau, Tuhan kami.’ Maka Dia SWT menjadikan mereka pembawa ilmu dan agama, kemudian Dia SWT berkata kepada para malaikat, ‘Mereka adalah pembawa agamaKu dan ilmuKu dan amanatKu dalam penciptaanKu, dan mereka adalah orang-orang yang telah diamanahkan [al-mas’ulun].’ Kemudian Dia SWT berkata kepada anak-anak Adam, ‘Akuilah Allah dalam Ketuhanan [ar-rububiyah], dan ketaatan dan kesetiaan [al-wilayah] kepada mereka.’ Lalu mereka berkata, ‘Iya, Tuhan kami, kami mengaku.’ Maka Allah SWT berkata kepada para malaikat, ‘Bersaksilah,’ lalu para malaikat berkata, ‘Kami bersaksi, agar mereka nanti tidak berkata, ‘Bahawa kami tidak mengetahui perkara ini,’ atau mereka berkata, ‘Sesungguhnya nenek moyang kami telah mensyirikkan Allah sejak dahulu dan kami ini hanyalah keturunan mereka. Lalu, apakah Engkau akan menghukum kami kerana mengikut kebatilan yang telah mereka dilakukan dahulu?’” Dia AS berkata, “Wahai Daud, para nabi telah ditentukan dalam Perjanjian [al-mitsaq].” Bihar Al-Anwar, Jilid 5 halaman 244.
[3] Petikan dari Munajat Sya'ban, lihat: Iqbal Al-‘Amal, halaman 687.
[4] Ibnu Miskan meriwayatkan bahawa dia bertanya Abu Abdullah AS tentang firman Allah, {Dan [ingatlah] ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam, dari belakang mereka, dan mereka bersaksi atas diri mereka, ‘Bukankah Aku Tuhanmu?’ Mereka berkata, ‘Ya, kami bersaksi’}. Aku bertanya, “Apakah ini secara bersemuka?” Dia AS menjawab, “Ya, ilmu telah tertanam kuat, dan mereka telah melupakan kejadian itu, tetapi mereka akan mengingatinya semula, kerana jika bukan begitu, tidak seorang pun yang tahu siapa yang menciptakannya dan memberinya rezeki. Sebahagian mereka mengaku dengan lidah di alam Al-Zarr dan tidak beriman dengan hati mereka, lalu Allah berfirman, {Mereka tidak beriman dengan apa yang telah mereka dustakan dahulu} [Al-Quran, Al-A’raaf 7:101].” Bihar Al-Anwar, Jilid 5 halaman 237.
[5] Abu Jaafar meriwayatkan bahawa bapanya menyatakan daripada datuknya AS yang berkata, “Rasulullah SAAW berkata kepada Ali AS, ‘Kamu adalah hujjah Allah sejak Dia mula menciptakan, Dia SWT menjadikan mereka bayang samar [asybahan] dan berkata, ‘Bukankah aku Tuhanmu?’; maka mereka berkata, ‘Ya’. Dia SWT berkata, ‘Muhammad Rasulallah?’; maka, mereka berkata, ‘Ya’. Dia SWT berkata, ‘Dan Ali Amirul Mukminin?’; maka semua makhluk menolak [untuk mengakuinya] kerana angkuh dan sombong untuk berjanji setia padamu, kecuali sekelompok kecil, dan mereka adalah minoriti dari yang sedikit, dan mereka adalah golongan Kanan [ashhabul yamin].’ “ Bihar Al-Anwar, Jilid 24 halaman 2.
[6] Al-Quran, An-Najm 53: 39-42.
[7] Dan dengan ini, mereka saling mengatasi, satu di atas yang lain, seperti firman Yang Maha Tinggi, ‘{Para rasul tersebut, Kami lebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain. Di antara mereka, ada yang berkata-kata dengan Allah, dan Dia mengangkat derajat sebahagian mereka. Dan Kami berikan Isa putera Mariam keterangan yang jelas dan kami perkuatkannya dengan Ruhul Qudus.} Al-Quran, Al-Baqarah 2: 253.
[8] Al-Quran, Ali Imran 3: 101.
[9] Ma‘ani Al-Akhbar oleh Syeikh Al-Saduq, halaman 132.
[10] Al-Quran, Al-Isra’ 17: 9.
[11] Ma‘ani Al-Akhbar oleh Syeikh Al-Saduq, halaman 132.

Nama Yang Diajar Kepada Adam a.s


Soalan 12: Apakah dia nama-nama yang Allah Subhanahu wa Taala ajarkan kepada Adam alaihissam?

Jawapan:

Mengajarkan Adam as akan Nama-Nama Allah, bermaksud dia (Adam as) dikenalkan dengan sesuatu daripada hakikat Nama-Nama Allah itu, yang mana para Malaikat tidak mampu mengenalnya dan dia dikenalkan juga dengan hakikat Nama-Nama Allah pada makhluk. Oleh itu, Muhammad dan Keluarga Muhammad alaihimusslam, para anbiya' dan para rasul alaihimusslam adalah Nama-Nama Allah pada makhluk, atau tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah Subhanahu wa Taala (1).

Sebagaimana seluruh kewujudan atau makhluk itu adalah tajalli dan penzahiran kepada Nama-Nama Allah, hattakan hamparan permaidani yang kita duduk di atasnya (2). Fitrah Adam atau manusia secara umumnya menjadikan dia layak untuk mengenal Nama-Nama Allah pada kedudukan yang lebih tinggi, lebih banyak dan tersangat jauh berbanding kedudukan para Malaikat. Ini adalah kelebihan Adam as ke atas para Malikat, bahkan buat setiap insan jua yang berjalan kepada Allah dan sampai kepada makrifat Nama-Nama Allah Subhanahu wa Taala.

Ketundukan Malaikat dan kepatuhan mereka kepada Adam, serta menganggapnya sebagai kiblat yang memungkinkan mereka mengetahui Nama-Nama Allah secara pasti adalah disebabkan kelebihan-kelebihan (fitrah) Adam yang tidak berubah, melainkan jika insan itu sendiri menanggalkannya (fitrah itu).

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar-Rum: 30)

Kitab al-Mutasyabihat oleh Imam Ahmad Al Hassan, jilid 1, halaman 33-34.

____________________________________________
(1) Daripada Abu Abdillah alaihissalam dalam menafsirkan firman Allah Azza wa Jalla: "Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu" (Al-A'raaf:180), Imam as berkata: "Demi Allah, kamilah asmaul husna yang Allah tidak menerima amalan seseorang hamba melainkan dengan mengenali kami). Al Kafi: jilid 1, ms 143.

(2) Mengisyaratkan kepada hadis Imam Sadiq alaihissalam yang mengatakan di dalamnya: (....bumi, bukit-bukau, lorong-lorong di celah bukit dan lembah-lembah, kemudian beliau memandang kepada hamparan di bawahnya, lantas berkata: hamparan ini adalah apa yang diajarkannya) Bihar Al AnwarL jilid 11, ms 146.

PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT ALLAH DAN HAKIKAT MAKRIFAT MENURUT IMAM AHMAD AL HASSAN a.s


PEMBAHAGIAN SIFAT-SIFAT ALLAH DAN HAKIKAT MAKRIFAT MENURUT IMAM AHMAD AL HASSAN a.s

Terlihat apabila kita meneliti kitab-kitab akidah di sisi umat Islam bahawa mereka membahagikan sifat-sifat Allah dengan bermacam-macam pembahagian, antaranya sifat-sifat Zat, sifat-sifat Perbuatan Allah dan sebagainya.

Pada satu hari, saya bertanyakan tajuk ini kepada beliau (Imam Ahmad Al Hassan as), lantas beliau alaihissalam menjawab:

Umumnya, pembahagian itu bersandarkan pandangan dan kefahaman orang yang membangunkan pembahagian itu. Hattakan, jika pembahagian itu adalah benar, tidak bermakna ianya memberi faedah kepadanya. Kadang-kadang pembahagian ini barangkali lebih hampir kepada sia-sia.

Sebagaimana terdapat perkara-perkara yang ditolak di dalam kitab-kitab mereka, namun kamu sedia maklum bahawa aku tidak suka mengemukakan nama-nama mereka melainkan terpaksa.

Sebagai contoh: permasalahan sifat-sifat salbiyyah yang bermakna menafikan kekurangan daripada pihakNya. Tiada keraguan dalam hal ini dan ianya diriwayatkan sepertimana di dalam doa Jausyan al-Kabir dan di dalam al-Quran. Sifat-sifat kamaliyyah yang bemakna menyifatkanNya dengan kesempurnaan mutlak, juga tidak ada keraguan dalam hal ini dan ianya disebutkan di dalam al-Quran serta doa-doa. Sekiranya kamu membaca kitab Tauhid, kamu akan dapati satu tajuk yang menjelaskan perkara ini dan di manakah letaknya tauhid itu. Tajuk tersebut menyangkal sepenuhnya akidah mereka yang merujuk sifat-sifat salbiyyah dengan sifat-sifat kamaliyyah, sebagai contoh kamu akan dapati: Tauhid itu adalah pada mensucikan (tasbih), dan kamu akan dapati juga: penjelasan bagaimana makrifat kita tentang sifat-sifatNya, sesungguhnya adalah makrifat ketidakmampuan kita daripada mengenal sifat-sifatNya dan matlamat yang mungkin kita mengetahuinya adalah sifat-sifat RasulNya yang pertama (yakni Muhammad sawas) dan rasul-rasul selepas daripadanya.

Perkara ini diterangkan di dalam kitab Tauhid, ia sepenuhnya menyangkal akidah mereka tentang sifat-sifat (Allah).

Tambahan lagi nama (Allah) itu sendiri adalah sifat. Sesungguhnya Allah itu adalah Kesempurnaan Mutlak yang makhluk bertuhankan kepadaNya dan Dia (Hakikat dan Al Kunh) tajalli serta zahir denganNya (yakni Allah) kepada makhluk, kerana keperluan dan kefakiran mereka.

Seterusnya, adakah kamu menyifatkan Dia wujud dan Maha Berkeupayaan apabila tidak wujud yang diupayai? Pada asasnya, adakah terdapat tempat untuk sifat? Tempat sifat tidak wujud apabila tidak wujud yang diupayai, adakah kamu faham maksudku?

Baiklah, mereka sebenarnya mengatakan perkara ini atau paling tidak sebahagian mereka mengatakan sebegini. Sekarang, adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Ilah apabila tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah? Adakah disifatkan Dia wujud bahawa Dia adalah Rabb apabila tidak wujud marbub (yang dijaga atau dipelihara)?

Sekarang, Dia Subhanahu wa Taala bertajalli dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) supaya yang mengambilNya sebagai Ilah bertuhankan kepadaNya, jika tidak wujud yang mengambilNya sebagai Ilah, nescaya Dia tidak zahir dengan (Ketuhanan) buat mereka. Uluhiyyah bersangkutan dengan Ma'luh (yang mengambilNya sebagai Ilah) dan Rububiyyah bersangkutan dengan marbub (yang dijaga atau dipelihara). Semoga ianya menjadi jelas buat kamu.

Perhatikan bahawa setiap yang wujud mengandaikan kesempurnaan adalah berdasarkan apa yang diketahuinya. Semut jernih mengandaikan bahawa Allah memiliki dua sesungut kerana itulah matlamat kesempurnaan di sisinya. Manusia pula mengandaikan bahawa matlamat kesempurnaan adalah keupayaan yang sempurna, pengetahuan yang sempurna dan berbagai lagi. Disebabkan dia hanya memiliki sebahagian keupayaan dan sebahagian pengetahuan, oleh itu, dia mengandaikan "Maha Mengetahui" dan "Maha Berkeupayaan" yang digambarkannya itulah matlamat yang mungkin disifatkannya dengan Allah!

Manusia dituntut untuk bergerak ke arah makrifat bagi mengetahui bahawa dia tidak mampu mencapai makrifat. Bahawa Kesempurnaan (Allah) yang dihadapkan kepadanya oleh Maha Suci Dia (HUWA), sesungguhnya yang dikehendaki oleh Maha Suci Dia adalah untuk menyampaikan manusia kepada hakikat ini, yang mana ia adalah makrifat sebenar. Sesungguhnya Maha Suci Dia menghadap kepada kita dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) untuk menyampaikan kepada kita, hakikat bahawa kita tidak mampu mencapai makrifat. Seterusnya, kita mengetahui hakikat yang menjadikan kita, dan kita mengetahuiNya apabila kita mengetahui sepenuhnya ketidakmampuan kita dalam mencapai makrifatNya. Makrifat ketidakmampuan kita itulah hakikat makrifat iaitu "Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya".

Umumnya, hakikat-hakikat ini tidak diketahui dengan kata-kata, tetapi ketikamana seseorang insan itu berada di dalamnya.

Imam Ahmad Al Hassan as, kitab Ma'al Abdus Soleh, jilid 2, halaman 16.

Monday, November 11, 2013

Tafsir Petikan Doa Arafah Oleh Imam Hussain

APAKAH MAKNA KATA-KATA IMAM HUSSEIN (AS) DI DALAM DOA ARAFAH: TUHANKU KELUARKANLAH AKU DARIPADA KEHINAAN DIRIKU DAN SUCIKANLAH AKU DARIPADA PERASAAN SYAK DAN KESYIRIKANKU?

Jawapan:

Syirik itu berbagai jenis, antaranya:

1. Syirik Zahir (yang nyata): ia terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya: Syirik yang terang-terangan di dalam akidah seperti menyembah patung dan berhala, serta menyembah ulama sesat yang tidak beramal (dengan ilmunya), mereka adalah berhala-berhala yang mempunyai lidah. Sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran yang mulia (1), daripada Rasulullah (sawas) dan daripada para Aimmah (ahms) yang mencela orang-orang Yahudi, yang mentaati ulama mereka dalam memaksiati Allah, lantas menyembah mereka dengan perbuatan tersebut (2).

2. Syirik Khafi (tersembunyi): antaranya adalah riya’ dengan segala jenisnya. Ia bukan tawajjuh kepada makhluk semata-mata di dalam menunaikan hajat-hajat mereka, tanpa tawajjuh kepada Allah SWT sebagai Maha Menunaikan hajat (yang memberi kepada orang yang meminta kepadaNya dan juga orang yang tidak meminta kepadaNya sebagai belas kasihan dan rahmat daripadaNya). Tawajjuh kepada makhluk tanpa Allah SWT ini adalah KUFUR kepada Allah. Malangnya inilah situasi yang berleluasa di kalangan umat manusia hari ini. Ia adalah tawajjuh kepada manusia beserta dengan tawajjuh kepada Allah dalam menunaikan hajat-hajat, inilah SYIRIK yang tersembunyi. Firman Allah Taala:

Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga dengan yang lain. (Yusuf: 106)

Hakikatnya, setiap hamba itu hendaklah bertawajjuh kepada Allah SWT dalam segenap hajatnya dan menganggap hamba-hamba yang menunaikan hajat itu semata-mata wasilah (jalan) serta alat di tangan Allah, yang menggerakkannya sebagaimana yang dikehendakiNya dan kemana jua yang dikehendakiNya untuk menunaikan hajatnya itu. Oleh itu, tawajjuh kepada Allah tidak memudharatkannya untuk bergaul dengan makhluk.

3. Syirik Nafsi (diri): Ia adalah jenis syirik yang paling tersembunyi iaitu keakuan (ana) yang manusia tidak dapat lari daripadanya. Ia adalah kegelapan dan ketiadaan yang tiada cacat celanya (sempurna), di mana tanpanya yang wujud hanyalah Allah SWT. Oleh itu, setiap hamba Allah adalah mempersekutukan Allah berdasarkan makna ini. Imam Hussein (as) memaksudkan syirik daripada makna ini dan perasaan syak yang mengiringinya. Imam Hussein (as) menuntut pembukaan yang nyata (fathul Mubin) dan penghapusan ketiadaan dan kegelapan yang tiada cacat celanya daripada lembaran kewujudannya, di mana tanpanya yang wujud hanyalah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Pemaksa SWT.

Seterusnya, Imam Hussein (as) seolah-olah berkata: (Tuhanku, tiada seorang pun yang layak wujud melainkan Engkau. Kewujudanku adalah satu dosa besar yang tiada jalan untuk mengampunkannya melainkan kebinasaanku (fana’) dan kekekalan (baqa’) Engkau yang Maha Suci).

Inilah syak dan syirik dengan paksaan dan bukannya dengan perbuatan, atau dengan kata lainnya wujud dengan asal-usulnya dan bukannya wujud dengan perbuatan. Bermaksud wujud perbuatan menerima, tetapi ianya tidak terlaksana secara perbuatan atau tidak wujud secara luaran. Terdapat titik hitam di dalam fitrah kemanusiaan itu sendiri, yang mana ia adalah ketiadaan dan kegelapan yang tiada cacat celanya. Titik hitam ini adalah tempat letaknya hidung syaitan, yang ditiupkan perasaan was-was menerusinya kepada anak keturunan Adam (3).

Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as)
Kitab al-Mutasyabihat, jilid satu, ms 20-21, soalan 27.

____________________________________________
Nota kaki:

(1) Firman Allah Taala: (Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah…) At-Tawbah: 31.

(2) Daripada Abu Bashir, daripada Abi Abdillah (as), dia berkata: aku bertanya kepadanya: “Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah”? Lalu Imam menjawab: “Demi Allah, mereka tidak mengajak manusia untuk menyembah diri mereka, tetapi menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal buat mereka, lantas (manusia) menyembah mereka secara tidak mereka sedari.” Al Kafi, jilid 1, ms 70, hadis 1 dan begitu juga hadis 3.

(3) Telah bersabda Nabi (sawas): Sesungguhnya syaitan itu melekap di hati anak keturunan Adam, ia memiliki hidung seperti hidung anjing. Ia tertutup apabila seseorang hamba itu mengingati Allah Azza wa Jalla. Buhar al-Anwar, jilid 76, ms 49

Adakah Hussain a.s Mengetahui Anaknya Akan Dibunuh?

KENAPA HUSSEIN (AS) MEMBAWA KELUAR ANAKNYA ABDULLAH YANG MASIH MENYUSU (AS) UNTUK MEMINTA AIR KEPADA TENTERA YAZID (SEMOGA ALLAH MELAKNATNYA)? ADAKAH BELIAU (AS) MENGETAHUI BAHAWA MEREKA AKAN MEMBUNUHNYA?

Jawapan: 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allah telah berselawat ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Aimmah dan para Mahdiyyin.

Imam Hussein (as) membawa keluar anaknya yang masih menyusu untuk meminta air buat anaknya dan beliau mengetahui bahawa anaknya akan dibunuh. Ketahuilah bahawa bagi kebatilan itu penjelajahan (jaulah)dan bagi kebenaran itu daulah (1), tentera-tentera syaitan (semoga Allah melaknatnya) perlu menyelam ke jurang paling dalam yang penuh kegelapan agar penjelahan itu menjadi sempurna. Mereka perlu mengosongkan bekas (hati) mereka dan mengharungi peperangan melawan tentera Allah. 

Ketahuilah bahawa musibah yang menimpa Hussein (as) telah terlalu banyak mengurangkan kezaliman penindas-penindas, yang tidak mampu kamu menanggungnya untuk mencapai keredhaan Allah SWT dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya. 

Imam Hussein (as) telah menebus darah-darah kamu dengan darahnya yang mulia lagi suci. Menebus wanita-wanita serta kemuliaan kamu dengan sebaik-baik wanita seluruh alam daripada awal hingga akhir selepas ibunya Fatimah (as), iaitu Zainab (as). Menebus anak-anak kamu dengan anaknya yang masih menyusu.

Imam Mahdi (as) dan saya seorang hamba yang fakir lagi miskin, Allah telah menciptakan leher kami lebih dibebani dengan kelebihan Hussein (as). Agama Hussein (as) telah membebani belakangku dan tiada kemampuanku untuk menyempurnakannya melainkan Allah menyempurnakannya buatku. 

Ketahuilah bahawa ketika Imam Mahdi (as) berkata buat Hussein (as): (Aku akan menangisi kamu dengan air mata darah sebgai tukar ganti)(2). Beliau (as) mengatakannya berdasarkan hakikat dan bukan untuk melebih-lebih. Ini kerana Hussein (as) telah menebus urusan Imam Mahdi (as) dengan darahnya yang mulia dan dirinya yang suci, lalu menjadikan dirinya sebagai penebus urusan Imam Mahdi (as). Dia adalah sembelihan Allah atau dengan kata lain sepertimana ketika kamu membina sebuah rumah, maka kamu menebus seekor biri-biri buatnya. Begitulah ketikamana Allah SWT membina arasyNya, langit-langitNya dan bumiNya, maka Dia menjadikan Hussein (as) sebagai tebusan. 

Urusan Imam Mahdi (as) adalah urusan Allah dan penutup peringatan Ilahi. Ia adalah urusan arasy Allah SWT, kerajaanNya dan pemerintahanNya di muka bumiNya. Allah Taala berfirman: (Dan Kami tebus anaknya itu dengan sembelihan yang agung), iaitu Hussein (as) dan yang ditebus adalah Imam Mahdi (as). Kesejahteraanlah ke atas sembelihan yang sejahtera, kebenaran serta keadilan.

Ketahuilah bahawa Ali Akbar (as) adalah sembelihan Islam sebagaimana Hussein (as) adalah sembelihan Allah. Segala pujian semata-mata buat Allah. 

Ahmad Al Hassan.
Kitab al-Mutasyabihat, jilid 4, ms 17, soalan 122.

_________________________________________
Notakaki:

(1) Bihar al-Anwar, jilid 45, ms 4.
(2) Miyal al-Makarim: jilid 1, ms 153. Al-Mazar lil Masyhadani: ms 501, min kalam lil Imam al-Mahdi alaihis salam.
(3) Al-Safaat: 107

Sunday, November 10, 2013

Adakah Iblis Dari Kalangan Jin Atau Malaikat

Petikan dari Kitab Al Mutasyabihat karangan Imam Ahmad a.s
Iblis (laknat Allah ke atasnya) adalah dari kalangan jin(1), namun hasil dari ibadahnya, darjat beliau ditinggikan sehingga beliau menjadi sebahagian dari malaikat, sebagaimana Jin akan ditinggikan darjatnya hasil dari ibadah dan ketaatan kepada Allah sehingga mereka menjadi malaikat.
Namun kemudiannya, Iblis (laknat Allah ke atasnya) mengingkari perintah Allah, kerana sifat “ana”, maka beliau dihumbankan ke dasar neraka. Inilah sebabnya Quran kadangkala menyebut Iblis sebagai malaikan(2) dan kemudian menyebutkan dia sebagai Jin di tempat lain(3). Dan Amirul Mukminin a.s di dalam khutbah Al Qasia menyebut Iblis sebagai malaikat(4).
Oleh itu, keduanya adalah benar di peringkat perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dari segi di tahap mana telah dicapai Iblis dan dari segi asal usul Iblis (laknat Allah ke atasnya)


1. Jamil bin Al Darraj meriwayatkan beliau bertanya kepada Abu Abdullah a.s: “Adakah Iblis adalah dari kalangan malaikat? Adakah sampai kepadanya apa-apa berita dari urusan langit?” Jadi beliau a.s menjawab: “Iblis bukan dari kalangan malaikat, dan tiada apa-apa urusan langit yang sampai kepada beliau. Beliau bersama Jin dan juga malaikat. Dan malaikat akan melihat beliau seolah-olah  beliau adalah dari kalangan mereka, namun Allah tahu beliau bukan dari kalangan mereka. Jadi apabila Allah memerintahkan beliau bersujud, maka beliau melakukan apa yang telah beliau lakukan. Bihar Al-Anwar Vol. 11 hal 119.
2. Allah swt berfirman, {Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.}.  Quran 2:34.
3. Allah swt berfirman, {lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya}.  Quran 18:50.


4. Imam Ali a.s bersabda: “Ambillah pengajaran dari apa yang Allah telah lakukan pada Iblis. Dia telah menolak usaha keras beliau dalam beramal, dan Iblis telah menyembah Allah selama eman ribu tahun, dan tidak diketahui samada tahun itu adalah tahun dunia atau akhirat. Jadi siapa lagi selepas Iblis boleh dianggap sebagai Muslim apabila melakukan keengkaran seperti beliau? Tidak, sesungguhnya Allah swt tidak akan mengizinkan seorang manusia memasuki syurga dengan melakukan dosa yang menyebabkan malaikat ditendang keluar.”Nahjul Balaga, Khutbah 191, dikenali sebagai khutbah Al Qasia

Apa Itu Holy Spirit/ Roh al Qudus?

Apabila seorang hamba mengabdikan diri dengan niat untuk Allah,Yang Maha Agung, Maha Kuasa, dan ingin menghadap Allah, Allah akan mencintainya dan Allah akan menugaskan untuknya seorang malaikat yang mendorongnya kepada semua kebaikan dan mengeluarkannya dari semua kejahatan, dan memimpinnya menuju Akhlak Mulia, dan Ruhul Qudus akan menjadi perantara untuk menurunkan ilmu kepada manusia tersebut yang mana ia [RuhulQudus] telah diamanahkan.

Dan Ruhul Qudus itu ada banyak dan bukan [hanya] satu.

Dan yang ada dengan Isa (as) dan dengan para Nabi tidak sama dengan yang ada bersamaMuhammad (saaw), dan Ali (as), dan Fatimah (as), dan para Imam (as), dan [Ruhul Qudus] iniadalah Ruhul Qudus Teragung; yang tidak diturunkan kepada siapa pun kecuali Muhammad (saaw), dan setelah kewafatannya ia diserahkan kepada Ali (as), dan kemudian kepada para Imam (as), dan kemudian setelah mereka kepada dua belas Mahdi.

[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: “Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Rahmat, Maha Tinggi: {Dan Kami telah mewahyukanmu Roh dengan perintahKami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} {Quran Suci, Surah Al-Syura 42:52} Maka beliau (saaw) berkata, “Ini adalah ciptaan dari penciptaan Allah Yang Maha Suci dan Maha Agung, yang lebih besar daripada Jibrail dan Mikail (as), ia bersama Nabi Allah (saaw), yangmemberitahu dan menegakkannya, dan ia bersama para Imam setelahnya.’ ”

[Diriwayatkan] dari Abu Bashir yang berkata: “Aku bertanya Abu Abdullah (as) mengenai perkataan Allah, Maha Pemberi Rahmat, Maha Tinggi: {Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, “Roh itu adalah urusan Tuhanku.”} {Quran Suci, Surah Al-Isra’ 17:85}. Maka beliau (saaw) berkata, “Ini adalah ciptaan yang lebih besar dari Jibrail dan Mikail (as), ia bersama Nabi Allah (saaw), memberitahunya perkhabaran dan ia bersama para Imam dan ia dari Kerajaan Langit’ (al-Malakut) ” Al-Kafi: Jilid 1, halaman 273.

[Diriwayatkan] dari Abu Hamzah yang berkata: “Aku bertanya Abu Abdullah (as) tentang ilmu, adakah ia merupakan ilmu yang dipelajari oleh seorang ahli ilmu dari mulut manusia, atau adakah ia di dalam Kitab yang bersamamu, kamu membacanya dan kemudian mempelajari darinya? Dia (as) berkata, ‘Perkara ini adalah lebih besar dari itu, dan amat penting, tidakkah kamu mendengar Allah, Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, berfirman, {Dan Kami telah mewahyukanmu Roh dengan perintah Kami, kamu tidak mengetahui apakah Kitab itu, dan apakah Iman itu} {Qur’an Suci, Surah Al-Syura 42:52}’ Kemudian beliau (as) berkata, ‘Apa yang teman-temanmu katakan tentang ayat ini, adakah mereka setuju bahawa beliau berada dalam keadaan tidak mengetahui apakah Kitab dan Iman itu?” Lalu aku berkata, “Aku tidak tahu, semoga aku menjadi tebusanmu, apa yang mereka katakan.” Maka dia (as) berkata kepadaku, ‘Memang, beliau dalam keadaan tidak tahu apakah kitab dan iman itu sehinggalah Allah Yang Maha Kuasa, mengutuskan Roh yang Dia nyatakan di dalam Kitab itu, maka ketika Allah mewahyukannya kepadanya, beliau mengetahuinya dengan ilmu dan kefahaman, dan itu adalah Roh yang Allah, Yang Maha Kuasa, berikan kepada siapa yang Dia kehendaki, maka apabila Dia memberikannya kepada seorang hamba, Dia telah mengajarnya kefahaman’ “Al-Kafi: Jilid 1, halaman 274.

Jadi Rasulullah Muhammad (saaw) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (al-‘alam al-jasmani) ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan tubuh fizik ini, tetapi apabila beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung, Maha Mulia, dengan pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya, Allah, Yang Maha Agung, Maha Kuasa, mencintainya dan menugaskan untuknya Ruhul Qudus Teragung, dan beliau merupakan pemenang dalam perlumbaan di dunia ini sepertimana beliau juga adalah pemenang perlumbaan ini dalam ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr).

Dan Ruhul Qudus Teragung ini dahulu ada bersama Rasulullah (saaw), maka apabila pembukaan [hijab] berlaku untuknya, Ruhul Qudus Teragung ini berpindah dari Rasul kepada Amirul Mukminin (as), kerana Rasulullah (saaw) sudah sempurna dalam pelunasan (al-tasdiq) yang muncul melalui pembukaan (al-fath) tadi [lebih] daripada pelunasan melalui Ruhul Qudus Teragung.

Dan begitu juga Imam Al-Mahdi (as) sudah sempurna pelunasan daripada Ruhul Qudus Teragung pada masa kezuhuran, kerana pembukaan [dari hijab] terjadi untuknya pada masa keghaiban kecil, maka Ruhul Qudus Teragung ini berpindah kepada Mahdi pertama. Jadi sepertimana “diri kami dan diri kamu” dihubungkan pada Nabi Allah (saaw) dan Ali (as), begitu juga ia dihubungkan di sini pada Imam Al-Mahdi (as), dan Mahdi pertama (as), dari aspek jubah yang dipakai oleh Rasulullah saaw dan Amirul Mukminin, dan itu adalah: Ruhul Qudus Teragung.

Jika tidak, mereka tidak sama kecuali dari aspek ini, kerana Rasulullah (saaw) lebih utama dari Ali (as), dan begitu juga Imam Al-Mahdi (as) adalah lebih utama daripada Mahdi pertama, dan kesetaraan [antara mereka] dalam aspek ini adalah aspek pakaian, dan itu adalah Ruhul Qudus Teragung, yang dipakai oleh Mahdi pertama, kerana sesungguhnya dia memerlukan pelunasan dan pembukaan belum terjadi untuknya.

Manakala, pembukaan telah terjadi pada Imam Al-Mahdi (as), maka pelunasannya adalah dari pembukaan tersebut, kerana ada ketikanya di mana tidak ada apa pun yang tersisa kecuali Allah, Yang Satu, Maha Penakluk. Adapun bagi Mahdi pertama pembukaan belum terjadi padanya, maka oleh sebab itu dia diperkasa oleh Roh Qudus Teragung ini, dan kita harus berdoa untuknya [dengan mengatakan]: “bahawa dia menyembah-Mu dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu” bererti, bahawa dia bahkan tidak melihat “aku” yang ada antara belahan tubuhnya, sehingga dia tidak dapat melihat atau mengenali selain Allah, kerana menyembah adalah mengenali.

Menyembah-Mu bererti Mengenali-Mu, dan tidak menyekutukan-Mu dengan sesuatu [bererti] tidak mengenali selain Engkau, bahkan [tidak] dirinya sendiri, bererti Pembukaan yang Jelas (al-fathul mubin) terjadi padanya.

Begitu juga para sahabat al-Qa’im, selain Mahdi pertama, diperkasa oleh ruhul qudus, akan tetapi ruhul qudus ini, bukan Roh Qudus Teragung, dan masing-masing sesuai dengan [tahap mereka].Atas alasan tersebut mereka dijadikan maksum: “Perjanjian-mu di telapak tangan-mu.” [1], “Allahmeletakkan tangan-Nya di kepala para penyembah, maka fikiran mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan disempurnakan oleh-Nya…” [2]

____________________
[1] Dari Dala’il Al-Imamah oleh Al-Tabari (Al-Syi’i) halaman 467, dan Al-Ghaibah oleh Al-Nu’mani halaman 319. [Diriwayatkan] dari Al-Baqir (as) yang berkata: “Ketika al-Qa’im bangkit dia akan mengirimkan ke jajahan-jajahan di Bumi, di setiap jajahan [dia akan mengirimkan] seorang lelaki [yang mana Imam akan berkata], ‘Perjanjianmu di telapak tanganmu, maka jika ada sesuatu yang kamu tidak faham muncul atau kamu tidak tahu pengadilan di dalamnya, maka lihatlah di telapak tanganmu dan laksanakan dengan apa yang di dalamnya.’ ”

[2] [Diriwayatkan] dari Abu Ja’afar (as) yang berkata: “Ketika al-Qa’im kami bangkit Allah meletakkan tangan-Nya di atas kepala para penyembah, maka fikiran mereka akan dikumpulkan bersamanya dan impian mereka akan disempurnakan olehnya.” Al-Kafi: Jilid 1, halaman 25.


Berdasarkan karya-karya saudara saudari yang diberkati di Al-Mahdyoon:
Diterjemahkan dari rencana What is Holy Spirit/Ma Huwa Ruhul Qudus

Kenyataan Imam Ahmad a.s Tentang Kedudukan Kuburan Fatimah s.a.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang mengerakkan bahtera, Yang menundukkan angin, Yang membelah waktu subuh, Yang mengatur agama, Tuhan sekalian alam. Segala puji bagi Allah, yang ketakutan kepadanya menggemuruhkan langit dan penghuninya, yang menggegarkan bumi dan memakmurkannya, yang menggelombangkan ombak lautan dan segala yang berenang di dalamnya.
Ya Allah, sejahterakanlah Muhammad dan keluarga Muhammad, bahtera yang bergerak mengharungi lautan dalam, keselamatanlah buat mereka yang menaikinya dan tenggelamlah buat mereka yang meninggalkannya, mendahului mereka adalah orang yang keluar dari agama dan terkemudian daripada mereka adalah orang yang binasa, dan melazimi mereka adalah pengikut.

Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. (Surah An Noor: 1)
Saya telah meminta kepada mereka yang memimpin kelompok Syiah untuk tampil ke hadapan agar meminta mukjizat berdasarkan lafaz yang saya nyatakan di dalam suratkhabar yang dikeluarkan oleh ansar Imam Mahdi a.s. Namun tiada seorang pun dari kalangan meminta yang tampil meminta sesuatu (mukjizat), disebabkan ini bapa saya Imam Mahdi Muhammad bin Al Hasan al-Askari a.s telah mengarahkan saya untuk menjelaskan sesuatu daripadanya tentang kedudukanku, iaitu sesungguhnya saya adalah wasinya dan yang pertama memerintah dari kalangan anak keturunannya, dan saya adalah taman daripada taman-taman syurgawi yang dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w.a.s.
Mukjizat pertama yang dizahirkan kepada umat Islam dan semua manusia adalah bahawasanya saya mengetahui kedudukan makam Fatimah a.s, darah daging Muhammad s.a.w.a.s. Umat Islam keseluruhannya sebulat suara mengatakan bahawa makam Fatimah a.s hilang dan tiada siapa tahu kedudukan makamnya melainkan Imam Mahdi a.s. Beliau memberitahu saya bahawa kedudukan makam Fatimah ibu saya Fatimah a.s adalah bersebelahan makam Imam Hassan a.s dan berada disampingnya, seolah-olah Imam Hassan Mujtaba a.s dikebumikan di pangkuan Fatimah a.s. Saya bersedia untuk bersumpah atas apa yang saya katakan demi Allah, Rasul-Nya Muhammad s.a.w.a.s dan Ali a.s yang telah mengebumikan Fatimah a.s adalah sebagai saksi. Segala pujian semata-mata bagi Allah…

Setiap orang yang mendakwa berhubung dengan Imam Mahdi a.s dalam perkara besar atau kecil tanpa merujuk kepada saya adalah pendusta besar ke atas Allah dan Rasul-Nya. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah swt. Segala pujian semata-mata bagi Allah…
Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja. (Demikianlah) peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu. (Surah Al Isra 76-77)
Nota: – kepada setiap orang Islam yang membaca warkah ini, hendaklah membuat dua belas salinan dan mengedarkannya. Buat yang berkebolehan menterjemahkannya, hendaklah menterjemahkannya ke dalam bahasa yang mampu diterjemahkannya.

Tinggalan Keluarga Muhammad a.s, tonggak kukuh Ahmad Al Hassan,wasi dan utusan Imam Mahdi a.s kepada seluruh umat manusia.Dibantu oleh Jibrail, diluruskan oleh Mikail dan dimenangkan oleh Israfil.Satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain.
Ahmad al Hassan
Syawal 1424 Hijri

Doa Untuk Kelegaan Dari Ujian




Ya Allah, Kau adalah yang maha tinggi kedudukannya, agung kekuasaannya, perkasa kemampuannya, berdikari dari ciptaannya, besar kebanggaannya, berkuasa atas apa yang dimahukannya, dekat rahmatnya, benar janjinya, banyak rahmatnya, bersimpati ke atas kesusahan (makhluqnya), dekat kepada doa, menyeluruh terhadap apa yang Kau ciptakan, penerima taubat kepada sesiapa yang bertaubat kepada Mu, berkuasa melakukan apa yang Kau mahukan, mengambil apa yang inginkan, menghargai apabila disyukuri, mengingati apabila diingati, aku berdoa kepada Mu kerana aku memerlukan Mu, aku mahukan Mu kerana aku menginginkan Mu, aku berharap kepada Mu kerana ketakutan Ku, aku menangis di hadapan Mu kerana tekanan ku, aku mencari bantuan Mu kerana kelemahan ku dan aku bergantung kepada Mu kerana Kau mencukupkan ku. Tentukanlah kebenaran antara kami dan kaum kami, kerana mereka telah menipu kami, membohongi kami, menggagalkan kami, mengkhianati kami dan membunuh kami. Kami adalah keturunan Nabi Mu,  dan anak-anak kekasih Mu, Muhammad bin Abdullah, yang telah Kau pilih untuk risalah dan Kau amanahkan untuk wahyu. Maka, jadikanlah buat kami jalan keluar dan kelegaan buat kami dari rahmat Mu, Ya arhamar Rahimin.

Tentang Bintang Berbucu Enam

star_of_david_by_ronag-d4n572r
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya bermohon kepada Allah agar kalian berada dalam keadaan baik dan sihat walafiat, dan semoga Allah memberkati, memberi taufiq dan mengukuhkan jejak langkah kalian di hari-hari yang penuh barakah ini di bulan Syaaban, agar Allah melimpahkan rezeki ke atas kita dan hendaklah kalian menghidupkan hari-hari yang penuh barakah ini pada setiap tahun dengan berzikir kepada Allah mentaatiNya SWT.

Segala puji bagi Allah yang telah mengenalkan kita dengan Al Hussain (a.s). Kami bermohon kepada Allah mengurniakan taufiq kepada kita semua dan mengukuhkan jejak langkah kita dalam mengikuti sirah Al Hussain (a.s). Pada hari-hari yang telah berlalu, saya telah berhenti seketika daripada menulis barangkali disebabkan kekurangan saya tetapi saya tidak pernah berhenti walaupun seketika daripada membaca tajuk-tajuk utama yang ditulis oleh sebahagian mukmin di dalam laman-laman link sosial. Saya perhatikan pada kebelakangan ini banyak penulisan-penulisan berkisar tentang Bintang Berbucu Enam (najmat as sudasiyah atau six pointed star) dan kaitannya dengan kewujudan negara Yahudi Zionis yang menduduki Palestin, yang meletakkan lambang Bintang Berbucu Enam di dalam bendera mereka.

Jelas sekali bahawa sekumpulan syeikh-syeikh wahabi, syeikh-syeikh Syiah Marajik, orang-orang jahil yang mengikuti mereka dan yang bersekongkol bersama mereka sentiasa meneriakkan bahawa Bintang Berbucu Enam ini adalah lambang Zionis yang hanya dikhususkan kepada Zionis serta Yahudi dan bukan selain mereka, apatah lagi kami. Sejak lebih 8 tahun yang lalu, kami cuba memahamkan mereka bahawa Bintang Berbucu Enam ini tidak sentiasa bersama dengan Zionis dan mereka yang menjajah Palestin. Tanpa mengambilkira ramai yang telah menggunakan lambang ini di sepanjang zaman.

Kami cuba memahamkan mereka bahawa Bintang Berbucu Enam ini adalah kebenaran yang wujud dan dapat disentuh, seperti kewujudan bintang ini pada peti Fatimah di Turki dan yang tersimpan di muzium Imam Hussain (a.s) di Karbala. Fatimah adalah anak perempuan Nabi Islam Muhammad, adakah mereka menuduhnya sebagai Zionis?! Kami cuba memahamkan mereka bahawa Bintang Berbucu Enam ini dijumpai pada kesan-kesan peninggalan tamadun-tamadun yang terdahulu di atas muka bumi ini di Iraq. Nuh, Ibrahim, Sumeria dan Akkad yang wujud sebelum adanya mana-mana Yahudi di atas muka bumi ini. Kami juga cuba memahamkan mereka bahawa ianya juga terdapat pada mata wang Islam dan juga pada bendera sebahagian Daulah Islam. Kami terus cuba dan mencuba tetapi kefahaman salah ini tetap berterusan ke atas kelompok kecil jahil yang diketuai oleh sebahagian orang-orang agama yang jahil.

Adakah masuk akal sampai begitu payah sekali untuk memahami bahawa Bintang Berbucu Enam tidak pernah sentiasa bersama dengan Zionis?!

Lebih dari 8 tahun dan mereka tidak faham masalah yang mudah ini daripada kami?!

Wah, seolah-olah saya sedang berucap dengan sekumpulan orang yang tidak memahami apa saya katakan!

Sesalanku ke atasmu wahai Hussain, kamu berdiri berucap kepada kumpulan seperti ini.

Sesalanku ke atasmu wahai Ali, kamu berdiri berucap kepada kumpulan seperti ini.

Sesalanku ke atasmu wahai Muhammad, kamu berdiri berucap kepada kumpulan seperti ini.

Ya Allah Engkau lebih Mengetahui tentang realiti mereka:

أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَـٰمِۖ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلاً


Atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]. (Surah Al Furqan; 44)

Selepas menyaksikan keadaan mereka ini, apakah kami perlukan bukti untuk mengesahkan teori evolusi?!
Ahmad Al Hassan